Bab 18

Romance Completed 11792

Kekuatan sebuah cinta hanya kepercayaan antara satu sama lain namun jika hilangnya semua kepercayaan hanya disebabkan berubah layanan masih mampukan semua dipertahankan.


Gambar di skrin telefon meremukkan hati melihat kemesraan antara suaminya bersama seorang wanita di sisi walaupun dia menyedari segalanya tidak benar tetapi hatinya seakan terluka walhal dia sendiri mengetahui Thariq seorang lelaki tidak mudah menduakannya.


"Sekurangnya Is tunjuk kecurangan dia bukan macam Thariq senyap-senyap akan bernikah lain."Kata-kata Suhana masih terngiang di telinga.


Chayra Ainin memejamkan mata menahan segala gelora di jiwa malah hatinya tertanya-tanya adakah benar yang dikatakan oleh Suhana?


Melihat gambar dan mendengar kata-kata mencelarukan fikiran Chayra sendiri.Bagaimana dia harus menghadapi ujian sedangkan hatinya mudah tersentuh akhir-akhir ini.


Thariq Zareer memandang kearah isterinya pantas keluhan berat dilepaskan.Semenjak kebelakangan ini dirinya selalu sibuk tanpa sempat memikirkan keadaan Chayra tanpanya disisi.


"Sayang.."


Chayra Ainin berpaling lantas bibir mengukirkan senyuman hambar memandang kearah Thariq namun senyuman suaminya membuatkan hatinya merasa sakit apabila teringat kata-kata Suhana.


Bahu isterinya di paut kemas tidak akan sesekali di lepaskan pantas Chayra menjarakkan badannya dari disentuh suaminya.


"Buat apa dekat sini?"Soal Thariq sudah mengerti bahawa isterinya merajuk.


"Saja."Sepatah Chayra menjawab.


"Sayang Bie minta maaf."Tubuh Chayra dirangkul kembali.


"Tak apa."Chayra menepis pegangan suaminya lalu berjalan kearah pintu.


"Sayang..."Panggil Thariq lembut ingin memujuk isterinya yang sudah terguris hati dengan kelakuannya selama ini.

Chayra masih membisu bukan hatinya tidak terpujuk namun sedikit kecurigaan terbit dihati menutup segala kemanisan.


"Lusa kerja Bie selesai jadi Bie akan luangkan masa dengan Sayang."Ujar Thariq manis namun Chayra hanya tersenyum kelat memandang kearah suaminya.


"Saya ini membebankan awak ke Thariq?"Soal Chayra kecewa.


Thariq mengerutkan dahi menatap mata isterinya."Sayang awak isteri saya.Tak akan pernah membebankan saya."


"Habis ini apa?"Chayra menunjukkan gambar yang baharu di lihatnya tadi pantas Thariq melepaskan keluhan.


Disebabkan ini isterinya berubah tingkah laku yang mengusarkan hatinya malahan dia sendiri tidak menyedari kesibukkannya mengundang masalah sebegini.


"Sayang.."Tangan Chayra di capai lantas mengusap lembut.


"Dia pengasas Rumah Anak Yatim Bie menanggung segala keperluan sebagai saham akhirat kita."Jelas Thariq namun tidak menyejukan hati yang terguris.


"Bie tidak akan menduakan sayang Bie janji."


"Sudahlah lelaki kalau berjanji semua sama!"Jerkah Chayra lantas menarik tangannya dari disentuh oleh lelaki ini.


Chayra belum mampu menerima keadaan yang telah terjadi dengan kemarahan sukar diredakan namun jauh disudut hati dia tidak rela pergaduhan berlarutan.


"Kenapa ini?Sayang tak pernah macam ini."Thariq resah dengan tindakan Chayra usahanya untuk memujuk tidak berjaya seakan ada sesuatu menganggu fikiran isterinya.


"Salah kalau saya macam ini? Kalau orang yang saya sayang sakitkan hati saya?"Soal Chayra Ainin mengelirukan Thariq walaupun dia telah berusaha menjelaskan salah faham tetapi keegoan Chayra menutupi kebenaran.


"What wrong with you Sayang?"Soalan dibalas soalan oleh Thariq lantas tubuh isterinya di rangkul kemas.


Chayra meronta ingin dilepaskan dari pegangan suaminya disebabkan hati semakin terluka walhal masalah yang berbangkit sekecil zarah namun cukup membuatkan Chayra menjauh hati.


Chayra sendiri takut jika Thariq berubah perangai dengan memilih wanita lain sedikit kepercayaan mula gugur tanpa sedar.


"Jangan tipu Sayang..."Air mata Chayra gugur melawan emosinya tidak mampu diduga seakan semuanya tiada perbincangan dari awal hanya kemarahan mengatasi segalanya.


"Bie tidak pernah menipu Sayang pun."Bisik Thariq Zareer sambil memeluk erat tubuh isterinya tidak ingin dilepaskan.

Takdir yang berbeza namun kemanisan tidak akan berubah hanya disebabkan pudarnya rasa disebabkan emosi sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience