Bab 17

Romance Completed 11792

Nureen Mardihah memandang kearah Thariq Zareer yang sibuk membelek dokumen perjanjian Syarikat NT Holding menyumbang dana untuk Rumah Anak Yatim Khaura.

Setiap inci wajah itu dibelek tidak tumpah seperti arwah bekas suaminya Khai Marteen namun Nureen menyedari dia tidak boleh jatuh cinta terhadap suami orang.


"Boleh tembus muka saya awak mengelamun."Sapa Thariq Zareer mengejutkan Nureen lantas senyuman terukir dibibir.


"Pandai Tuan Zareer bergurau teringat saya pada arwah bekas suami."Ujar Nureen tanpa berdalih lagi.


Hatinya teramat rindukan Khai Marteen tidak mampu digambarkan oleh kata-kata hanya doa mengiringnya disana.

"Really?Mesti arwah baik orangnya kalau tak macam mana Cik Nureen boleh terima dia untuk hidup semati."Thariq menyedut air fresh oren sambil mata memandang sekeliling mencari kelibat seseorang.


"Sangat sempurna di mata saya tiada penganti sehebat dia."Nureen Mardihah tersenyum manis mengingati memori indah mereka berdua dahulu.


"Saya dah tandatangan dokumen ini dan saya harap bantuan dari Syarikat saya mampu menyempurnakan impian Khaura."Ujar Thariq sambil menghulurkan dokumen penting kearah Nureen.


"Terima kasih Tuan sebab sudi membantu kami dan saya berharap Tuan dan Dato Nasha selamanya menjadi penyumbang kepada rumah kami."Nureen menghulurkan tangan bersalaman dengan Thariq Zareer.


"Esok saya akan kenalkan awak dengan Dato Nasha.Saya minta diri dulu Assalamualaikum."Ucap Thariq lalu berjalan keluar dari restoran sambil mata menjeling jam di pergelangan tangan.


Nureen Mardihah hanya mengangguk sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi kembali menanti kehadiran seseorang insan yang telah mencuit hatinya.

"Maaf saya lambat.."Sapa Haidar seraya melabuhkan punggung diatas kerusi mengadap wanita teristimewa dihatinya.


"Tak apa saya faham lagipun Tuan Zareer baru sahaja pulang."Nureen tersenyum manis memandang kearah Haidar.


Mereka dipertemukan tanpa sengaja mencuitkan hati Nureen dengan kejujuran Haidar malahan lelaki itu sentiasa berada di sisi walaupun Nureen mencuba menjauh.


Thariq Zareer tersenyum manis memandang kearah sepasang kekasih yang ditunggu dan berharap segalanya berakhir ke jinjang pelamin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience