Bab 24

Romance Completed 11792

Thariq Zareer melontarkan pandangan kosong kearah jendela sesekali bibir diketap menahan kerinduan dijiwa namun segalanya tiada makna jika keegoannya menutup setiap kemanisan bersama.


Setelah kesetiaan dihati meninggalkan kelukaan mendalam masihkah mampu untuknya mempertahankan segalanya walhal hatinya amat merindui Chayra Ainin.


"Kalau rindu pergilah perbetulkan segalanya."Sapa Nasha sedari tadi memandang arah adiknya yang hanya termenung sahaja.

Nasha Melissa akan mencuba untuk memperbetulkan salah faham yang berlaku dia tidak ingin adiknya terus menyeksakan diri dengan rindu yang dipendam.


"Tiada apa yang perlu diperbetulkan."Ujar Thariq lalu mengalihkan pandangan mengadap kakaknya.


"Cinta dihati masih ada."Nasha meletakkan tangannya kedada Thariq Zareer.


"Semua dah dibawa pergi. "Kata-kata Thariq seakan semuanya tidak mampu diselamatkan lagi.


"Berapa lama Zar kenal Ain?"Soal Nasha masih dengan pendiriannya.


"Entah.."


"Tak akan hanya sekeping gambar kepercayaan semua hilang?"


"Anak itu.." Masih bersarang keraguan dihati Thariq walhal dia sendiri menyedari anak itu adalah anaknya.


"Zar itu anak Zar datang dari benih Zar.Kenapa perlu persoalkan jika semuanya benar.


Percaya pada gambar hanyalah perkara sia-sia sedangkan kepercayaan itu hanya mampu dilihat dengan fikiran bukan pandangan.Ain sanggup pertahankan Zar untuk dia terus bersama Zar tetapi perangai Zar hancurkan segalanya."Ujar Nasha Melissa tegas jika adiknya masih berdegil itu adalah keegoan sahaja.


"Zar buntu.."Thariq menundukkan wajahnya memandang ke lantai.


"Akak tahu bukan mudah untuk meletakkan kepercayaan sebab akak pun pernah lalui perkara sebegini tetapi akak harap segala keputusan Zar tidak akan dikesali nanti.


Apabila tawarnya hati seorang perempuan tidak akan pernah ada peluang kedua.Ingat itu.."Jelas Nasha Melissa menyakinkan Thariq semuanya masih perlu diperbetulkan.


Thariq Zareer menelan setiap butir bicara kakaknya dia ingin menenangka fikiran sepenuhnya dan berharap kelukaan mampu disembuhkan.


"Berfikir tanpa emosi Ain sentiasa menanti Zar."Ujar Nasha lagi lalu meninggalkan adiknya yang masih termenung.


Tangan suaminya digenggam kemas dia tidak akan pernah berputus asa membahagiankan adik dan suaminya.Inilah peluang terakhir untuknya mengecapi kemanisan bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience