Bab 15

Romance Completed 11792

"Belum berakhir lagi Ayra."Bisik Hafiz ke telinga Chayra pantas dia berpaling memandang kearah lelaki yang masih menganggunya.


"Enough lah Is! Tolong pergi dari hidup saya!" Jerkah Chayra sambil menolak tubuh Hafiz Iskandar.


"Tak akan semudah yang kau sangka.Selagi kau tak menderita aku tidak akan sesekali menyerah."Bisik Hafiz di telinga Chayra namun sedikit tidak mengugat kerisauan hanya kemarahan mengatasi ketakutannya.


"Aku dah kahwinlah!"Tepis Chayra lalu menjarakkan diri dari Hafiz takut sekiranya Thariq melihat perbualan mereka berdua.


"Peduli apa! Dengar sini kau dah kahwin ke belum ke kau tetap akan jadi milik aku!"Bentak Hafiz Iskandar masih dengan keinginannya untuk membuat Chayra menderita.


"Berfikir guna otak walaupun dalam hati kau dah tiada iman!"Marah Chayra dengan kelakuan lelaki ini hatinya memberontak untuk pergi dari terus berhadapan dengan lelaki yang tiada hati.


Thariq Zareer berjalan perlahan kearah isterinya sambil mata memandang kearah Haidar yang turut menghampirinya.


"Kenapa susah sangat nak terima aku?"Desak Hafiz masih tidak berpuas hati.Matanya terpandang kearah Thariq yang sudah menghampiri mereka berdua.


"Aku terima kau sepenuh hati tapi apa aku dapat? Sakit atas perbuatan kau dengan wanita itu.Sekarang kau nak persoalkan semuanya tetapi sayang hati aku dah mati untuk Hafiz Iskandar."Ujar Chayra Ainin lalu ingin melangkah kearah suaminya.


Hafiz Iskandar segera mengeluarkan pisau pantas mengorak langkah ke arah Chayra.Tindakkan Hafiz dipandang Haidar lantas badan Chayra di rempuh kuat membuatkan dia jatuh ke tanah.Tepat pisau dicucuk ke tangan Haidar seraya tubuhnya rebah ke tanah.


"Haidar!"Jerit Chayra mengejutkan orang awam pantas Hafiz melarikan diri tanpa sempat di tangkap.Thariq segera memapah tubuh adik iparnya dibantu oleh orang sekeliling.


Haidar memegang lengannya terasa berpusing kepala melihat darah yang mengalir laju tanpa sedar pandanganya kian kabur.


Laju air mata Chayra mengalir kepipi sambil memandang kearah tubuh adiknya diusung masuk kedalam Hospital.


Sekirannya dia tidak mengendahkan lelaki berhati bintang itu pasti semua ini tidak akan berlaku.Ujian yang terlalu berat untuknya bertahan walaupun air mata kering tidak akan menangis setiap inci kelukaan.

HAFIZ Iskandar tergopoh-gopoh masuk ke dalam rumah walaupun hatinya puas dengan kelakuan tadi tetapi sedikit rasa gementar bersarang di hati.


"Kenapa kau ini?"Soal Suhana hairan dengan kelakuan Hafiz seperti ayam mahu bertelur.


"Aku tikam adik Ayra."


"Hah?"


"Kau bodoh ke?"Jerkah Atiqah pantas menolak tubuh abang kandungnya.


Bagai tersedar dari mimpi Suhana hilang arah hatinya di pagut rasa bersalah teramat sekiranya adik Chayra meninggal segala rancangan tiada makna.

"Aku tak sengaja.."Hafiz semakin ketakutan dengan tindakkannya diluar kawalan malahan kejadian berlaku di Hospital banyak saksi boleh mengheretnya ke penjara.


"Habis sekarang kita nak buat apa Kak?"Soal Atiqah sambil mata beralih pada Suhana hanya mendiamkan diri.


"Nanti aku jumpa Ayra."Putus Suhana lantas berjalan meninggalkan Hafiz yang sudah tersenyum manis.

Lakonannya berjaya membuatkan akaknya mengalah malahan dia percaya nanti Chayra akan menjadi miliknya selamanya.


"Kau tidak akan selamanya bahagia dengan Thariq."Omel Hafiz Iskandar lalu berjalan kearah biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience