Bab 2

Romance Completed 11792

Tidak semua manusia memahami perasaan yang dipendam malahan setiap kali berakhir sebuah ikatan kesalahan pasti ditunding kearah orang lain.


Apabila hati tiada sekelumit rasa terhadap manusia lain sehinggakan sanggup melihat kelukaan daripada kebahagian dimata walhal mereka sedar segalanya diatur untuk memuaskan hati sendiri.


"Sekarang kita ikut wasiat Ma untuk kau terus bernikah dengan Ayra.Kami berkenan dengan dia dan kami harap dia akan menjadi sebahagian dari keluarga kita."Pinta Suhana sambil tersenyum penuh makna.


Hafiz Iskandar meraup wajahnya yang kusut dengan tindakkan kakaknya Suhana yang terlampau memikirkan harta sampai sanggup melibatkan orang lain dalam keluarga mereka.


"Sampai bila?"Soal Hafiz Iskandar pasrah.


"Sampai kita dapat harta Ma.Bila kita dah dapat kau ceraikanlah Ayra bebaskan dia dari perangkap kita."Ujar Suhana bongkak tanpa sedikit perasaan kasihan kepada orang lain asalkan mendapat sesuatu yang diinginkan.

"Majlis tidak lama lagi , Is ada bertemu dengan Ayra?"Soal Atiqah adik kepada Hafiz Iskandar sambil tangan meletakkan bekas cincin diatas bekas hantaran.

Hafiz Iskandar tidak mengendahkan soalan adiknya lantas berjalan kearah bilik sambil sempat menjeling kearah adik-beradiknya yang lain.


"Kenapa itu?"Soal Muz sambil menjuihkan bibir kearah adik iparnya.Atiqah mengangkat bahunya menandakan tidak mengetahui perangai abangnya yang tidak memperduli pada majlis pertunangan tidak lama lagi.


"Harapan aku semua ini berjalan dengan lancar.Aku tak sabar menanti saat itu Ati."Ujar Suhana teruja berbagai perkara telah difikirkan setelah memiliki harta arwah ibunya.


"Kau jangan teruja sangat Akak aku takut Is berubah sahaja.Benda macam ini kena desak dia untuk terus menerima Ayra.Ini untuk masa depan dia juga."Desak Atiqah perlahan sambil mata menjeling kearah suaminya yang sudah mengeleng.


NASHA Melissa meletakkan cawan berisi air diatas meja sambil mata memandang kearah adiknya yang asyik mengelamun tanpa menghiraukan orang sekeliling.


Semenjak akhir-akhir ini perangai adik lelakinya berubah seperti mempunyai masalah yang tidak mampu diluahkan.Adakah disebabkan Ain akan bertunang tidak lama lagi?

"Sampai mana dah Zar angan tu?"Sapaan Nasha mengejutkan Thariq lantas wajah diraup.Kekusutan jelas terpancar diwajahnya yang tidak dirapi.


"Ada-ada sajalah Kak."Thariq tersenyum hambar sambil tangan mencapai cawan air.Nasha tersenyum sinis lalu menghirup air berperisa.


Nasha Melissa mengetahui pasti adiknya kecewa namun dia juga mengetahui Ayra akan membuat keputusan yang tidak akan mengecewakan adiknya.


Arwah ibu bapa mereka berdua adalah kawan baik kepada arwah ibu bapa Chayra dan mereka juga jiran sebelah rumah.Keakraban Thariq dan Chayra sudah tidak asing lagi memandangkan Chayra selesa berkawan rapat dengan Thariq.


Namun disebabkan budi Chayra terpaksa menerima Hafiz Iskandar walaupun dia sebenarnya terpaksa menerima walaupun dia akan melukai hati lelaki bernama Thariq Zareer.


"Zar risau Ain tak bahagia dengan Hafiz kak."Thariq membuka mulut menceritakan kejadian yang telah dilihatnya kemarin.


"Siapa kita Zar nak masuk campur cuma Kak Mel harap Ain mampu membuat keputusan yang benar masa majlis mereka nanti."Ujar Nasha Melissa lalu tersenyum manis.


Thariq Zareer melemparkan pandangan kearah lain walaupun nanti pandangan itu kosong tanpa Chayra disisinya.Dia teramat menyayangi Chayra sehinggakan hatinya turut merasai sakit yang dialami walaupun dia bukan seorang wanita tetapi seorang pemerhati kepada kehancuran seorang wanita disebabkan cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience