Bab5

Romance Completed 11792

Melupakan itu mudah namun menghilangkan kenangan itu tidak semudah membuang sisa-sisa kertas tanpa mengingati isi kandungannya.


Hari yang mendebarkan tiba untuk Chayra menghadapi sebuah pergorbanan yang besar bakal mengubah seluruh kehidupannya nanti.Chayra nekad dengan keputusannya tidak akan berpatah demi adik-adiknya.


Ahli keluarga Hafiz Iskandar berkumpul sambil diantara mereka berbisik sesama sendiri namun tidak bagi Hafiz menanti sebuah kesengsaraan setelah Chayra menjadi miliknya.


Chayra Ainin melepaskan keluhan yang berat sambil mata memandang kearah Hafiz dan keluarganya.Sempat matanya menjeling kearah adik-beradiknya dan Imani.


"Ayra dah membuat
keputusan untuk masa hadapan Ayra sendiri."Chayra Ainin mengetap bibirnya sebelum menyambung bicara.Sempat tangannya mengengam kemas tangan Kak Nasha Melissa yang turut memberi kekuatan kepadanya.


"Keputusan Ayra nak percepatkan ke?Atau apa tema untuk majlis nikah kamu berdua?"Soal Suhana teruja ingin mempercepat pernikahan adiknya sambil saling berpandangan kearah Atiqah.


Hafiz Iskandar segera menepuk peha kakaknya sambil mata menjeling kearah Chayra yang berwajah kurang senang melihat kelakuan Suhana.


Tanpa menunggu lama Chayra menolak kotak cincin membuatkan Suhana tidak senang duduk.Nasha memerhati gelagat keluarga dihadapannya dengan penuh debaran menanti jawapan Chayra.


"Dengan ini Ayra membatalkan pertun..."

"Ayra."Hafiz sudah berdiri memandang tepat kearah Chayra Ainin.


"Kenapa permainkan keluarga saya?"Bantah Hafiz dengan keputusan daripada Chayra walaupun hatinya tidak rela namun dia merasa terhina dengan perbuatan Chayra Ainin.


"Sekarang awak palitkan kesalahan saya pada kejujuran awak selama kita kenal? Kenapa awak langsung tidak pernah hargai saya?Salahkah untuk saya membuat keputusan tanpa aturan dari sesiapa termasuk keluarga awak!"Tepat jari telunjuknya kearah Suhana.


"Jujur sahaja Ayra yang kau dah ada lelaki lain."Sampuk Atiqah memanaskan keadan yang sedia panas tanpa perlu payung untuk meneduhkan hati mereka bertiga.

"Kenapa persoalkan pasal Thariq kalau Ayra sendiri tidak pernah mempersoalkan siapa perempuan di sisi Hafiz dalam gambar itu dan siapa pula perempuan yang bermesra dengan Hafiz hari itu?"Chayra melepaskan segala yang tersimpan di dasar hatinya sambil mata tepat memandang kearah Atiqah.


Nasha Melissa terkejut melihat perubahan Chayra namun hatinya tenang dengan keputusan yang telah dibuat.


Suhana sudah terdiam tanpa kata sambil matanya memandang kearah Hafiz yang kaku seribu kata dibibir.Atiqah memandang sekeliling yang hanya diam membisu.


Satu tamparan hebat dari Chayra membuatkan mereka tidak mampu melawan segalanya.


"Kenapa diam? Itu yang dikatakan Ayra permainkan keluarga awak semua?Sampai sekarang seorang pun tiada menjelaskan kepada Ayra siapa perempuan itu.


Jadi salahkan untuk Ayra berubah kasih menyayangi lelaki lain yang mampu membahagiakan Ayra bukan mengabaikan Ayra.


Sampai bila Ayra harus mempertahankan hubungan yang akhirnya Ayra terluka sendiri.Kak Ana Ayra tidak pernah meminta untuk berada dalam keluarga Akak sebegini.


Kesakitan yang Hafiz bagi cukup membuktikan tiada cinta yang pernah bersemadi dihati dia seperti yang di tuturkan oleh maklong Hajar tempoh hari."Jelas Chayra lalu meletakkan sebentuk cincin di tangan Suhana.


Hafiz bergegar keluar diikuti oleh Atiqah meninggalkan Suhana yang merenung tajam kearah Chayra segera Imani menghampiri sahabatnya itu.


"Kau.."

"Jangan sesekali kau berani sentuh Ayra kalau tidak kami akan mengambil tindakan atas kekasaran kau selama ini."Tepis Imani tajam matanya melawan Suhana yang membara.


"Mentang-mentang Ayra tiada Ibubapa sesuka hati kau atur segala benda tanpa memikirkan hati Ayra.Sekarang kami sekeluarga tidak bersetuju dengan pertunangan ini."Nasha bersuara sambil melemparkan segala hantaran yang dibawa oleh pihak Hafiz Iskandar.


"Pergilah Kak Ana saya tiada kaitan langsung dengan keluarga Akak dan ingat saya tidak akan sesekali menerima Hafiz walaupun sudah pupus lelaki didunia ini."Ujar Chayra lalu memeluk erat adik-beradiknya.


Suhana melangkah keluar walaupun permainan ini belum berakhir dia pasti akan membuat Ayra bernikah dengan adiknya itu janjinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience