Bab8

Romance Completed 11792

Berpaut pada keinginan tanpa secebis kekesalan yang sentiasa menanti untuk mengingati bahawa segalanya tidak akan kekal bersama.


Suhana masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberi Chayra baginya semua itu satu perhinaan buatnya.


"Aku sendiri tak tahu kenapa Ayra berubah sampai sanggup biadab dengan aku."Ujar Suhana kesal sambil tangan di hempaskan ke meja.


Atiqah menjerling kearah Hafiz Iskandar yang turut memandang kearahnya sambil mengeluh berat.Hatinya tidak akan berputus asa demi mendapatkan Chayra Ainin walaupun terpaksa bergadai nyawa sekali pun.


"Semua sebab Is."Duga Suhana berang dengan perangai adiknya.


"Apa salah Is?"


"Sebab Is tak pernah melayan itu yang dia meroyan."Celah Atiqah meluat dengan wanita bernama Chayra Ainin penuh dengan dramanya.


"Kau Is keluar dengan perempuan lain pergilah jauh sikit ini dekat area tempat dia juga kau nak bercium."Marah Suhana atas sikap adiknya namun dia sendiri mengetahui Hafiz sudah memiliki wanita lain.


"Salahkan aku pulak.Aku dah sedaya upaya elak dari berjumpa dia kalau nak kantoi tu kantoi juga mana boleh aku nak elak."Ujar Hafiz Iskandar menutup kesilapannya yang sengaja menayang kemesraan didepan Chayra Ainin.


"Sekarang aku nak kau layan dia elok mesti dia boleh terima kau semula."Arah Suhana masih dengan tujuan asalnya harta Puan Fauziah akan menjadi miliknya.


"Kalau kita tak usaha sampai bila kita tidak akan dapat harta Ma."Celah Atiqah lagi.Dia hanya menuruti segala rancangan kakaknya asalkan dia mendapat sebahagian dari harta tersebut.


Hafiz Iskandar hanya mengangguk bersetuju dengan perancangan kakaknya walaupun dia mempunyai rancangan sendiri.


"Yalah Is cuba."



NASHA Melissa memandang kearah suaminya masih berdiri tegak tanpa berpaling kearahnya.


"Macam mana lagi untuk Sha perbetulkan hubungan kita Abang?"Soal Nasha Melissa penat mempertahankan sebuah hubungan tanpa balasan dari Firdaus sendiri.


"Semua ini Sha sendiri yang pilih.Kenapa sekarang terbeban dengan kehendak ciptaan Sha?"Soalan dibalas soalan Nasha Melissa mengeluh.


Nasha akui segalanya disebabkan keegoannya dia terpaksa melawan kehendak suaminya hanya disebabkan perbezaan mereka pangkat.


"Sha silap sebab pilih kerjaya dari suami Sha sendiri tetapi percayalah Sha akan perbetulkan semuanya."Ujar Nasha Melissa pantas Firdaus berpaling memandang kearah isterinya.


Kesakitan yang dialami sekian lama hanya disebabkan tingginya cita-cita sang isteri Firdaus memilih untuk melepaskan walaupun bukan di bibir namun hatinya tawar.


"Setelah semua ini terjadi baru Sha sedar segalanya?Semua dah terlambat."Nasha bingkas berdiri kurang mengerti sesuatu yang diperkatakan oleh suaminya.


"Terlambat? Why?"Soal Nasha meminta perjelasan dari Firdaus sambil tangannya mengenggam tangan suaminya.


"I am sorry."Firdaus berlalu pergi meninggalkan Nasha terpinga-pinga dengan kejadian yang terjadi.


Persoalan masih bermain difikirannya sehingga kini namun jauh disudut hati masihkah ada sinar untuk dia menikmati kebahagian lagi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience