BAB 20

Drama Completed 1821

Liya dan Alvin duduk di bangku meja halaman rumah. Mereka baru selesai mengganti pakaian, puas kejar-mengejar di dalam kolam renang itu. Liya masih lagi mengelap-ngelap rambutnya yang basah dengan tuala putih. Buku-buku pelajaran telah ada di atas meja itu. Sebentar lagi, Alvin akan mula menjadi guru Liya. Alvin tidak kalah dengan Lorenzo. Dia juga cukup cerdas dan berpengetahuan dalam membantu Liya mengulangkaji pelajaran. Liya suka dengan cara Alvin mengajar. Wajah kacak itu tidak membuat fikiran Liya beralih. Dia dapat terus fokus pada pelajarannya.
“Lepas ni, aku mau jadi guru tegas untuk kau. Sebab tidak lama lagi kau mau duduk SPM sudah kan.”
Kata Alvin, dengan wajah garang yang dibuat-buat. Liya tersenyum, menunjuk gaya manja. Rona datang membawa seteko teh panas bersama sepiring biskut coklat di atas talam, lantas diletak di atas meja.
“Selamat belajar, Liya. Kakak yakin kau dapat hadapi SPM kau nanti.”
“Terima kasih, kak. Tulung kasi doa saya ahh, kak.”
“Pasti.”
Rona berlalu pergi. Sebuah kereta berhenti di depan pintu gerbang. Mereka terpaku. Itu kereta Avilla. Tapi dia dengan siapa? Ada seseorang ikut bersama Avilla. Tapi tersamarkan oleh cermin kereta Avilla yang gelap. Liya cepat-cepat meletakkan bukunya di meja. Dia berdiri, segera menjauhkan jaraknya dari Alvin. Dia tidak mahu Avilla ternampak kebersamaan mereka itu kelihatan mesra seperti sepasang kekasih. Dia sangat ingin menjaga hati Avilla, apatah lagi semenjak akhir-akhir ini, sikap kasar Avilla kepadanya sudah agak berkurang. Dia tidak mahu lagi sikap Avilla berubah kembali menjadi kasar. Pintu gerbang dibuka. Avilla masuk bersama ibunya, menuju ke tempat Alvin sedang duduk. Avilla seakan-akan tidak menganggap Liya ada di situ. Dia hanya lalu lurus, tidak sedikit pun dia melirik Liya. Apatah lagi untuk menyapa. Hanya ibu Avilla yang sudi memberi senyum mesra kepada Liya. Liya membalas senyuman itu.
“Alvin, apa kau buat duduk-duduk di sini?”
Soal Avilla, seraya menampalkan pipinya ke kedua-dua pipi Alvin. Alvin terpaksa memberi senyum walau bibirnya berat. Dia berat hati dengan kedatangan Avilla ke situ yang jelas-jelas mengganggu kebersamaannya dengan Liya. Alvin berdiri, menyalami ibu Avilla.
“Bila aunty sampai?”
“Baru kemarin, Alvin.”
“Tunggu. Kau belum jawab aku tanya tadi. Kau buat apa duduk-duduk di sini? Jarang-jarang aku nampak kau duduk di sini.”
“Aku tulung-tulung si Liya ulangkaji pelajaran dia.”
Liya mulai nampak gementar. Mengapa Alvin harus memberitahu Avilla tentang itu? Yang ada, Avilla akan salah sangka dan sudah pasti cemburu. Pandangan Avilla kepada Liya sudah mulai nampak aneh.
“Kenapa? Dia tidak bulihkah ulangkaji sendiri?”
“Apa salah berkongsi ilmu?”
“Tu 4 cousin kau kan ada. Diorang tu pun bulih tahan juga pandai diorang tu. Kenapa kau tidak suruh saja diorang tulung-tulung dia ulangkaji? Kenapa mesti kau?”
“Oh, jadi nama dia Liya?”
Soal ibu Avilla. Dia menatap terus wajah gadis itu, tatapan yang penuh erti.
“Iya, aunty.”
Jawab Alvin. Ibu Avilla maju mendekati Liya.
“Mandak, siapa nama penuh kau? Bulih aunty tau?”
Soal ibu Avilla seraya merangkul bahu gadis itu.
“Nama saya Putih Liya, aunty.”
“Putih Liya?”
Senyum di wajah ibu Avilla mulai memudar.
“Jadi, kau ni anak si Donius?”
“Betul, aunty. Aunty kenal?”
Wanita itu tidak mampu menahan perasaan itu. Matanya mulai berair. Dia merasa hendak menangis.
“Apa khabar bapa kau, Liya? Aunty rindu betul sama dia walaupun aunty tau, bapa kau sudah jadi suami perempuan lain.”
Liya hairan dengan percakapan wanita yang kelihatan masih begitu muda itu. Bagaimana dia kenal dengan ayah Liya. Siapa dia? Bahkan Avilla dan Alvin juga merasakan perasaan yang sama. Avilla mendekati ibunya. Alvin mengikutinya dari belakang.
“Mak. Jadi mama kenal sama bapa si Liya ni?”
Air mata itu sudah tak dapat ditahan-tahan lagi, mengalir membasahi pipi ibu Avilla dengan cepatnya.
“Aunty, aunty ni siapa sebenarnya? Macam mana aunty tau pasal bapa saya?”
“Sekarang, nama saya Clare. Semenjak saya hidup sama orang-orang yang tiada talian darah sama saya, saya guna nama Clare untuk menutup nama sebenar saya, beserta identiti diri saya untuk sementara waktu. Saya tidak mau siapa-siapa yang kenal saya tau, yang saya ni masih lagi hidup. Terutama mama tiri kau, si Sarah.”
Liya semakin tidak faham dengan percakapan ibu Avilla. Avilla dan Alvin masih membisu di situ. Avilla seakan-akan sudah mampu memahami apa yang dimaksudkan dengan ibunya itu.
“Mak! Mama jujur saja mak, ada apa sebenarnya hubungan masa lalu mama sama family si Liya? Aku pun ada hak tau juga mak, walaupun aku ni cuma anak angkat mama saja.”
Alvin dan Liya terkejut dengan pernyataan Avilla.
“Jadi si Avilla ni cuma anak angkat ni aunty?”
Fikir Liya.
“Saya… Saya…”
Wanita itu seakan-akan kakuh lidah untuk berbicara.
“Saya ni… Saya ni sebenarnya Amanda Steven, mama kandung kau, Putih Liya.”
Mulut Liya terngangah luas, terkejut.
“Apa? Aunty mama kandung yang saya cari-cari selama ni? Biar betul aunty ni.”
Amanda mengangguk. Dia terus menangis. Dia merasa bahagia dengan pertemuan itu. Akhirnya dia dipertemukan juga dengan Putih Liya. Amanda lantas memeluk gadis itu dengan seerat-erat pelukan.
“Maaf mama, Liya. Mama tiada sama-sama kau dari kau baby lagi. Mama tiada di tempat kau waktu kau membesar. Selama ni mama tinggal di luar negara untuk berselindung. Tapi dari sana, mama selalu tidak putus-putus berdoa untuk kau, sama untuk bapa kau.”
“Ini semua musibah, mak. Ini bukan salah mama.”
Pelukan mereka perlahan-lahan terlerai. Tetapi tatapan masih terus berlangsung, tatapan penuh kerinduan.
“Macam mana keadaan kau selama kau membesar di bawah asuhan mama tiri kau, Liya?”
“Dia jahat, mak! Dia kasar! Dia tidak sayang saya. Mula-mula saja dia layan saya baik-baik. Selepas tu, dia buat anak mama ni macam orang asing di rumah bapa.”
“Perempuan busuk!”
“Dia sama kawan dia si Deviana. Sebenarnya, dioranglah yang upah orang untuk kasi celaka mama.”
“Iya, Liya. Mama sudah tau. Tapi orang-orang suruhan diorang tu tidak sampai hati mau bunuh mama. Jadi, diorang cuma buat mama pengsan saja. Sebelum diorang kasi pengsan mama, diorang sempat lagi berpesan sama mama supaya mama cepat-cepat melarikan diri kalau mama sudah sedar. Untunglah ada pemburu yang kasi selamat mama. Dia nampak mama ampai-ampai pengsan di hutan. Dia bawa mama pulang pigi rumah dia. Dia rawat mama sampai mama sembuh. Anak perempuan dia jadi kawan baik mama sampai sekarang. Anak perempuan dialah yang sudah banyak tulung mama. Dia bawa mama tinggal di Texas, sambil kerja di sana. Nasib baiklah bahasa Inggeris mama okey, jadi mama cepat beradaptasi sama cara hidup di sana. Beberapa minggu mama tinggal di Texas, ada kawan sumandak mama dari Sabah yang terkahwin sama orang sana, nama dia Cecelia. Ada satu malam tu, kereta diorang laki bini eksidin. Dua-dua pun tidak dapat kena kasi selamat. Tapi sebelum si Cecelia hembus nafas terakhir dia, dia sempat lagi bagi amanat sama mama untuk jaga anak perempuan diorang yang masih baby lagi.”
“Akulah anak perempuan pasangan suami isteri yang eksidin tu, Liya.”
Sampuk Avilla. Wajahnya mulai kelihatan sedih. Avilla berkulit putih, berhidung mancung. Tetapi rambutnya hitam, dan matanya juga berwarna khas seperti mata orang asia. Patutlah wajahnya sedikit menyerupai wajah orang barat. Ayahnya kandungnya berdarah Amerika.
“Walaupun muka aku ni muka orang putih, aku tetap tidak secantik anak kandung mama ni.”
“Sedar pun…”
Bisik hati Alvin.
Amanda mengelus-elus pipi lembut Avilla.
“Tidak, Avilla. Kau tetap cantik di mata mama. Walaupun mama sudah berjumpa sama anak kandung mama, mama tetap sayang sama kau, Villa.”
Avilla tertunduk. Perlahan-lahan dia menggapai tangan Liya.
“Liya, aku minta maaf sama kau. Selama ni, aku selalu kasar sama kau. Aku sudah anggap kau macam musuh, cuma gara-gara perasaan cemburu aku yang tidak bertempat.”
Liya masih setia dengan senyumannya. Dia mencapai kedua-dua tangan Avilla, lantas digenggam erat.
“Tidak apa, Villa. Tiada kesan apa-apa pun bagi aku. Cuma yang membuat aku terkesan sekarang ni, aku happy sangat dapat jumpa mama kandung aku, sekaligus dapat saudara perempuan. Ini bonus yang Tuhan bagi untuk aku. Thanks, God.”
Mereka berdua saling berpelukan sekejap.
“Sekarang, kalau kau minta aku untuk serang mama tiri kau, aku sanggup, Liya.”
“Tidak apa, Avilla. Kita cari cara lain macam mana mau serang dia dengan cara halus. Dia licik. Ilmu pegangan dia kuat. Sekarang ni pun bapa masih lagi terikat sama hipnosis dia. Aku yakin, tu hipnosis jugalah yang buat bapa tiba-tiba benci sama mama selama ni.”
“Mama sudah tau semua tu, Liya. Time mama di Texas lagi, mama dapat khabar yang bapa kau tuduh mama ni kahwin sama dia cuma mau harta dia saja. Apalagi ada gambar-gambar editan mama sama lelaki lain sebagai bukti palsu yang si Sarah buat untuk buat bapa kau benci sama mama. Tapi tidak apa. Karma selalu datang tepat waktu.”
“Dia memang licik, mak. Dia sengaja buat kita senasib. Dia suruh orang untuk bunuh saya. Tapi untung tu orang suruhan dia tu tidak sampai hati bunuh saya. Jadi dia kasi serah saya sama si Alvin.”
“Tempuhilah hujan walaupun engkau telah kehilangan payungmu...
Kerana engkau telah dipayungi oleh kekuatan yang engkau miliki saat ini…
Rawatlah kekuatan itu baik-baik, supaya kekuatan itu tetap menjadi payungmu ketika engkau mengharungi lembah yang dituruni hujan darah…
Ketika engkau ditindas dengan pedang, janganlah lawan penindasan itu dengan pedang…”
Liya teringat dengan kata-kata yang sedang ibunya ucapkan itu dengan penuh semangat. Itulah kata-kata yang tertulis dalam sehelai kertas yang dia jumpa di dalam gudang rumah ayahnya. Dia tersenyum. Rupanya ibunyalah pemilik kata-kata dalam kertas itu. Belum sempat ibunya menghabiskan kata-kata itu, dia langsung meneruskannya.
“Tapi rebutlah sarung pedang dari pinggang si penindas, dan berusahalah untuk menyarungkan kembali pedang itu ketika mata pedang itu mulai mengarah kepadamu…
Setidak-tidaknya engkau telah meyakinkan si penindas bahawa…
Penindasan tidak dapat menjadikan diri sebagai seorang pemenang…
Tetapi hanya mempamerkan sebuah kebodohan dalam kekejaman…”
Amanda tertawa kecil.
“Jadi kau sudah hafal kata-kata yang mama karang tu, Liya?”
“Iya, mak. Sampai sekarang tu kata-kata selalu saya ingat-ingat setiap kali saya ada masalah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience