Bab 11

Romance Completed 11792

Chayra Ainin melangkah masuk kedalam restoran ingin makan tengahari bersama suaminya.Sempat mata meninjau keadaan sekeliling restoran.


"Ayra.."Panggil Hafiz Iskandar menyentakkan Chayra pantas langkah di atur keluar restoran risau sekiranya perbalahan mereka menganggu pelanggan yang datang.


"Awak nak apa lagi!"Sergah Chayra hilang kesabaranya dengan perangai lelaki ini masih tidak berputus asa mengacau hidupnya.


"Nak awaklah."Ujar Hafiz Iskandar seperti lelaki kurang waras.Keinginannya tinggi untuk mendapatkan semula Chayra walaupun terpaksa bertarung nyawa.


"Buka mata kau yang aku ini tidak akan pernah terima kau!"Tegas Chayra turun naik nafasnya menahan gelora amarahnya.


"Kenapa susah sangat kau nak terima aku?"Hafiz mula berkeras dengan Chayra pantas Chayra mengelakkan kelakuan lelaki ini.


"Tolong terima Kenyataan semuanya telah berakhir."Chayra melangkah pergi namun langkahnya terhenti apabila terpandangkan suaminya sudah berdiri disisi.


"Bie.."


"Kau.."Kolar baju Hafiz di genggam kemas oleh Thariq amarahnya kian memuncak tanpa sempat di tahan oleh Chayra.


"Kau lupa apa aku cakap tempoh hari? atau kau buat-buat pekak? nak aku ulang balik ke?"Tegas Thariq bergema suaranya memecah suasana sepi di sekitar lorong.


"Kau jangan masuk campur urusan aku lah!"Bentak Hafiz Iskandar lalu meleraikan genggam Thariq.Kolar baju yang senget dibetulkan.


"Sudahlah Bie."Chayra memaut lengan Thariq pantas ditepis oleh Hafiz.


"Bie..Wow! What the suprise?"Hafiz menepuk kedua-dua belah tangannya.

"Dengar sini sekali lagi muka awak muncul depan saya. Saya tidak teragak-agak akan ambil tindakan kepada awak dan letak perkara ini dalam otak awak saya hanya cintakan Thariq."Jelas Chayra Ainin lalu menarik tangan suaminya seraya melangkah pergi.


Hafiz Iskandar tersenyum sinis kearah sepasang kekasih namun hatinya terdetik semua belum berakhir.Dendam harus dibalas dan Chayra wajib merasai derita ini.


"Sayang kena berhati-hati lepas ini jangan seorang diri."Pesan Thariq pantas Chayra mengusap wajah suaminya.


"Jangan risau Sayang akan berhati-hati."Ujar Chayra lalu tersenyum manis pantas langkah di atur kearah kereta.


"Bie harap dengan kekerasan ini Is tak ganggu Sayang dah."Pinta Thariq lalu mengenggam kemas tangan isterinya.


Chayra Ainin tersenyum manis."Tiada sesiapa berani mengacau Sayang selagi dalam hati Sayang hanya ada Bie."Ujar Chayra Ainin seraya meletakkan tangan ke dada bidang suaminya.


"Segenggam cinta dan rindu Bie hanya untuk Sayang tiada lain."Bisik Thariq lantas membuka pintu kereta untuk isteri tercinta.


Hafiz Iskandar merenung tajam kemesraan antara Chayra dan Thariq sudah cukup membuatkan hatinya membara.


Dendam melikar didalam hatinya pantas rancangan diatur sempurna bagi melunaskan segala derita akan menjelma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience