Bab 31

Romance Completed 11792

"Tuan Thariq Zareer ada?"Soal Chayra setelah menampak masuk kedalam NT Holding milik keluarga suaminya sambil menjinjing mangkuk tingkat.


Faye mendongak kearah wanita yang mengandung sambil merapatkan bibir memperbetulkan listip merah menyala.

"Ada temu janji dengan kekasih saya?"Soal Faye selamba memanaskan hati Chayra.


"Kekasih!! "Jerit Chayra kuat mengejutkan Thariq dan Nasha pantas mereka bergegas keluar dari bilik.


Memandang kelibat isterinya mengejutkan Thariq lalu mengatur langkah kearah Chayra Ainin yang sudah menyinga.


"Sekarang dah ada kekasih dekat sini?"Soal Chayra setelah suaminya berada disisi sambil mata menjeling tajam kearah Faye pembantu peribadi Thariq Zareer.

Faye tergamam apabila mengetahui wanita ini adalah isteri kepada majikannya helahnya terbongkar selama ini dia menyukai Tuan Thariq dalam diam.

Nasha Melissa memeluk tubuh sambil menyandarkan badan pada dinding tepat wajah Faye di pandang sinis lantas mengelengkan kepala.

Thariq segera menarik tangan isterinya masuk kedalam bilik sempat tangannya mengetuk kuat meja pembantu peribadinya.


"Habis yang membonyot ini siapa Bie?"Soal Chayra lagi lalu melabuhkan punggung perlahan-lahan di atas sofa.


"Isteri kesayangan Bie.Jangan marah-marah Sayang abaikan saja Faye tu."Pinta Thariq sambil menarik mangkuk tingkat di tangan isterinya.

"Entah-entah orang lain pun dia cakap Bie tu kekasih dia.Panaslah hati aku! Nak sangat dekat Bie langkah mayat Sayang dulu!"Marah Chayra pantas tawa suaminya meletus.

"Sudahlah Sayang Bie tetap akan jadi milik Sayang."Pujuk Thariq lalu memeluk erat bahu suaminya.


"Kadang lelaki bukan boleh percaya mentang-mentang isteri dah gemuk ada hati nak cari lain."Bebel Chayra sambil bingkas berdiri ingin berlalu.


"Nak pergi mana pula? Janji nak makan sama?"Soal Thariq hairan dengan perubahan isterinya.

"Tak akan nak makan bersila kat sini."

"Garanglah dia harini."Thariq menuruti bontot isterinya sambil membawa bekal berisi lauk yang di masak oleh isterinya.


Chayra berjalan dihadapan Faye yang terus menunduk takut memandang kearah isteri majikannya pantas langkah Chayra terhenti.


"Terasa nak makan daging manusia harini."Bisik Chayra sinis laju Thariq menarik tangan isterinya kearah pantry.


"JANGAN buat masalah di Syarikat saya kalau awak nak lama berkerja disini!"Ujar Nasha Melissa tegas mengerunkan hati Faye.


Wajah ditundukkan memandang ke lantai tanpa mendongak kearah majikannya disebabkan kesalahan terlampau sombong setelah bekerja disini.


"Saya minta maaf Dato.."


"Awak disini hanya pekerja dan Tuan Thariq adalah majikan awak tiada perasaan antara awak pada majikan awak kalau awak masih nak berkerja disini."Jelas Nasha Melissa.


Keputusan yang terbaik untuk pekerja tidak semua mampu mencapai matlamat sekiranya niat hanya berkerja bukan jatuh cinta.


"Sa.."


"Sambung kerja awak."Arah Nasha setelah suami tercinta menjenguk di muka pintu sambil tersenyum manis.


Firdaus melangkah masuk kedalam pejabat isterinya."Kenapa macam tegang sangat ini?"Soal Firdaus lalu melabuhkan punggung diatas sofa berhadapan isterinya.


"Ada masalah tadi.Abang dari mana? "Soal Nasha lalu menghampiri suaminya.


"Dari Sekolah datang sini nak ajak lunch tapi tak tahu kalau orang tu ada temu janji ke kan."Sakat Firdaus sambil tersenyum manis.


"Demi Abang lautan api Sayang tempuh.."Madah Nasha lalu mencuit lembut hidung suaminya.


Saling melengkapkan menutup segala kelemahan di antara satu sama lain walaupun Nasha tidak dikurniakan zuriat tetapi sokongan dari suaminya menyakinkan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience