Bab 25

Romance Completed 11792

Chiyya Zaskia mengacau air di dalam gelas sambil mata memandang kearah Raja Haizren yang tekun memandang kearahnya.


Fikirannya terganggu dengan masalah yang menganggu rumahtangga kakaknya.Dia nekad ingin menyelesaikan semua masalah dengan segera.


"Abang tahu kita jarang jumpa tapi janganlah tenung Abang macam ini."Tegur Raja Haizren sambil melontarkan pandangan kearah lain sengaja ingin menyakat buah hatinya.


"Sorry, Anje terfikir masalah Kak Cha."Ujar Zaskia lalu tersenyum hambar.


"Tak selesai lagi?"Soal Raja Haizren ingin mengetahui masalah kakak buah hatinya bukan mahu masuk campur tetapi mengurangkan beban Zaskia dari di pendam sendirian.


"Anje nak sangat selesaikan masalah tapi.."


"Tapi kenapa?"Soal Raja Haizren memotong percakapan Zaskia pantas dia mengecilkan mata dengan kelakuan kekasihnya.

"Anje tak habis cakap lagi."Zaskia melepaskan keluhan melayan karenah kekasihnya yang sengaja mengacau apabila dia berkata-kata.


"Mesranya.."Sapa Ikram pantas menarik tangan bekas tunangnya keluar dari cafe segera Raja Haizren mengejar kekasihnya.


"Lepaslah Ikram!"Sergah Zaskia lalu merentap tangannya mengejutkan Ikram dengan kekasaran wanita dihadapannya kini.


"Apa masalah kau nak heret aku? "Soal Zaskia tegas hilang kesabarannya selama ini.


"Chill lah apa marah-marah ini."Ujar Ikram seperti budak kecil.Raja Haizren menghampiri Zaskia yang memegang pergelangan tangan


"Chill kepala hotak kau! Sedarlah Ikram kita sudah tiada hubungan.Jangan buat perangai macam budak-budak!"Jerkah Zaskia membara hatinya dengan kelakuan biadap Ikram.


"Kau masih milik aku!"

"Jangan mimpi! Kau tak layak untuk dia kalau kau berani ganggu hidup dia tunggu nasib kau!"Marah Raja Haizren lalu memaut lembut tubuh Zaskia untuk melangkah pergi.


Ikram masih tidak berpuas hati segera tubuh Raja Haizren ditolak pantas kemarah lelaki itu memuncak laju penumbuknya hinggap ke pipi Ikram.


Tubuh Zaskia dipaut lalu melangkah pergi meninggalkan Ikram dalam kesakitan.




NUREEN Mardihah meletakkan kepingan kertas diatas meja sambil mata memandang kearah Haidar yang hanya termenung sedari tadi.


"Masalah masih tak selesai?"Soal Nureen bingung dengan perubahan kelakuan Haidar.


"Saya sendiri buntu nak selesaikan masalah."Ujar Haidar lantas melepaskan keluhan berat.


"Jangan mengeluh dengan ujian dari Allah SWT semua yang terjadi telah tertulis."Nureen menasihati Haidar pantas lelaki itu tersenyum kearahnya.


Pertemuan melengkapkan segalanya walaupun masih dalam usaha memujuk hati seorang wanita tetapi Haidar yakin kebahagian akan menjadi miliknya.

"Apa kata kita cari Hafiz.."Cadang Nureen menyedarkan Haidar pantas tangan mendail nombor kakaknya untuk berjumpa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience