Bab 33

Romance Completed 11792

Apabila hati tidak mahu lagi terus menerus disakiti lantas menolak setiap kali cinta diberikan tanpa sempat memberikan peluang kedua untuk insan lain merasai cinta.

"Sampai bila arah hubungan kita Reen?"Soal Haidar lantas memandang kearah Nureen yang tidak berkalih dari memandang tasik yang tenang.

"Haidar bukan saya tidak mahu meneruskan tetapi ruang dihati saya tertutup untuk cinta."Ujar Nureen lembut serba salah hatinya dengan kebaikan Haidar selama ini.


"Tak salah kalau kita mencuba."


"No!"


"Tolong sekali sahaja peluang."Rayu Haidar lembut walaupun rayuannya hanya hampa.


"Haidar status kita berbeza awak masih mampu memiliki seorang wanita yang sempurna bukan saya hanya seorang janda."Jelas Nureen masih dengan keputusannya tidak akan bersama lelaki lain.


"Tiada sesiapa yang sempurna dan kesempurnaan itu yang melengkapkan semua hubungan.Saya tahu awak masih dibaluti kisah silam awak dengan bekas suami tetapi percayalah saya tidak akan sia-siakan awak.

Seandainya hadir berbagai wanita awak tetap terbaik di mata saya.Saya tidak akan memaksa awak kalau ini keputusan awak. "Haidar melangkah pergi dengan kekesalan dihati.


"Dihah ego sangat awak kan?"Soal Khair Marteen perlahan sambil mata merenung kearah Nureen.


"Keegoaan saya tidak pernah menyesali setiap perbuatan yang telah saya lakukan."Sindir Nureen sambil tersenyum sinis kearah Khair Marteen sakit hatinya kian memuncak.

"Jangan siksa diri awak dengan perkara lalu! Awak terus menghukum saya walhal awak tahu betapa cintanya saya pada awak.Saya selalu teringat akan kenangan lalu kejadian lalu tetapi saya mampu kuat demi awak Dihah."Khair Marteen menahan rasa sebak dihatinya namun digagahkan jua diri untuk bertahan demi cintanya pada Nureen Mardihah.


"Saya tidak pernah menyiksa diri sendiri tetapi mencuba menguatkan diri apabila setiap kali melihat awak setiap kali pergi sesuatu tempat kenangan kita menjelma tanpa sempat saya menyingkirkannya dari terus diingati.Semua mampu melihat dan berkata tetapi tidak mampu memahami perkara yang telah saya rasa sampailah saya melepaskan awak dengan rela hati.


Keputusan saya untuk memilih sesiapa itu hak saya jika kami berjodoh akan bersatu.Saya masih dengan pendirian saya sendiri tanpa memilih awak lagi dalam hati saya."Luah Nureen namun tidak seperti hatinya yang terasa kecewa dengan sendirinya walhal semua ini bukan seperti yang dipendamkan.


"Haidar!!"


Nureen tersentak apabila kejadian lalu seakan menghantui hidupnya malah hatinya menyesali setiap keegoaan yang menghancurkan segala kebahagian.

Haidar berpaling lantas memandang kearah Nureen yang sudah terduduk lemah ke tanah segera langkah diatur menghampiri wanita itu.


"Tolong bahagiakan saya.."Pinta Nureen dalam esakan tangisan pantas Haidar mengangguk laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience