BAB 29

Drama Completed 1821

Itu petang terakhir Avilla berada di Sabah. Awal pagi esok, dia harus sudah berada di lapangan terbang. Dia akan terbang ke Texas untuk mengurus butik ibunya di sana. Apatah lagi setelah mengetahui mendiang ibu kandungnya memiliki sebuah hotel di sana, dia ingin melihat sekaligus mengurus hotel itu. Selama ini, sepupu mendiang ayah kandungnya yang mengurus hotel itu. Dia baru sahaja selesai mengemas beberapa helai pakaian di beg, duduk di birai katil. Telefonnya berdering, lantas dia menggapai telefon yang dari tadi diletak di sebelah tempat dia duduk.
"Aku ni si Liya."
Liya menghantar mesej whatsapp menggunakan nombor lain, nombor yang tidak tersenarai dalam kenalan telefon Avilla. Adakah Liya membeli sim card baru?
"Ni number baru kau?"
"Iya. Aku beli telefon baru ni sebab telefon aku kena curi tadi. Aku mau minta tulung kau bah ni. Kau datang dulu pigi sini."
Liya memberitahu lokasi tempat dia berada. Anak mata Avilla sempat menjeling jam digital dinding bilik, sudah menunjukkan pukul 4:59 petang.
"Kenapa si Liya ni belum balik kerja lagi ahh? Biasanya jam dua lebih sudah dia balik."
Fikirnya. Lantas dia bangkit berdiri, bersiap-siap untuk keluar. Dia menghidupkan enjin kereta, menuju ke destinasi iaitu lokasi tempat Liya berada. Dia memberhentikan keretanya tepat di belakang sebuah bangunan. Hanya ada beberapa buah kereta yang diletak di kawasan itu. Tempat itu agak sepi. Avilla melirik ke kiri, kanan, depan dan belakang. Tadi Liya memberitahu bahawa Liya sudah lama menunggunya di tempat itu. Bila sampai di situ, tiada seseorang pun menampakkan batang hidung di tempat itu.
"Mana si Liya ni? Buat apa juga dia suruh aku pigi di sini ni? Hairan."
Fikirnya sejenak, dengan mata yang terus melirik ke sekeliling.
* * *
Liya masih terpingah-pingah di tempat itu. Seluruh ruangan sepi itu direnung sambil benaknya bersoal-soal.
"Mana si Avilla ni? Tadi dia whatsapp aku suruh aku pigi sini. Buat apalah juga dia bawa aku pigi di sini ni ahh?"
Bisik di hati. Dia tidak tahu itu tempat apa. Masih belum lekang di ingatannya wajah gadis berusia kira-kira dalam belasan tahun tadi yang membawanya ke bilik itu. Sewaktu dia melangkah menuju ke tempat kereta teksi tadi untuk minta dihantar ke rumah, dia menerima mesej whatsapp dari Avilla.
"Liya, aku mau bawa kau pigi satu tempat ni. Ada aku mahu kasi hadiah sama kau."
"Pigi mana?"
"Kau ikut saja sama si Lenny, adik kawan aku. Dia yang bawa kau pigi tempat yang aku maksud."
Beberapa saat kemudian, kedengaran suara seorang gadis memanggil namanya dari arah belakang.
"Kak Liya."
Lantas dia menoleh.
"Saya Lenny."
Gadis itu menunjukkan sikap malu-malu berbicara, tertunduk. Matanya sekejap-sekejap mengarah kepada Liya. Batu-batu di tanah yang sebesar genggaman tangan menjadi tumpuan anak matanya.
"Si Avilla suruh aku ikut kau. Pigi mana?"
"Kakak ikut saja. Nanti kakak tau juga."
Dengan hati yang masih dihimpit sedikit rasa hairan, Liya menurut. Melangkah beberapa meter, mereka sampai di tempat yang dimaksud oleh gadis remaja itu. Sebuah bilik yang sunyi, tegak berdiri di kawasan agak sepi itu. Bilik itu bercantuman dengan sebuah bilik gudang yang terkunci.
"Kakak tunggu saja di sini. Sekejap lagi kak Avilla sampai. Ada hadiah special yang dia mau kasi sama kak Liya."
"Tapi dik..."
Gadis itu terburu-buru pergi tanpa meminta diri terlebih dahulu. Liya menyaluk telefon dari beg tangan. Dia ingin menghubungi Avilla, betulkah Avilla sendiri yang menyuruhnya ke tempat itu atau hanya sekadar perangkap kenakalan seseorang. Malang. Mengapa tiba-tiba sahaja rangkaian telefon tidak berfungsi? Setahu Liya, kawasan itu cukup kuat rangkaian sim card yang dia gunakan. Lamunan Liya terhenti di situ. Sudah cukup lama dia berada di tempat itu. Dari tadi dia asyik menampalkan punggung di sofa bilik itu. Matanya terus mengamati rangkaian telefon yang masih belum lagi pulih, sekali-kali dia merenung pintu bilik yang masih terbuka luas. Belum ada tanda-tanda seseorang akan datang ke situ. Betulkah Avilla yang menyuruhnya ke situ? Pertanyaan itu terus bergelora. Sebuah sofa iaitu tempat dia sedang duduk, sebuah almari kayu berukuran sedang, meja kecil yang terdapat pasu kaca kecil berhias sekuntum mawar putih dan sebiji speaker berwarna hitam. Hanya benda-benda itu yang mengisi seluruh ruangan itu. Liya terkejut dengan kemunculan seorang lelaki berbadan tegap, berkepala botak ala-ala skinhead, berbaju t-shirt hitam dan berseluar jeans biru muda, berdiri di depan pintu. Lelaki itu tersengih kepadanya, tetapi tidak mampu menyelakkan wajah ganasnya.
"Apa ni lelaki mau? Siapa dia?"
Bisik hatinya yang mulai gementaran. Tiba-tiba lelaki itu mencapai tombol pintu, menutup pintu itu dengan keras.
"Hoi, jantan!"
Pekik Liya. Dia berlari mendapatkan tombol pintu. Puas dia memulas tombol itu, tetapi pintu itu sudah dikunci dari luar. Dia memukul permukaan pintu berkali-kali, geram yang teramat sangat. Jangkaannya memang betul, dia dijebak. Tetapi siapa yang sanggup melakukan semua itu kepadanya?
"Hoi buka! Kenapa aku kena kurung di sini ni? Cepat buka!"
Tiada apa-apa tindak balas yang diterima. Kawasan itu betul-betul sepi. Tiada yang mendengar dia memekik habis-habisan di situ. Dia mencuba membuka dua buah jendela bilik, juga terkunci. Dia benar-benar kecewa dengan situasi yang melandanya.
* * *
"Mana bah si Liya ni? Ganjil juga ni urang ahh, bawa aku pigi tempat begini."
Gumam Avilla perlahan.
"Buggg!!!"
Avilla jatuh ke tanah, pengsan setelah menerima beberapa kali pukulan keras pada bahagian belakangnya.
"Siapa saja yang cuba-cuba mau ambil si Lorenzo dari aku, dia kena!"
Vivian bermonolog. Kayu panjang dan keras itu masih dipegang erat. Hipnosis Sarah itu betul-betul mengubah sikapnya jadi ganas. Dia sudah hilang pertimbangan.
"Sekarang tinggal suruh urang buang ni sampah pigi hutan. Biar jadi santapan binatang buas di sana."
* * *
Jam sudah pukul 9:16 malam. Liya dan Avilla masih belum pulang ke rumah. Hati Donius dan Amanda mula runsing. Nasi dan lauk pauk di atas meja makan dapur yang masih panas seakan-akan sudah melumpuhkan selera, tanpa keberadaan dua gadis itu duduk makan bersama mereka.
"Hairan oh, bang. Belum pernah diorang macam begini."
"Fikir jernih saja. Mungkin diorang dua ada hal penting kali bah."
Walaupun pasangan suami isteri itu turut berkongsi kerisauan yang sama, tetapi Donius tetap menapis fikirannya dari memikirkan perkara-perkara yang aneh. Tanpa menuturkan apa-apa lagi, Amanda meninggalkan meja makan. Dia masuk ke bilik, menutup pintu bilik. Selera makan sudah betul-betul menghilang. Donius tetap berdiam diri di situ, menongkat dahi dengan tangan.
* * *
Liya berbaring lemas di sofa. Dua buah lampu di bilik itu sudah dinyalakan dari tadi. Pintu masih belum terbuka. Dia mengelus-elus perutnya yang mula terasa lapar.
"Oh my God. Aku lapar."
Keluh di hatinya. Anak matanya lama merenung laci almari.
"Mungkin ada makanan di sana."
Fikirnya sejenak. Dia bangkit, dan mengatur langkah menuju almari itu, lantas membuka lacinya. Jangkaannya betul. Ada beberapa potong roti kosong di laci itu, tersimpan rapi di dalam plastik yang terikat pada hujungnya. Di sebelah roti itu juga terdapat jem berperisa epal di dalam bekas plastiknya. Dia memeriksa tampalan pada bekas jem dan plastik roti itu, masih lama tarikh luputnya. Senyum kecil menghias wajah.
"Syukur. Rezeki ada time ngam-ngam aku lapar."
Gumamnya seraya membuka ikatan plastik itu. Dia terlalu rakus. Rasa lapar itu memaksanya untuk bertindak seperti orang kebuluran. Jem epal itu dia sapukan pada permukaan roti sebelum disantap. Dia tidak menyedari orang itu memperhatikannya dari tadi di jendela.
"Bagus. Kasi abis tu roti, Liya."
Gumam orang itu perlahan, Sarah.
"Kasi sapu banyak-banyak tu jem epal di roti kau, supaya perjalanan kau pigi syurga semakin lancar. Liya, Liya. Kau betul-betul tidak rasa ada sesuatu oh kan di dalam tu jem. Hahaha. Padahal aku sudah campur racun yang paling kuat. Tiada ubat yang dapat buang tu racun dari dalam badan kau, Liya."
Liya menghabiskan semua roti. Jem itu pun disantap habis. Dia memegang kepalanya yang mula terasa pening. Badannya juga mula lemas. Dia kembali berbaring di sofa.
* * *
Annylea memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia, Rona, Suzan dan Suzy hening sejenak di dalam kereta. Perbualan terhenti seketika. Dari kejauhan, mereka terpaku merenung ramai orang berkumpul di pondok kayu itu. Lampu putih di pondok itu beserta lampu-lampu tepi jalan menerangi kawasan itu.
"Kenapa tu?"
Soal Dona.
"Entah. Jalanlah. Tidak penting!"
Balas Suzy.
"Jangan. Tiba-tiba lain pula perasaan aku. Mari pigi tinguk."
Ajak Annylea. Orang-orang di situ menatapi terus empat perempuan bertubuh kerdil datang ke arah mereka.
"Ada apa ni?"
"Ini, nak. Ada sumandak keracunan."
Gadis-gadis kerdil itu tidak mengenali siapa gadis itu, kerana kepalanya mengarah ke sebelah kiri. Dona perlahan-lahan mendekat. Dia membetulkan posisi kepala si gadis. Mereka terkejut.
"Alala, si Liya."
Mulut Liya memuntahkan buih-buih putih. Matanya tertutup rapat. Lantas Annylea, Suzan dan Suzy turut mendekat gadis itu.
"Kamu kenalkah pula sama ni sumandak?"
Soal lelaki separuh tua itu.
"Ini si Putih Liya. Dia ni adik angkat kami. Kenapa dia bulih jadi begini ni, pakcik?"
"Tadi anak pakcik limpas di belakang tu bilik sana."
Lelaki itu mengarahkan jari telunjuk ke arah bilik tempat Liya terkurung tadi.
"Dia hairan kenapa lampu di dalam tu bilik tiba-tiba ber-on. Dia cek di jendela, terus dia nampak ada perempuan pengsan di dalam tu bilik. Mulut dia berbuih. Pintu tu bilik kena kunci dari luar. Dia masuk, terus dia nampak ada plastik roti sama botol jem di meja. Mungkin ni sumandak terlampau lapar, jadi dia makan saja tu roti di sana. Tidak taulah sama ada tu roti atau tu jem sudah expired, atau mungkin memang ada kena campur racun."
Gadis-gadis kerdil itu saling berpandangan.
"Tiada lain. Ini mesti kerja si Sarah ni, mama tiri dia."
Suzan berpendapat. Annylea, Rona dan Suzy sependapat dengan Suzan.
* * *
Tiga hari kemudian, Liya masih dirawat di hospital dalam keadaan kritikal. Dia masih belum terdaya untuk sedarkan diri. Misteri kehilangan Avilla yang secara tiba-tiba pula belum berjaya dipecahkan oleh mana-mana pihak. Donius dan Amanda seperti orang yang tidak memiliki tujuan hidup. Kebahagiaan mereka tergugat dahsyat. Walaupun begitu, Amanda tetap setia menemani Liya. Sementara Donius hanya mampu memanfaatkan waktu luangnya untuk melawat anaknya di hospital. Amanda memahami kesibukan dan sistem kerja suaminya. Petang itu, ketika Amanda dan Donius kembali ke wad tempat Liya dirawat, mereka mendapati Liya tiada di katilnya. Dengan berwajah panik, Amanda bertanya dengan seorang jururawat di situ.
"Oh ya. Anak puan sudah kena kasi pindah pigi hospital lain."
Amanda dan Donius saling bertatapan.
"Siapa kasi pindah?"
"Tadi ada lelaki yang mengaku abang saudara dia. Tu lelaki yang meminta pihak hospital untuk kasi pindah anak puan dan encik."
"Kenapa tidak tanya kami dulu? Dia anak kami. Kami ada hak untuk tau siapa yang datang melawat anak kami di sini. Sekarang bulih-bulih pula ada urang suka-suka kasi pindah anak kami tanpa persetujuan kami?"
Kata Donius dengan nada tinggi. Dia betul-betul kecewa dengan sistem hospital yang lemah dan cuai.
"Tapi, encik. Tadi lelaki yang mengaku abang saudara dia tu ada kasi tunjuk kami surat persetujuan untuk kasi pindah anak encik dan puan pigi luar negara."
"Luar negara?"
"Iya, puan Amanda. Di dalam tu surat, ada tertera lagi tanda tangan puan Amanda sama encik Donius."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience