Bab 36

Romance Completed 11792

Chayra Ainin membuka matanya perlahan-lahan lantas terpandang kearah Thariq yang sudah memandang kearahnya.


"Please Sayang jangan lakukan sesuatu membahayakan Sayang dan anak kita.Bie takut kita hilang lagi anak kita."Pinta Thariq tanpa sempat Chayra membuka mulut.


"Bie Sayang tak buat apa-apa pun."Ujar Chayra membela diri lantas memegang perutnya yang masih membonyot.


"Baby macam mana?"Soal Chayra sambil perlahan-lahan membangunkan badannya.Thariq membantu isterinya namun wajahnya masih serius.


"Baby marah sebab Mama dia degil sangat."


"Bie Sayang buat semua itu sebab Bie sebab cinta tak akan Sayang nak diamkan sahaja Medina rampas Bie."Jelas Chayra geram dengan Thariq masih tidak memahami keinginannya.


"Doktor cakap Sayang jatuh tak kuat dan kandungan kita selamat."Jelas Thariq bersyukur masih diberikan rezeki memiliki zuriat.


"Alhamdulillah.."Ucap Chayra gembira masih diberikan peluang sempat mata memandang kearah Thariq yang masih serius.


"Sayang pandang muka Bie tak hilangkan dahaga."Tutur Chayra geram dengan perangai suaminya.


"Tahu dahaga masa fight dengan Medina tak rasa dahaga."Bebel Thariq hatinya masih marah dalam masa yang sama dia takut akan kehilangan.


"Sudahlah , Sayang selamat baby selamat.Tak elok marah-marah nanti turun dekat anak."Pinta Chayra memujuk hati sang suami.


Thariq mengalah pantas tangan menuangkan air kosong ke gelas lalu di hulurkan kearah isteri tercinta segera Chayra menyambut huluran sebelum meneguk.


"Biar turun dekat anak nanti Papa ada geng nak marah Mummy dia yang degil ini."Sakat Thariq pantas Chayra mencebikkan mulutnya.


"Bie cuma risau.."Ujar Thariq sebak dengan kejadian lalu yang menghimpit memorinya selama ini.


Chayra mengenggam tangan suaminya mencuba menenangkan kesedihan Thariq namun menahan ketawa melihat perubahan lelaki ini mudah tersentuh.

"Sayang minta maaf dan berjanji tidak akan mengulang kembali perbuatan macam tu tetapi kalau Medina datang goda Bie.Tengok langit tinggi ke rendah."Ujar Chayra mengalah dengan suaminya.


"Jangan nak fight sangat sebab Bie akan tetap pilih Sayang walaupun dia cantik sekali pun.Dalam hati Bie hanya ada Sayang.."Thariq mencium dahi isterinya lantas tersenyum manis menatap setiap inci wajah sang isteri.


"Ehemm..."Sapa Haidar diikuti oleh Nureen yang membawa sedikit buah tangan pantas Thariq ketawa memandang kearah Chayra.


"Adik kacau ke? "Soal Haidar sambil bersalaman dengan kakak dan abang iparnya diikuti oleh Nureen.


"Belum mula apa-apa lagi."


"Biee!!


Chayra menampar lembut lengan suaminya sambil mata memandang kearah Nureen yang tersipu-sipu malu.


Kenakalan Thariq sukar untuk dibendung sampaikan dia merasa malu dihadapan adik-beradik dengan sikap spontan suaminya.

Haidar menjeling kearah Nureen yang hanya tersenyum namun dihatinya tetao berbunga ceria memandangkan mereka akan menamatkan zaman bujang.


"Adik nak cakap kami nak kahwin."Tutur Haidar lantas mengenyitkan mata memandang Nureen lantas Chayra memandang kearah Thariq yang sudah tersenyum manis.


"Bila?"Soal Thariq dan Chayra serentak.

"Hujung tahun ini."


"Apa!!"Jerit Zaskia mengejutkan semua pantas Raja Haizren menempuk lembut bahu isterinya yang terkejut dengan khabar berita tentang adiknya.


"Jangan nak beria Chiyya Zaskia."Tegur Chayra ketawa sambil memegang perut yang terasa sakit.


"Teruja.."Zaskia melangkah masuk kedalam wad diikuti oleh Raja Haizren.


Seronok melihat ahli keluarga berkumpul walaupum kebetulan namun setiapa memori terpahat dihati selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience