Bab10

Romance Completed 11792

Thariq Zareer memandang kearah abang iparnya sambil tangan memperbetulkan kolar baju seraya menyisir rambut ke belakang.


"Tiada penyelesaiannya ke?"Soal Thariq sambil mata memandang kearah abang iparnya masih berharap semua kembali kepada asal.


Firdaus segera melemparkan pandangan kosong kearah Thariq sambil tangan memeluk tubuh."Abang tawar hati dengan Kak Sha."


"Abang ingat balik kenangan bersama Akak.Tak akan semudah ini Abang ingin melepaskan."Desak Thariq mengeluh lemah dengan kehendak abang iparnya.


"Bermacam Abang lalui semuanya tiada makna di mata Akak.Abang mencuba untuk menerima Akak tapi hati Abang tak mampu."Ujar Firdaus perit menerima hakikat apabila terkenangkan kata-kata Nasha Melissa.


"Walau apa yang bakal terjadi Zar harap abang tidak akan menyesal dengan keputusan abang sendiri."Thariq tersenyum hambar memandang kearah Firdaus yang segera memandang kearah lain.


"Zar minta maaf atas kelakuan Akak dan Zar harap Abang mampu selesaikan dengan baik."Ucap Thariq tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi.


"Tak perlu minta maaf biar masa menentukan segalanya."Putus Firdaus sebelum melangkah pergi meninggalkan adik iparnya.


Thariq Zareer melemparkan pandangan ke sisi lantas melepaskan keluhan berat.Dia redha dengan semua yang telah terjadi namun Thariq pasti kakaknya akan meratap hiba dengan keputusan dari suami tercinta.


"Eh mana Firdaus?"Soal Zaf Husaini sambil mata melilau mencari kelibat Firdaus baru sebentar dia pergi ke tandas kawannya sudah tiada.


Thariq Zareer mengelengkan kepalanya kusut memikirkan masalah Firdaus dan Nasha yang pastinya akan berakhir.


Zaf Husaini melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan Thariq yang hanya memandang gerak-gerinya.


"Tetap tak boleh pujuk ke?"Soal Zaf Husaini ingin tahu perbincangan mereka.


"Aku tahu Fir tu kecewa sangat-sangat tapi aku tak boleh paksa dia untuk terima Kak Sha semula ini semua kehendak dia."Ujar Thariq lalu menghirup air kopi di dalam cawan.


"Kecewa lelaki lebih teruk dari perempuan."

"Sebab terlampau mencintai wanita dan mengharapkan wanita itu menjadi terakhir buatnya."


Zaf Husaini pasrah sambil tersenyum pahit menerima semua walaupun dia tidak ditempat Thariq dan Firdaus namun dia pernah merasai segala kekecewan disebabkan kesalahannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience