Bab 28

Romance Completed 11792

Setahun Kemudian


Keindahan yang di rasai menghangatkan kenangan untuk diciptakan menutup kepahitan dijiwa walaupun perubahan menutupi kesilapan mengundang kehancuran.


Chayra Ainin mengosok baju kurta milik suaminya untuk dipakai sebentar lagi bagi majlis pernikahan adiknya Zaskia bersama Raja Haizren.


Persiapan lengkap dilaksanakan oleh Puan Raudhah turut membantu Nasha Melissa dan saudara mara yang hadir bertambah meriah dengan telatah si comel Ilaika yang mencuit hati Chayra terdetik di dalam hati menanti bayi yang bakal di lahirkan tidak lama lagi.


"Sayang.."Panggil Thariq pantas Chayra mendongak memandang kearah suaminya itu.


"Ara panggil."Ujar Thariq lembut.


"Kejap lagi Sayang turun."Jawab Chayra lalu menutup suis seterika pantas Thariq menutup semula pintu.

Chayra segera menuruni anak tangga sambil memegang perutnya yang sudah membonyot pantas Thariq mendapatkan isterinya.


Tangan isterinya dipegang kemas membantu untuk Chayra menuruni anak tangga lalu di pimpin kearah sofa berdekatan melihat Ara Delisha tekun mengubah hantaran disaat-saat akhir.


"Besar dah perut Kak Ain ini."Tegur Alliya lalu mengusap lembut perut kakak angkatnya.


Chayra tersenyum manis melihat gelagat adiknya itu pantas tangan meraba coklat di tepi sofa sempat mulutnya mengunyah sedikit makanan.


"Tak scan ke Ain?"Celah Ara Delisha sambil mata tekun memandang hantaran yang belum siap digubahnya.


"Baru lima bulan Ara."Ujar Chayra lalu ketawa melihat wajah Ara Delisha yang kelam kabut menyiapkan hantaran memandangkan majlis lagi beberapa jam.


Zaskia sudah bersiap-siap didalam bilik hanya meninggalkan sedikit lagi keperluan untuk majlis yang perlu diselesaikan.


"Ayra..."Panggil Suhana melulu kearah Chayra Ainin mengejutkan Thariq yang rancak berbual dengan Rauf Ashraff pantas langkah diatur risau sekiranya kehadiran wanita itu menganggu majlis.


Chayra segera berdiri sambil tangan menepis pegangan dari Suhana."Apa yang tak puas hati lagi?"Soal Chayra tegas.


"Tolong akak merayu tarik balik dakwaan pada Hafiz.."Pinta Suhana sambil mencapai tangan Chayra.

Bagaimana lagi untuknya memohon agar adiknya dibebaskan selain menembalkan muka mengadap kembali Chayra walhal dia sendiri telah menyakitkan wanita itu.


"Apa alasannya untuk kami tarik balik? Suruh Hafiz menganggu kehidupan Ayra balik ke?"Soal Thariq berang dengan kelakuan Suhana masih tidak mahu mengalah.


"Susah sangat ke untuk kau orang lepaskan dia? Tak habis-habis nak seksa dia!"Jerkah Suhana meluat disebabkan terpaksa berlakon lagi.


"Kami tak pernah seksa dia tetapi akak sekeluarga yang seksa hati saya.Hubungan kami sudah berakhir tapi Hafiz tetap saja menganggu saya adil untuk saya melepaskan Hafiz begitu sahaja?


Kami kehilangan anak dan nyaris adik saya mati disebabkan siapa?"Soal Chayra tegas sambil tangan mengenggam erat tangan suaminya.

"Semua yang dia buat maafkan sajalah itu pun susah ke?"

"Senang kalau bercakap.Kenapa bila isteri saya memutuskan pertunangan keluarga akak berdendam? Kenapa susah sangat nak maafkan semuanya?"Thariq menyoal kembali pantas Suhana menunduk.


"Jangan buat kecoh dekat sini malu dekat keluarga saya.Anggap hukuman pada Hafiz satu pengajaran yang tak mampu di lenyapkan dari fikiran."Pinta Thariq pantas Suhana melangkah keluar.

"Jangan tertekan Ain awak tu mengandung."Ujar Ara Delisha lalu menyambung kerjanya pantas Rauf membantu isterinya menyiapkan kerja.


Chayra mengangguk sambil mata memandang kearah Thariq lantas bibir mengukirkan senyuman bersyukur masih memberikan seorang suami yang sentiasa berada disisi walaupun ia hanyalah pinjaman.


"Bie tahu Bie hensem."Bisik Thariq menyentakkan Chayra dari khayalan pantas matanya terkalih memandang kearah suaminya yang sudah lengkap berpakaian.


"Hensem Bie hanya untuk Sayang bukan untuk orang lain."Ujar Chayra manis.


"Bie tak pandang wanita lain selain Sayang walaupun Sayang semakin mengembang."

"Bie.."Bahu suaminya ditepuk lembut sambil bibir tersenyum manis.


"Bie guraulah.Bie terima semuanya sebab Sayang melengkapkan segalanya."Thariq mencium lembut dahi isterinya.


"Ehem! Pengantin lama rombongan dah nak sampai! " Jerit Ara Delisha mengejutkan mereka berdua meletus ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience