Bab 23

Romance Completed 11792

Chayra sudah dibenarkan pulang kerumah namun tanpa suami tercinta tetap mengecewakan hati Chayra dengan keegoan Thariq.


"Ain nak makan? Ibu sediakan ikan haruan bakar elok untuk rahim."Ujar Puan Raudhah lembut namun Chayra hanya mengelengkan kepalanya.


Segalanya bagai tiada keindahan jika hatinya dibawa pergi oleh Thariq malahan kekuatannya sudah hilang setelah hancurnya hati suaminya dengan fitnah yang diberikan.


"Ain.."Puan Raudhah menghampiri anaknya lalu memeluk erat tubuh kecil itu.Ingin memberi sedikit kekuatan untuk terus bertahan menempuh segala dugaan ini.


"Kenapa Thariq tak percaya pada Ain Ibu?"Soal Chayra lantas air matanya gugur ke pipi.Dia hanyut dalam emosi sendiri setiap kali mengingati kemarahan Thariq terhadapnya.


"Beri waktu untuk Thariq berfikir mungkin dia terkejut.Ain dekat sini harus kuat sebab nanti Thariq sendiri akan datang jemput Ain."Pujuk Puan Raudhah namun tidak menyejukkan hati Chayra.


"Ain nak bersendirian."Pinta Chayra pantas Puan Raudhah akur lalu meninggalkan anaknya.


Zaskia memandang kearah Puan Raudhah sambil tangan meletakan cawan diatas meja.Kejadian yang terjadi membuatkan Zaskia keliru


"Kia ada berjumpa dengan Kak Sha dia akan nasihatkan Abang Thariq."Ujar Zaskia memulakan kata.


"Ibu harap semua dapat diperbetulkan kembali."Pinta Puan Raudhah lalu melabuhkan punggung diatas sofa berhampiran.


"Adik ada cakap hari yang Kak Cha keguguran Hafiz ada berjumpa dengan Abang Thariq."


"Kia syak dia ke?"Soal Puan Raudhah tidak ingin berburuk sangka pada oleh lain.


"Ibu siapa lagi yang masih tak berputus asa menganggu rumahtangga Akak kalau bukan Abang Is."Zaskia menyakinkan Ibu angkatnya tentang Hafiz Iskandar.


"Kita tak baik tuduh orang kalau bukan macam mana?"


"Ibu kita dekat sini kena kuatkan akak itu sahaja.Sampailah Abang Thariq tahu kebenaran."


"Harapnya.."


Zaskia melontarkan pandangan kearah lain sambil mengetap bibir memikirkan cara untuknya menyelesaikan masalah dengan hanya bertemu Hafiz Iskandar.

"Kak Ara mana Ibu?"Soal Zaskia sambil mata melilau memandang kearah sekeliling sedari tadi dia tidak melihat Ara Delisha.


"Dia balik rumah mak mentua dia."Ujar Puan Raudhah sambil membelek telefon pintar.Sesekali gambar anak angkatnya ditatap tatkala hati merindui telatah Chayra yang dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience