Bab9

Romance Completed 11792

Hapuskan segala kesakitan dihati bergantikan sebuah kebahagian yang dijanjikan oleh insan dicintai.Sempurnakan segala kemanisan walaupun berdepan keretakan.


Majlis perkahwinan Thariq dan Chayra berjalan lancar hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan terdekat.


Ini keinginan mereka berdua disebabkan sudah tidak mempunyai ibubapa mereka meminta majlis yang sederhana sahaja.


Thariq meletakkan sekuntum bunga mawar di atas katil sambil mata memandang kearah Chayra masih berdiri dihadapan cermin.


Dari biasan cermin Chayra memandang gelagat suaminya yang sudah merebahkan tubuhnya diatas katil sambil mata tidak berkelip melihat kejelitaan isterinya.


"Mana Abang Fir kenapa Sayang tak nampak dia seharian? "Soal Chayra mengalihkan perhatian suaminya.


"Abang Fir tak dapat cuti."Dalih Thariq ingin menutupkan sesuatu takut sekiranya Chayra memikirkan masalah rumah tangga Kak Nasha.


"Ouhh.."


"Cepatlah Sayang."Panggil Thariq Zareer sudah tidak sabar menanti kenangan manis sebagai suami isteri yang sah.


"Pergi mana?"Soal Chayra bingung.


"Nak Bie dukung ke?"


"Okey..Sayang datang."


Chayra Ainin menghampiri suaminya lantas punggung dilabuhkan ke atas katil sambil tangan mengapai sekuntum bunga mawar putih.


"Bie janji akan sentiasa menceriakan Sayang sampai bila-bila dan tidak akan menduakan Sayang.Itu janji Bie pada Sayang."Bisik Thariq lalu mencium ubur-ubur isterinya.


"Percayalah hati Sayang hanya milik Bie bukan lelaki lain dan Sayang berjanji akan menjadi seorang isteri yang baik untuk Bie."Ujar Chayra Ainin lalu mencium tangan suaminya.

Hanyut didalam asmara sendiri menikmati manisnya sebuah cinta yang berputik dihati bukan dipaksa malahan terpaksa.



CHIYYA Zaskia menatap potret dengan pandangan yang kosong tanpa secebis rasa kekecewaan dihati.


Potret menunjukkan kebahagian kemarin terasa kehangatnya namun tidak sekarang langsung tiada makna.


Pergi jauh lara yang tersimpan dihati membawa kerinduan yang tiada perhujungnya walaupun pahit dan manis ditelan tetap terasa tawarnya.


Ikram memandang kearah tunangnya sambil bibir diketap lembut mengerti segalanya berperhujung sudah tiada cinta lagi.


"Saya terpaksa menerima dia dalam hidup saya dan saya harap awak boleh lupakan saya."Pinta Ikram pantas Zaskia berpaling sambil mengelap air mata yang bersisa.


"Jangan suruh saya lupakan awak bukan setakat lupakan lenyapkan dari mata saya mampu."Ujar Zaskia tidak punya perasaan kasihan lagi dihati.


"Maa.."


"Ucap berjuta kali maaf belum tentu mampu hilangkan rasa sakit hati saya bila tunang saya bernikah dengan wanita lain.Masihkah ada secebis kasihan dihati awak?Menjaga hati saya sebagai tunang awak?"Soal Zaskia pantas menghempas bingkai gambar yang dipegangnya tadi.


Ikram tiada pilihan dia harus melepaskan pantas langkah diatur pergi tanpa perlu memperbetulkan segalanya.Zaskia pasrah segalanya derita sudah sebati dalam hidupnya kini.


Lelaki itu mampu membuangnya jauh dari hati.Kenapa dia harus meratapi kekecewaan belum tentu segalanya akan berubah menjadi kebahagian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience