Bab6

Romance Completed 11792

Kehidupan harus diteruskan bersama-sama sisa luka semalam namun semakin pudar apabila hadirnya kemanisan yang didambakan.


Segala dipermudahkan olehNya untuk melepaskan Chayra Ainin dari derita yang belum bersisa.Kini kehidupan diteruskan bersama insan-insan tersayang disisi.


"Makcik dah banyak menolong keluarga Ayra dan makcik harap kamu boleh terima Is."Pinta Puan Fauziah tanpa rasa bersalah dihati meminta balasan atas kebaikannya.


"Ayra terima."Akur Chayra lantas melepaskan keluhan.


Kenangan lalu masih diingatannya walaupun dilakukan tanpa belas kasihan Chayra akur pada takdir yang telah tertulis.


Chayra meletakkan senarai makanan yang telah selesai dikiranya sambil mata memandang sekeliling kawasan restoran yang penuh dengan pelanggan.


"Jangan ingat semuanya akan berakhir Ayra."Sapa Hafiz Iskandar mengejutkannya pantas tubuh diatur kearah bahagian belakang restoran di ikuti oleh Hafiz.


"Siapa awak untuk persoalkan semua perkara kalau awak tidak pernah nampak kehadiran saya."Tepat matanya merenung ke dalam mata Hafiz Iskandar.


"Fine, Kau nak aku layan kau macam puteri raja? Diusap-usap macam ini! "Jerkah Hafiz Iskandar sambil tangan menyentuh rambut Chayra Ainin lantas di tepis kasar.


"Hormat saya sebagai perempuan kalau selama ini tidak boleh menghormati saya sebagai bakal tunang awak! "Jerit Chayra hilang pertimbangan dengan tindakan Hafiz Iskandar.


"Tiada beza aku dengan kau sama-sama curang."Duga Hafiz Iskandar sambil menghampiri Chayra yang sudah mengundur ke belakang.


"Excuse me, sebelum saya berkenalan dengan awak saya dah ada Thariq."Bantah Chayra lalu menolak tubuh lelaki itu jauh daripadanya.


"Sekarang kau nak cakap aku rampas kau lah macam tu ke?"Hafiz Iskandar memeluk tubuhnya masih belum berpuas hati.Chayra melemparkan pandangan kearah lain fikirannya kusut ingin menjelaskan perkara yang sudah nyata.


"Perbetulkan tanggapan awak yang saya bukan macam awak.Tolong jangan ganggu saya lagi kita dah tiada kaitan langsung.Ini tempat saya mencari rezeki jangan pernah sesekali awak berani hadir ke sini."Ugut Chayra lalu melangkah pergi meninggalkan lelaki yang tiada makna dihatinya lagi.


"Kenapa masih berharap pada dia kalau kau sendiri bukan cintakan dia."Thariq Zareer menghampiri Hafiz Iskandar sambil berpeluk tubuh.


Segala yang terjadi tadi sudah cukup membuktikan bahawa lelaki ini tidak layak memiliki Chayra Ainin.


"Mana kau tahu aku tak cintakan dia?"Duga Hafiz Iskandar tidak akan berputus asa untuk memiliki Chayra dan membuatkannya derita.


"Dengar sini.."Tubuh Hafiz Iskandar ditolak ke tepi sambil mata Thariq memandang kekiri dan kanan.


"Dia akan jadi milik aku dan tetap milik aku bukan kau."Tegas Thariq Zareer lalu melangkah pergi meninggalkan Hafiz Iskandar yang masih belum berpuas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience