Bab 39

Romance Completed 11792

Chayra Ainin mengenggam kemas tangan suaminya sambil mata melilau memandang sekeliling pusat membeli belah.


Langkah terhenti apabila terpandang kearah Hafiz Iskandar yang sudah tersenyum kearah mereka berdua.


"Boleh kita berbual."Pinta Hafiz Iskandar pantas Thariq mengangguk laju menerima kehadiran lelaki ini dengan hati yang terbuka.

Thariq telah membebaskannya dari tuduhan serta memberi peluang untuk Hafiz bertaubat memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan.


Kehadiran Hafiz mengejutkan Chayra namun perasaan itu terhapus disebabkan suaminya memberikan kekuatan dan kepercayaan untuk menerima kehadiran lelaki ini semula.


Selesai membuat tempahan makanan Hafiz Iskandar mengetap bibirnya yang kaku untuk memulakan kata-kata.


"Maaf kalau aku menganggu masa korang berdua.."Tutur Hafiz Iskandar berjaga-jaga dalam memberikan percakapan.


"It's okey Bro.Kau macam mana? dapat kerja? "Soal Thariq mesra pantas Chayra menoleh kearah suaminya yang langsung tidak menyimpan dendam dihati.


"Belum lagi tapi aku adalah cuba mana-mana syarikat harapnya adalah kan yang sudi menerima aku bekas banduan."Ujar Hafiz Iskandar tersenyum manis sempat mata memandang kearah Chayra hanya mendiamkan diri.


"Apa kata kau kerja dengan aku."

"Eh tak apalah aku tak nak susahkan kau.Selama ini aku dah banyak menyusahkan kau dan Ayra."Bantah Hafiz Iskandar bersalah dengan Thariq selama ini.


"Perkara dah lepas kami sendiri dah lupakan pasal itu dan berharap kita masih boleh berkawan."Thariq tersenyum memandang kearah Hafiz Iskandar.


"Ayra I'm sorry for everything."Ucap Hafiz Iskandar pantas air mata Chayra mengalir kepipi.


Hatinya tersentuh dengan perubahan Hafiz Iskandar dan keikhlasan Thariq walaupun keperitan yang dialami memakan masa yang lama untuk melupakan namun kemaafan menutupi setiap kekecewaan.


"Sayang.."Thariq mengenggam erat tangan isterinya hanya mendiamkan diri.


Chayra mengesat air mata yang mengalir lantas tersenyum manis."Lupakan kesakitan antara kita dan mulakan kenangan baru tanpa mengingati kembali kisah lalu."Ujar Chayra.


Hafiz Iskandar melepaskan sebuah rasa lega dihati setelah memendam rasa bersalah dijiwa akhirnya dia mampu melupakan segalanya dan kembali mengeratkan hubungan persaudaraan.


"Jangan sedih-sedih dekat sini nanti banjir kedai ini."Sakat Thariq membuatkan mereka bertiga ketawa.


"Berapa bulan? "Soal Hafiz Iskandar sambil menyuapkam makanan didalam mulut.Chayra tersenyum manis sebelum memulakan bicara.


"Tujuh bulan.Sebelum terlupa hujung tahun wedding Haidar jemput datang nanti Thariq berikan kad pada awak."Ujar Chayra masih dengan senyumannya.


Hafiz Iskandar mengangguk sambil mata menjeling jam dipergelangan tangan risau dia terlewat untuk menjemput Suhana di Hospital pantas meminta izin untuk beredar dari situ.


Thariq dan Chayra hanya tersenyum sebelum menyambung semula menikmati hidangan selepas ini akan berkerah tenaga membeli barang keperluan anak yang bakal lahir.


Hafiz Iskandar berjalan laju mengejar masa sehingga terlanggar tubuh seseorang pantas langkah terhenti.


"Hafiz Iskandar.."


"Imani?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience