Bab 14

Romance Completed 11792

PANG!

"Sekarang pun kau tak mampu nak jaga adik aku! Macam mana pula nanti?" Jerkah Chayra Ainin hilang sabar dengan perangai Ikram Hamzah.


Kelakuan lelaki itu cukup berbekas dihati dengan keadaan Zaskia yang masih tidak sedarkan diri.Ikram memegang pipinya yang pijar sambil mata memandang kearah Haidar yang hanya menunduk.


"Saya min.."


"Maaf kau boleh sembuhkan dia ke?"Soal Chayra tegas turun naik dadanya menahan segala perasaan dihati.


"Bagi saya peluang untuk menjaga Zaskia."Ujar Ikram masih lagi mempertahankan dirinya.


"Peluang apa? Silap-silap mayat dia saja kau hantar dekat kami!"Bidas Chayra tajam matanya menatap kearah Ikram yang hanya menunduk.


Kalau bukan di Hospital sudah lama lelaki ini dikerjakannya sampai lunyai.Hatinya bernanah setiap kali menelan kelakuan Ikram mengecewakan adiknya.


"Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat dekat Zaskia. Kau putuskan pertunangan lepas itu kau tinggal dia macam itu sahaja."Ujar Chayra sempat matanya memandang kearah Thariq yang sudah berdiri disisinya.


"Apa lagi yang kau nak dari dia?Cukup-cukup kau lukakan dalaman dia sekarang kau lukakan luaran dia!"Chayra melepaskan segalanya pantas Thariq mengenggam tangan isterinya mengawal perasaan amarah Chayra.


"Saya tahu saya si.."


"Tak habis-habis silap!"


"Yang Hospital ini."Tegur Thariq setelah orang awam memandang kearah mereka sekeluarga sambil melepaskan pegangan tangannya.


"Bie.."Chayra berkalih kearah suaminya yang sudah berubah wajah.Chayra akur dia tidak harus menimbulkan masalah di Hospital.


"Adik bawa Kak Cha ke kereta nanti Abang datang."Pinta Thariq tanpa bantahan Haidar menarik tangan Chayra melangkah pergi meninggalkan suaminya dan Ikram.


"Jangan ingat aku tak tahu yang kau dah bernikah dengan wanita lain."Ujar Thariq tegas sambil memeluk tubuhnya.


Ikram melepaskan keluhan berat mengenangkan keadaan yang rumit disebabkan kesilapan terlampau mengikut emosi.


"Aku dipaksa untuk terima Huda dan aku masih cintakan Zaskia."Ikram berpaling kearah lain mengelak dari bertentang mata dengan Thariq.


"Cinta apa kalau kau sendiri rela bernikah dengan wanita yang kau rosakkan!"Jerkah Thariq hilang sabar sempat matanya memandang orang awam masih terkawal percakapannya.


"Apa masalah kau semua perkara pasal aku kau nak tahu hah!"Marah Ikram tanpa kawalan lagi.Thariq menghampiri Ikram yang sudah berubah reaksi sedikit cuak.


"Kau dengar sini, dekat dalam yang tengah bertarung nyawa itu adik ipar aku kalau kau nak hidup kau selamat kau jangan ganggu Zaskia dan jaga isteri kau elok-elok!"Jelas Thariq lalu menepuk bahu Ikram sebelum melangkah pergi.


Thariq sendiri tidak pasti sampai bila dia mampu mengawal keadaan sebegini tanpa pengetahuan isterinya.


"Bro nice to meet you."Sapa Hafiz sinis memandang kearah Thariq yang sudah meraup wajahnya.


"Kau buat apa dekat sini?"Soal Thariq malas melayan perangai lelaki yang tidak pernah putus asa menganggu rumahtangga mereka.


"Kalau tak silap Hospital ini bukan untuk kau seorang."Bidas Hafiz tidak mahu kalah namun sempat matanya memandang kearah sekeliling mencari kelibat Chayra Ainin.


"Dia akan tetap jadi isteri aku!"Tegas Thariq setelah mengetahui keinginan lelaki ini bertemu dengannya.


"Tuan Zareer?"Sapa Nureen Mardihah manis mengejutkan Thariq pantas senyuman dibalas.Hafiz tersenyum sinis sempat otaknya memikirkan idea merosakan rumahtangga Chayra Ainin.


"Cik Nureen buat apa dekat sini?"Soal Thariq mesra.


Thariq mempunyai urusan kebajikan dengan Nureen hampir setahun disebabkan Nureen pengasas Rumah Anak Yatim Khaura.


"Saya lawat Ayah mentua saya.Tuan?"Soal Nureen pula sambil mata memandang sekeliling mencari kelibat isteri lelaki yang banyak menderma untuk rumah kebajikan arwah bekas suaminya.


"Adik ipar saya masuk Hospital.Saya pergi dulu isteri saya dah tunggu."Ujar Thariq lalu mendapakan isterinya yang sudah berjalan kearah kereta.


Nureen Mardihah memandang kearah kelibat Thariq Zareer sebelum melangkah kearah lif yang telah disediakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience