BAB 1

Drama Completed 1821

Rasa hairan bertandang di hati. Tadi, Donius menghubunginya untuk mengajak ke restoran itu. Tiada tanda-tanda Donius tengah marah. Ketika tiba di situ, Donius membisu. Selalunya, dialah yang pertama kali membuka bicara setiap kali melakukakan pertemuan dengan Sarah. Tatapannya pun begitu sinis.
“Don, kenapa lain macam saja kau hari ni? Ada masalahkah? Atau ada sesuatu penting yang kau mau kasi tau aku? Sebab macam serius saja muka kau aku tinguk. Ada apa?”
“Mulai sekarang kita putus!”
Bentak Donius. Dia menghentak kuat meja restoran. Beberapa pelanggan lain di restoran itu terpaku ke arah mereka berdua. Namun tidak mereka berdua hiraukan sedikit pun. Mata Sarah kelihatan sudah mulai berair.
“Kau sudah fikir masak-masak, Don? Kenapa kau tiba-tiba saja minta putus ni?”
Donius terdiam seketika. Dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Air mata Sarah sudah mulai mengalir dengan cepatnya. Dia sangka, pesanan ringkas telefon bimbit nokia non-camera yang diterimanya dari Donius semalam hanya sekadar gurauan semata. Dan dia masih tetap berharap, ucapan itu hanya setakat gurauan semata, atau sekadar lintasan emosi seketika di landasan hati. Tapi, Donius betul-betul ingin mengakhiri semua itu. Sarah menggapai tangan Donius, tetapi dengan cepat Donius mengalihkannya.
“Aku kecewa sama kau, Sarah. Selama ni aku sangka kau ni perempuan baik-baik. Aku sudah salah pilih orang.”
“Kau kasi putus aku sebab aku ni tidak cantik kan, Donius?”
Sarah menyentuh kaca matanya yang tebal. Sudah lama dia memiliki kebiasaan memakai kaca mata tebal, semenjak di bangku sekolah rendah lagi. Kaca mata jenis klasik itu membuat penampilannya tidak secantik gadis-gadis lain. Ditambah lagi giginya yang dipasangkan kawat dan fesyen rambutnya yang belah tengah, diikat ke belakang. Dia sememangnya terkenal seorang yang nerd semenjak di bangku sekolah lagi. Dia tidak memiliki banyak kawan, apatah lagi kawan rapat. Tiada seorang jejaka pun yang rela menerimanya, kecuali Donius. Donius menerimanya sebagai kekasih pun disebabkan Donius menaruh simpati terhadap dirinya, bukan kerana Donius sungguh-sungguh menyukainya. Ditambah lagi Donius berpendapat bahawa gadis yang merupakan anak tunggal sepasang suami isteri bernama Martin dan Marcella itu seorang yang baik hati dan lemah lembut, patut dijadikan sebagai calon pendamping hidup yang selayaknya. Setelah mengetahui dari cerita orang-orang bahawa mendiang nenek Sarah merupakan seorang pengamal ilmu hitam, dan ilmu hitam itu sudah diturunkan kepada Sarah, maka Donius mulai berasa tawar hati. Dia memutuskan untuk mulai menjauhi Sarah. Donius juga mendengar cerita bahawa dahulu, ibu Sarah gemar menggunakan perkhidmatan ilmu hitam mendiang nenek Sarah untuk menambahkan kecantikan dan pesona di dalam tubuh. Donius berpendapat bahawa Sarah telah menggunakan ilmu hitam untuk memikatnya.
“Sejak bila kau pegang ilmu hitam mendiang nenek kau, Sarah?”
“Itu bukan kemahuan aku, Don. Aku terpaksa ikut kemahuan mendiang nenek aku. Aku sayang nenek aku. Aku terpaksa kasi tunai permintaan terakhir dia. Aku mohon pengertian kau, Don. Aku janji, aku tidak juga kasi salah guna ilmu yang nenek aku kasi turun sama aku.”
“Aku minta maaf, Sarah. Aku tidak dapat terima perempuan yang suka guna ilmu hitam ni. Dalam daftar nenek moyang kami sampailah pigi keluarga kami, tiada yang suka pegang-pegang ilmu. Kami semua orang beragama. Hubungan kita berakhir di sini.”
Donius segera beredar dari situ, menuju ke keretanya di depan restoran. Sarah semakin menangisi apa yang sudah terjadi. Dia menekap wajah dengan kedua-dua tangan. Seorang wanita yang duduk di meja sebelah segera berpindah tempat, mengambil tempat di bangku yang sudah ditinggalkan Donius. Wanita muda berambut pendek itu bersemuka dengan Sarah. Sarah yang masih merasa semua itu cuma mimpi hanya mampu membalas tatapan simpati wanita itu dengan senyuman tawar. Wanita itu menepuk-nepuk lembut bahu Sarah.
“Sabar, mandak. Tidak payahlah terlampau menangis cuma gara-gara lelaki saja, nanti kaum diorang makin lagi menganggap kaum kita ni lemah. Aku ni tidaklah kenal sama kau atau tu lelaki. Tapi apa yang mampu aku cakap, banyak lagi lelaki di sana luar yang jauh lebih baik dari tu lelaki.”
“Tapi belum tentu ada yang sanggup terima aku ni, mandak. Cuma si Donius saja yang tidak hirau cantik buruk yang ada dalam diri aku.”
Wanita itu mencabut beberapa helai tisu di meja itu, mengusapkan ke bahagian mata Sarah, lantas turun ke pipi untuk menghapus air mata itu.
“Kalau aku perhatikan, kau ni tidak juga bida sangat bah. Cuma…”
Wanita itu enggan meneruskan kata-katanya. Dia cuma mampu tersenyum.
“Cuma apa, mandak? Penampilan aku?”
“Sorry, mandak.”
Wanita itu merasa bersalah kerana telah menyentuh bab penampilan Sarah walaupun dengan kata-kata yang tidak begitu jelas. Sarah mampu memahami apa yang hendak dikatakan wanita itu.
“Oh! By the way, nama aku Deviana. Kau boleh panggil aku Dev saja.”
Wanita itu memperkenalkan diri seraya menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Sarah. Sarah lantas menggapai tangan Deviana.
“Okey, Sarah. Mulai sekarang aku jadi kawan kau, kau pula jadi friend aku. Hehehe… Jadi, sebagai kawan baru kau, aku berhak kasi nasihat kau supaya kau buang jauh-jauh tu lelaki dari memori otak kau.”
“Tidak sangka pula kita ni, baru kenal hari ni, terus-terus berkawan.”
“Kita ni bukan pasangan kekasih mau dikasi lama-lama, Sarah. Kalau cuma setakat kawan, hari ni kenal hari ni juga bulih jadi kawan.”
* * *
Sebulan lebih telah berlalu. Hari itu Sarah memutuskan untuk tinggal bersama Deviana, di rumah sewa Deviana. Sarah sudah tidak sanggup membayar sewa rumahnya yang harganya terlalu tinggi, maka dia berhasrat hendak menumpang di rumah sewa Deviana. Rumah Deviana tidaklah terlalu mewah, cukup-cukup untuk menampung tiga orang kerana ada tiga bilik tidur. Bilik mandi di bilik tidur ketiga bermasalah, jadi Sarah harus berkongsi bilik dengan Deviana walaupun di ruang yang berhampiran dapur juga terdapat bilik mandi dan tandas. Sebenarnya Deviana tinggal serumah dengan Tony, adik sepupunya yang agak lembut dan sedikit suka berpenampilan seperti wanita. Namun, Tony tengah bercuti selama dua minggu lebih di kampung kerana minggu depan kakaknya akan melangsungkan perkahwinan. Dia diminta untuk membuat dan menghias pelamin untuk kakaknya dan calon suami kakaknya bersanding nanti. Baru sebentar tadi Tony berangkat. Sementara Deviana keluar ke bandar untuk membeli barang-barang dapur yang telah berkurang dan habis, Sarah merajinkan diri untuk mengemas almari pakaian, dan sekaligus seluruh bilik tidur itu. Dia melihat kunci milik Deviana masih tercucuk pada laci almari, mungkin Deviana lupa mencabut dan membawa serta kunci itu.
“Bagus aku simpan dompet aku yang ada duit simpanan yang belum aku kasi masuk di bank tu di dalam ni laci. Nanti tinggal aku kasi tau si Deviana saja kalau dia pulang.”
Fikirnya. Dia mengambil dompetnya dari beg tangannya yang disangkut pada belakang pintu bilik, kemudian dia memutar kunci laci untuk segera memasukkan dompetnya ke dalam laci itu. Ketika laci itu mulai terbuka, sekeping kad berwarna merah jambu di dalam menarik perhatiannya.
“Kad apa ni”
Fikirnya. Alangkah terkejut dia. Itu kad jemputan ke majlis perkahwinan, bertuliskan nama Donius Peter dan Amanda Steven. Mulutnya terbuka lebar. Dia membuka perlahan-lahan kad undangan itu, dan terdapat gambar Donius dan calon isteri Donius di bahagian dalam. Majlis itu akan diadakan minggu depan.
“Dari mana si Deviana dapat ni kad kahwin? Ataukah ni perempuan yang mau kahwin sama si Donius ni kakak si Tony? Tapi kenapa si Deviana tidak cerita sama aku? Sampai hati betul kau sama aku, Dev!”
Waktu itu juga, Deviana muncul di depan pintu bilik yang tidak tertutup. Deviana menatap kad jemputan yang dipegang Sarah itu. Dia tidak menyangka Sarah akan membuka laci itu, dan menemui kad jemputan itu. Deviana terpaku di situ.
“Dari mana kau dapat tu kunci laci lemari aku, Sarah?”
Soal Deviana dengan nada yang sedikit berunsur kesal. Dia lupa bahawa dia telah terlupa mencabut kunci itu dari laci.
* * *
Amanda berbual-bual penuh kemesraan dengan Tony, adiknya di ruang tamu rumah. Mereka membahas soal Sarah dan Donius.
“Aku takut oh, Ton.”
“Takut apa lagi, kak? Kau tidak payahlah dengar cakap adik si Ebin tu. Mana ada hantu di kampung kita ni. Dia sengaja-sengaja cakap begitu sebab dia tahu kau selalu malam-malam baru balik kerja, kan. Dia sengaja-sengaja bah tu kasi takut-takut kau. Bukan kau tidak tau perangai dia.”
“Bukan itu. Pasal hantu tu tidak seberapa penting juga. Ini lebih penting lagi.”
“Pasal apalah?”
“Aku takut si Sarah buat yang macam-macam kalau dia tau si Donius ada niat mau kahwin sama aku. Aku rasa aku ni macam merebut milik orang pula, Ton.”
Tony mendengus panjang. Dia meletakkan cawan bertema Snoopy ke meja setelah menghirup sedikit isinya.
“Tidak payah fikir bukan-bukan, kak. Si Donius sendiri yang pilih kau, kan. Dia cakap kau lebih bagus dari si Sarah. Lagi pun dia ada bilang, dia tinggal cari masa yang sesuai untuk kasi break si Sarah sebelum kamu kahwin. Siapalah juga mau perempuan pengamal ilmu sesat macam dia tu. Sudahlah bida.”
“Ish! Kau ni, Ton. Tidak bagus menyakap penampilan urang begitu tau. Dosa.”
“Bah, yang betul bah.”
“Tapi tidak apa. Selagi kakak kau ni selalu ada di landasan yang betul, aku yakin, tiada apa-apa yang terjadi. Kalau ada pun, sekurang-kurangnya Tuhan bagi aku kekuatan. Aku tidak perlu takut sama apa pun atau siapa pun.”
Iklan satu jenama lampin pakai buang yang sedang ditayangkan di tv memperlihatkan seorang ibu tengah bermain dengan anak bayinya yang hanya mengenakan lampin pakai buang dengan jenama itu. Melihat sekilas ke arah skrin tv, Tony ingin tanyakan sesuatu kepada kakaknya.
“Kak, kalau kau sudah kahwin sama si Donius nanti, terus kamu dapat baby, kamu kasi nama apalah nanti sama baby kamu tu?”
Amanda tertawa.
“Tony, Tony. Awal-awal lagi sudah tanya pasal nama baby. Kau ni ahh.”
“Tanya saja pun. Salahkah?”
“Okey, okey. Kalau baby lelaki, aku kasi nama dia si Bryan. Tapi kalau baby perempuan, aku kasi nama dia si Liya. Kalau baby perempuan kami tu kulit dia putih macam salji, rambut dia hitam berkilat macam arang, terus bibir dia merah macam darah, aku kasi nama dia si Putih Liya. Aku mau dia ada ciri-ciri macam puteri Snow White bila dia sudah besar sikit nanti.”
“Wah… Cantiklah, kak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience