Bab 34

Romance Completed 11792

PANG!!

"Dasar perampas!"Jerit Huda tanpa menghiraukan jiran tetangga janji hatinya puas dapat memberi sedikit kesedaran kepada wanita yang berani menganggu rumahtangganya.


Zaskia memegang pipinya yang kesakitan kejutan sebegini diterima walaupun hati seakan meronta ingin memaki hamun wanita berpurdah ini.


"Aku tak pernah merampas Ikram dari kau lah!"Jerit Zaskia kuat melepaskan kesakitan hati yang sekian lama dipendam.


Tuduhan dari isteri Ikram melampau dan perbuatan Ikram cukup menghancurkan segala keinginannya memiliki sebuah keluarga bahagia.


"Kalau kau tak rampas tak akan Ikram tergila-gilakan kau? "Soal Huda memanaskan keadaan.


"Patutnya soalan itu kau tanya dekat Ikram.Kami dah lama putus lepas kau berkahwin dengan dia dan aku dah bahagia dengan suami aku."Ujar Zaskia sinis.


"Sekarang zaman isteri pun boleh curang inikan pu.."


"Jaga sedikit mulut kalau rasa diri tu sempurna sangat sampaikan menuding jari pada kesalahan orang.Selama ini aku diam setiap perbuatan Ikram sampaikan aku mati-mati kena tipu pasal kau!


Aku tak pernah serang kau masa mula-mula kau kahwin dengan tunang aku tapi apa yang aku dapat sekarang? Kau datang tuduh macam-macam kenapa tak maki Ikram kalau semua yang jadi salah dia?

Berfikir mengunakan otak bukan purdah kau!"Jerkah Zaskia lalu melangkah masuk kedalam rumahnya.


Raja Haizren memandang kelakuan isterinya terdetik dihati kenapa bekas tunang Zaskia selalu menganggu dan berbuat kacau namun dia harus menenangkan Zaskia dari kekecewaan.


"Saya tak pernah mengundang awak kesini dan menyakiti isteri saya.Kalau diri sendiri tidak memiliki adab jangan tunjukan kebodohan disebalik niqab awak sahaja.


Sekali lagi awak muncul menganggu Zaskia saya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas awak!"Jerkah Raja Haizren kuat menyentakan Huda lantas kaki di atur meninggalkan lelaki yang sudah menyinga.


"Arghhh!!!!"Jerit Zaskia lantas memegang tiang balkoni.Tangisan kesakitan melepaskan kemarahan di atas tuduhan seorang wanita bernama Huda.

Kehadiran wanita itu telah menghancurkan kembali hatinya tanpa secebis kekesalan menuturkan kata walhal yang berlaku bukan kehendaknya.

Raja Haizren memulas tombol pintu lalu melangkah masuk lantas matanya melilau mencari kelibat Zaskia sempat keluhan dilepaskan.

Kelihatan Zaskia sedang berdiri mengadap pemandangan perumahan yang tenang.Bunyi-bunyi burung berkicauan membisingkan suasana sepi tanpa kenderaaan.

"Sayang.."Panggil Raja Haizren lembut namun membuatkan air matanya mengalir kepipi tanpa henti.

Tubuh suaminya dipeluk kemas tidak ingin dilepaskan walaupun badai melanda dia akan tetap memilih Raja Haizren bukan lelaki lain terutama Ikram.

"Lepaskan Sayang kesedihan yang awak rasa tetapi ingat setiap titis air mata yang mengalir menjadi kekuatan untuk berhadapan hari esok."Tutur Raja Haizren memujuk isterinya dari terus hanyut dengan emosi sendiri.


"Kenapa mereka selalu mencari masalah dengan Anje saat kita mula bahagia?"Soal Zaskia lemah.


"Abang akan membahagiakan Anje perkara yang telah terjadi adalah masa lalu Anje.Usah dikenangkan kesakitan yang berbekas di jiwa."Ujar Raja Haizren lalu mengusap lembut kepala isterinya.


"Abang terima kasih."Ucap Zaskia lalu mencium pipi Raja Haizren.


"Untuk apa?"


"Mencintai Anje seadanya.."

Raja Haizren tersenyum manis memandang wanita yang sentiasa bangkit dari kekecewaan malah saling menutupi setiap kekurangan menjadikan hubungan semakin bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience