Bab 27

Romance Completed 11792

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk di abadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahya di matamu, senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan jauh
Dari pandangan

Lalu ku kesal, ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengkarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap-gelita
Entah kan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


Chayra Ainin mengelap air matanya yang mengalir apabila terdengar bait-bait lirik lagu Suatu Masa nyanyian M.Nasir seakan luahan hatinya tiada yang memperduli.


Kehidupan bertemankan air mata yang mengalir setiap kali terkenangkan kenangan yang kian pudar malah hati meronta ingin memeluk erat tubuh suaminya namun hanyalah sebuah angan.


Thariq Zareer berdiri kaku dihadapan pintu apabila telinga menakap lagu yang dipasang oleh isterinya ingin sahaja dia melulu memeluk erat tubuh Chayra tetapi kakinya kaku untuk melangkah.


Imani segera memeluk erat tubuh sahabatnya sambil mengesat air mata yang mengalir tanpa henti.Dia harus kuat berhadapan dengan Chayra supaya wanita itu bangkit dari kesedihan.


"Buka mata kau dari derita yang kau alami dan percaya semua akan berakhir dengan kebahagiaan."Pujuk Imani dia menyedari kehadiran Thariq namun dia hanya ingin memujuk Chayra.


"Aku nak Thariq...Aku rindu dia sudah lama aku mengenggam rindu ini untuk dia sampai tidak mampu di tahan lagi."Ujar Chayra membuatkan air mata Thariq mengalir dia turut merindui isterinya.

"Beri Thariq masa untuk dia berfikir dengan logik bukan disebabkan emosi."Pinta Imani lalu mengosok lembut bahu Chayra.


"Sampai bila?"


"Sampai Bie tidak mampu mengenggam rindu untukmu Sayang."Thariq bersuara mengejutkan Chayra pantas langkah diatur memeluk erat tubuh suami amat dirindui.


Thariq memeluk erat tubuh isterinya melepaskan kerinduan dihati lalu mengucup lembut ubur-ubur isterinya.Chayra membalas pelukan sempat bibir mencium bahu suaminya.

Imani menyekat air mata yang mengalir ke pipi melihat pasangan kembali menyambung cinta dan melepaskan kerinduan di pendam sekian lama.


"Bie minta maaf sebab tuduh Sa..."


"Bie tak salah Sayang yang salah dalam semua perkara."Ujar Chayra menyalahkan dirinya sendiri.Sekiranya dia mampu mempertahankan segala pasti dugaan ini tidak meninggalkan parut dihati.


"Bie terburu-buru menjatuhkan hukum tanpa siasat perkara yang terjadi dan mempersalahkan Sayang tanpa meletakkan kepercayaan.


Dalam rumahtangga perlu ada kepercayaan dan tolak ansur barulah kebahagian dimiliki bukan emosi dan kemarahan mengatasi semua Sayang."Ujar Thariq lembut sambil mengesat air mata isterinya.


Hilang segala kesedihan dihati apabila cinta kembali menyatukan pantas Chayra meraut wajah suaminya untuk melepaskan rindu dijiwa.


"Aku keluarlah."Ujar Imani apabila melihat kelakuan pasangan sejoli ini pantas Chayra berpaling kemerahan wajahnya menahan rasa malu.


Imani bergegas keluar meninggalkan Chayra risau keluar adegan-adegan diluar kawalan terjadi tidak sewenangnya dia mencuci mata melihat tayangan percuma.


"Sayang tak tahu Sayang mengandung kalau tahu pasti Sayang jaga dia baik-baik."Ujar Chayra lembut lalu mengenggam erat tangan suaminya.


"Pengajaran untuk kita boleh cuba lagi nanti."Bisik Thariq mengoda pantas Chaya menampar lembut lengan suaminya.


"Jangan lemah macam ini Sayang kuatkan diri walaupun Bie tiada Sayang masih mampu bertahan."Pinta Thariq lalu mencuit hidung isterinya.


"Sayang tidak akan pernah bersedia untuk kehilangan Bie sampai bila-bila."Ujar Chayra lalu mencium lembut pipi suaminya.


Kehangatan cinta kembali bersinar tanpa memilih untuk pergi walaupun jasad terpisah hati tidak akan pernah melupakan.

"Bie laparlah."Chayra merengek manja membuatkan Thariq tersenyum manis melayan telatah isterinya.


"Jom.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience