Bab 38

Romance Completed 11792

Peluang sentiasa terbuka untuk memiliki sebuah cinta namun setiap peluang itu kebanyakan meninggalkan luka terlalu perit disembuhkan.


Terpapar di akhbar kematian seorang wanita dalam keadaan dirogol mengejutkan Raja Haizren pantas menunjukan keratan akhbar kepada isterinya.

Zaskia berharap kematian wanita ini terbela tiada dendam dihati setelah melepaskan segala kenangan lalu dan menciptakan kenangan baru bersama insan tercinta.


Chayra Ainin masih dalam pantauan Hospital sehingga bersalin dia mematuh arahan dari suami tercinta malah berharap kemanisan itu kekal selamanya.


Hafiz Iskandar berjalan kearah seorang wanita yang termenung memandang kearah burung merpati tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.


"Kak.."Panggil Hafiz sambil melabuhkan punggung di kerusi batu berhadapan Suhana.


Wajah tanpa secalit bedak dan listip bibir menghilangkan seri diwajahnya malah tiada keceriaan yang selama ini pernah menutup segala kemurungan.


"Berapa lama Kak macam ini?"Soal Hafiz kepada Atiqah lantas memegang lembut tangan kakak kandungnya.


"Selama kau dalam penjara dan selepas Akak pulang dari berjumpa Ayra."Jelas Atiqah kesal dengan perangai mereka selama ini.


"Berjumpa Ayra untuk apa? Kenapa ganggu dia lagi?"Soal Hafiz tidak menyangka kakaknya masih menyakiti Chayra dibelakangnya.


"Akak nak kau dibebaskan.."

"Hukuman yang aku terima cukup menyedarkan aku jangan pentingkan diri sampai merosakkan kebahagian orang lain malah aku berterima kasih dekat Thariq sebab memberikan pengajaran untuk aku teruskan kehidupan."Jelas Hafiz Iskandar lantas air mata Suhana mengalir.


"Kami terlampau mengikut perasaan sampai Ayra terpalit dalam keluarga kita dan menganggu kehidupan dia sampai sengsara."Tutur Atiqah sambil memeluk erat bahu kakaknya.


"Dalam perkara ini Is yang salah sebab terus menerus menganggu Ayra padahal dia tak pernah menganggu Is dan Is masih mengambil kesempatan dalam kebaikannya selama ini."Ujar Hafiz Iskandar mengeluh.


"Maafkan Akak Is dan Ati perkara yang terjadi di atas perangai Akak yang mengatur adik-adik Akak untuk kepentingan sendiri."Suhana bersuara dalam esakan tangisan.


Hafiz Iskandar memeluk erat tubuh kakaknya menenangkan Suhana dari kesedihan yang mengunung dijiwa.


Kasih sayang tidak akan terputus walaupun keegoaan mengatasi kesilapan sendiri dan kepercayaan mentutupi kekesalan di hati tanpa melepaskan sebuah darah daging sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience