Bab Akhir

Romance Completed 11792

Setahun Kemudian


Setiap insan akan merasai perasaan rindu malah mengenggam rindu agar tidak terlerai sebuah ikatan hanya disebabkan keegoaan melanda menutupi kemanisan bersama.


"Arghhhh!!!"Jerit Chayra sekuat hati mengejutkan Thariq yang ralit membelek dokumen kerjanya pantas kaki berlari kearah bilik.


Mendengar jeritan seakan hilang jantungnya cemas sekira berlaku kejadian tidak diingin kepada isterinya.


Langkah terhenti apabila terpandangkan kelopak bunga tersusun indah di lantai pantas bibir di ketap kuat pasti ini dirancang oleh Chayra sendiri.


"Sayang.."Panggil Thariq geram dengan perangai isterinya pantas Chayra memeluk erat tubuh suaminya tidak ingin dilepaskan.


"Kasih.."Ucap Chayra lalu ingin mencium bibir suaminya pantas ditahan apabila terdengar suara rengekan Kayesa Zareer.

"Tidurkan dulu anak kita Sayang.."Pinta Thariq sebelum melepaskan pegangan Chayra lantas melangkah kearah meja kerjanya.


Setiap kebahagian tidak mampu digambarkan dengan kata-kata malah perbuatan jua tidak bisa melainkan gambaran dari mata yang bercahaya.


Haidar dan Nureen selamat diijabkabulkan dalam majlis yang sederhana cukup menjemput Anak-Anak Yatim Khaura.


Kini mereka selamat melayari mahligai bersama sehingga takdir mampu memisahkan mereka bersama.


Zaskia telah disahkan hamil mengembirakan Raja Haizren yang kini sentiasa berada disisi isterinya risau sekiranya ada yang menganggu lagi.


Kebahagiaan masih milik Nasha Melissa walaupun tidak dikurniakan zuriat dia tetap bangkit mengambil anak angkatnya yang kini sudah berusia dua bulan.


Chayra mendodoi Kayesa Fatina yang lena diulit mimpi setelah dua botol susu dihabiskanya sempat mata memandang kearah suami tercinta.

Chayra menghampiri Thariq yang kusyuk memandang kearah kertas kerjanya lantas bahu suaminya dipeluk kemas.


"Terima kasih selalu berada disisi Sayang selama kita kenal dan setia bersama Sayang."Bisik Chayra mengoda suaminya.

Thariq menarik isterinya keatas ribaan lantas mencuit lembut hidung wanita itu.


"Terima kasih juga sebab memberi Bie peluang kedua untuk merasai kebahagian bersama Kayesa.Sebuah anugerah yang tidak terhingga untuk Bie merasai kemanisan ini."Tutur Thariq sambil tersenyum manis lantas dahi isterinya dikuncup lama.


"Ouh, Bie lupa Kad kahwin Hafiz Iskandar."Thariq menghulurkan sekeping kad kearah Chayra yang sudah mengerutkan dahinya.


Chayra membaca setiap butir ayat yang tertulis serta merta mulutnya terlopong dengan kenyataan yang diterima.


"Imani?"Soal Chayra tergamam pantas Thariq mengangguk laju menyiakan menjawab soalan dari Chayra Ainin.


"Diam-diam.."Chayra sudah tersenyum manis memandang kearah suaminya namum disudut hati terlalu bersyukur diatas jodoh yang telah dititipkan Tuhan.


Setiap takdir yang tercipta menceritakan rasa rindu yang membara walaupun digenggam ia tetap akan melepaskan sekiranya tiada jodoh antara mereka.


Sengenggam rindu hanya buatmu tiada insan lain melainkan terlerai sebuah ikatan setelah dibelenggu kenangan silam menyakitkan.


-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience