Bab 20

Romance Completed 11792

"Maaf Tuan saya menganggu masa Tuan dengan isteri tetapi perkara ini penting untuk diselesaikan."Ujar Nureen Mardihah lembut sambil tangan lincah mengeluarkan dokumen.


Serba salah Nureen terhadap Isteri rakan kerjanya disebabkan tindakan diluar kawalannya menganggu waktu untuk suami isteri ini meluangkan masa.Jauh disudut hati Nureen ingin bertemu dengan wanita itu untuk memohon kemaafan perbuatan ini tidak akan diulangnya lagi.


"It's okey isteri saya faham."Thariq tersenyum manis sambil tangan menyambut huluran dari Nureen walaupun dia akan berhadapan dengan isteri yang merajuk dengan tindakannya.

"Kau memang sama saja dengan aku."Sapa Hafiz Iskandar sambil melabuhkan punggung dihadapan Thariq.Nureen memandang hairan kearah lelaki yang muncul secara tiba-tiba.


"Apa lagi yang kau nak Is? Kalau kau buat kacau dekat sini aku call polis!"Desak Thariq sambil mata memandang kearah Nureen yang kurang senang dengan kehadiran Hafiz Iskandar.


"Call lah! Aku sedikit pun tak takut tapi kau yang patut takut sebab bila-bila masa saja Ayra akan buang kau dari hati dia."Bisik Hafiz Iskandar sinis memandang kearah Thariq.


Thariq Zareer meraup wajah menahan segala perasaan amarah yang bersarang dihati apabila muncul kembali Hafiz sedikit mengoyangkan hati.


Nureen bingkas berdiri sambil menyangkut tas tangan ke bahu."Tuan saya serahkan dokumen dekat Tuan saya minta diri dulu."Ujar Nureen lalu melangkah pergi meninggalkan Thariq.


Hafiz merenung tajam kearah lelaki tercinta Chayra Ainin malah perangai lelaki ini sama sahaja sepertinya tiada kejujuran dalam perhubungan sampai sanggup membiarkan isteri keseorangan.


"Sekarang beritahu aku kau nak apa?"Soal Thariq tegas sambil memeluk tubuhnya.Hafiz Iskandar mendekatkan badannya ke badan Thariq.


"Ayra mengandung."Bisik Hafiz Iskandar membuatkan Thariq terkedu serta-merta telefon bimbit berdering.

LINCAH tangan Puan Raudhah mendail nombor telefon Thariq namun tidak diangkat malahan dibatalkan sendiri oleh lelaki itu.


"Ibu.."Panggil Ara Delisha diikuti oleh Zaskia yang bergegas kearah Puan Raudhah sempat mata meninjau kearah sekeliling.


"Macam mana Kak Cha?"Soal Zaskia cemas apabila diberitahu oleh Ara Delisha yang kakaknya mengalami tumpah darah.


"Masih dekat dalam tiada kata putus lagi.Ibu puas telefon Thariq tetapi tak angkat."Ujar Puan Raudhah buntu dengan perangai Thariq Zareer.


Zaskia melontarkan pandangan kearah bilik yang masih bertutup sesekali Ara mengenggam kemas tangan adiknya.


"Isha cuba telefon."Ara Delisha mendail nombor telefon Thariq namun tiada sahutan sempat Ara menghantar pesanan ringkas.


Daun pintu dibuka seorang Doktor wanita keluar mendapatkan keluarga pesakit lantas Puan Raudhah menghampiri Doktor bernama Akma Farhana.


"Macam mana dengan akak saya?"Soal Zaskia terlebih dahulu tidak sabar ingin mengetahui keadaan kakak kandungnya.Segera Ara Delisha menyimpan telefon bimbitnya kedalam beg.


"Maaf kandungan Puan Chayra tidak dapat diselamatkan." Jelas Doktor Akma mengejutkan ahli keluarga pantas Zaskia terduduk lemah.


"Ain mengandung?"Soal Puan Raudhah memandang kearah Zaskia hanya mengangkat bahu tanda tidak mengetahui.


"Berapa bulan kandungan dia Doktor?"Soal Ara Delisha menghilangkan persoalan dalam fikiran keluarga mereka.


"Kandungan baru masuk dua bulan tetapi hentakan yang kuat pada rahim membuatkan kandungan gugur.Kandungan masih lemah."Jelas Doktor Akma lagi sambil memegang bahu Puan Raudhah.

"Boleh kami jumpa dengannya?"Soal Ara Delisha setelah Ibunya kehilangan kata-kata.

"Boleh tapi seelok-eloknya suami Puan Chayra berada di sisi buat masa sekarang.Saya minta diri dahulu."Pinta Doktor Akma lalu melangkah pergi.


Puan Raudhah lemah dengan kenyataan yang diterimanya jika masa bisa diputar kembali dia akan sentiasa menjaga anaknya dengan lebih baik.


Zaskia tersenyum pahit pasti ini dugaan paling berat untuk kakaknya tempuhi namun dia akan sentiasa berada disisi untuk memberikan kekuatan.


Thariq tersandar lemah sambil mata memandang sekeliling hatinya merintih hiba dengan kejadian yang berlaku sukar untuknya menerima kenyataan apabila kebenaran terbukti.


"Abang.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience