Bab 35

Romance Completed 11792

Kemeriahan makan malam bersama VVIP yang di anjurkan oleh NT Holding mengeratkan lagi hubungan Syarikat Nasha Melissa bersama Syarikat lain.


Medina memandang kearah Chayra yang tekun membaca sesuatu di kertas sempat matanya meninjau kearah sekeliling mencari kelibat Thariq.


Tidak sia-sia dia mengoda Dato Sulaiman yang membawanya kesini bertemu dengan Thariq malah peluang untuk mengatur stategik semakin cerah.

"Medina right?"Soal Chayra menyentakkan lamunan Medina pantas kepala dianggukkan sambil tersenyum sinis.


"Wife Thariq? I mean my future husband."Duga Medina mencari segala peluang untuk menghancurkan rumahtangga Thariq Zareer.


"Apa yang kau nak dengan suami aku?"Soal Chayra sinis sambil meletakan cawan di atas meja.


Chayra bersedia untuk berhadapan dengan parasit yang berani menganggu suaminya malah dia tidak akan sesekali membiarkan kemenangan berpihak pada wanita rambut karat ini.


"Cinta."


"Dream on."


"Lelaki boleh berkahwin empat tak salah kalau I jadi yang kedua.Thariq lebih dari mampu kan?"Soal Medina angkuh lantas menjeling wanita berbadan dua dihadapannya kini.


"Langkah mayat aku dulu sebelum kau berjaya mengoda Thariq.Aku isteri dia akan sentiasa mempertahankan perkahwinan kami walaupun datang parasit macam kau!"Jerkah Chayra mengejutkan tetamu yang hadir.


"Excuse me You yang rampas dia dari I and tak salah I rampas balik apa yang sepatutnya menjadi hak I."Desak Medina walaupun tetamu memandang kearahnya dia harus berlagak biasa.


"Pembetulan kau yang mencari masalah dengan jantan lain lepas itu kaitkan dia dalam masalah kau dan sekarang nak cakap aku perampas.Cermin sedikit diri sebelum tuding jari dekat orang!"

"Tak guna!"


Medina menolak tubuh Chayra ke lantai pantas Chayra menjerit kuat mengejutkan Thariq yang rancak berbual laju kakinya mendapatkan isteri tercinta.

Chayra menahan kesakitan sambil tangan memegang perutnya namun pandanganya kabur tanpa mendengar suara yang memanggil.


"Medina to muchh!!"Tengking Thariq lalu mencepung tubuh isterinya dibawa keluar dari Hotel.


Nasha Melissa menampar pipi Medina sekuat hati melepaskan segala yang terbuku dihati berpunca dari wanita bernama Medina Ahmad.

"Kau dari dulu tak habis-habis menganggu keluarga aku kalau terjadi sesuatu kau aku heret ke penjara!"Jerkah Nasha turun naik dadanya menahan amarah.

"Sayang You buat apa ini?"Soal Dato Sulaiman cemas dengan kelakuan wanita simpanannya yang memalukan di majlis Syarikat NT Holdings.

"I tak buat apa pun dia yang jatuh sendiri."Dalih Medina menutup kesalahannya.


"Simpanan Dato ke?"Soal Nasha lantas meluat melihat kemesraan pasangan sepatutnya menjadi anak bukan kekasih.


"Sorry Dato Nasha semua ini kesilapan yang tak disengajakan."Ucap Dato Sulaiman sebelum menarik tangan Medina berlalu pergi meninggalkan majlis yang belum berakhir.


Tetamu terhormat yang hadir memandang sesama sendiri sempat mereka berbisik sesama sendiri lantas tersenyum sinis.


Firdaus menenangkan isterinya risau kejadian lain pula berlaku memandangkan ramai tetamu yang hadir tidak pasal kekalutan ini menjadi bual mulut orang luar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience