BAB 4

Drama Completed 1821

“Ini gara-gara kaulah ni, Dev!”
“Kenapa pula aku?”
“Kalau kau tidak usik-usik tu pemandu grab tadi, tidak juga begini!”
“Hey! Sarah! Salah kau bah.”
“Kenapa pula salah aku?”
“Yalah! Aku suruh ikut bas, kau mau juga ikut grab. Sekarang siapa yang susah? Kita juga kan!”
Dua si kawan bergaduh. Kereta grab yang mereka tumpang mengalami kemalangan. Mereka hendak pergi ke kampung tempat bomoh Akilala tinggal. Malangnya, kereta itu jatuh dari jalan raya berbukit ke kawasan rendah, melanggar sebatang pokok. Deviana dan Sarah tidak mengalami sedikit pun kecederaan. Hanya pemandu grab yang merupakan seorang lelaki muda, mengalami luka kecil di bahagian dahi. Kalau Deviana tidak gedik menggelitiki pinggang si pemandu grab itu tadi, mungkin kemalangan itu tidak akan terjadi. Sarah melihat jam tangannya, sudah menunjukkan pukul 7:21 malam. Kerana mereka berdua masih sedikit trauma dengan kemalangan kecil itu tadi, mereka duduk di sebuah pondok kayu usang di tepi jalan raya.
“Jadi macam mana ni Dev?”
“Apa yang macam mana?”
Soal Deviana kembali. Deviana tercungap-cungap seolah-olah baru sahaja dia selesai menyertai pertandingan lumba lari. Dia masih terkesan dengan peristiwa itu tadi.
“Mau balik atau terus pigi jumpa tu bomoh? Aku tidak sabar mau minta tulung bomoh Akilala kasi cerai si Donius sama si Amanda.”
“Baliklah! Kau fikir dekatkah tu kampung tu? Sudahlah tidak banyak kereta limpas sini.”
“Kita balik ikut apa?”
“Jalan kaki.”
“Jalan kaki? Kau gilakah! Kau fikir dekatkah kalau jalan kaki? Sudah malam lagi ni.”
Nasib baik beberapa lampu tepi jalan menerangi sepanjang kawasan jalan raya. Mereka tidak begitu merasa takut walaupun hari sudah gelap.
“Jadi, kau mau ikut apalagi?”
Mahu tidak mahu, mereka terpaksa berjalan ikut kaki.
“Hey, mandak-mandak cantik.”
Tiga lelaki berbadan tegap, berbaju t-shirt hitam dan berseluar jeans biru muncul dari kawasan semak. Mereka senyum-senyum sinis, menghalang jalan mereka berdua. Deviana ketakutan. Dia berselindung di belakang Sarah.
“Tidak takutkah jalan berdua-duaan di sini? Malam-malam lagi.”
“Ta… Takutlah bah, bang. Kalau aku tidak takut, aku tidak bertapuk di sini belakang kawan aku ni.”
Kata Deviana tergagap-gagap. Sarah sama sekali kelihatan tidak takut. Malahan dia memandang satu-persatu lelaki itu dengan pandangan dan senyuman sinis.
“Jangan takut, kami ni bukan urang jahat. Kamu dua ni tunggu kereta kan? Kami bulih tulung hantar kamu.”
“Betul mau hantar kami pulang?”
Soal Deviana dengan perasaan yang masih ketakutan. Tetapi dia tetap berharap lelaki-lelaki itu betul-betul ingin menghantar mereka berdua pulang.
“Betul. Tapi sebelum tu, kita happy-happy dulu di rumah abang. Macam mana?”
Kata seorang dari lelaki-lelaki itu. Dia ketawa keras, ketawa yang membuat Sarah dan Deviana berasa curiga. Sepertinya mereka ada niat jahat.
“Aldo, mulai!”
“Okey, bos!”
Dua dari mereka bergegas menangkap Deviana dan Sarah.
“Kita bulih guna ni sumandak dua urang ni sebagai tebusan. Supaya kita dapat duit banyak. Hahaha.”
Deviana menjerit sekeras-kerasnya, meminta pertolongan.
“Hahaha… Sia-sia kau teriak-teriak mandak. Tiada siapa yang dengar jeritan hardcore kau tu.”
Tiga orang lelaki itu terbahak-bahak ketawa. Deviana dan Sarah diheret ke kawasan sunyi. Di situ ada jalan kecil. Mereka lalu di jalan itu untuk tiba di sebuah pondok tempat persembunyian penjahat-penjahat itu. Sarah sedikit pun tidak bersuara. Dia hanya meronta-ronta ingin dilepaskan. Dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini.
“Sarah! Kenapa kau diam-diam saja! Teriak bah. Takkanlah aku saturang saja yang teriak. Habis suara aku nanti. Kau ini!”
“Ishh cerewet kau ni, Dev. Kita nikmati dulu bah dipeluk lelaki-lelaki tampan. Bukan selalu.”
“Buduh kau ni. Bukan panik, kesukaan lagi. Manada hensem begini. Semua pun macam jagung hangus.”
Sarah menghitung satu sampai tiga dengan suara yang tak terdengar. Selesai menghitung, dia berusaha melepaskan diri dari penjahat yang memeluk erat badannya. Dia berjaya.
“Sebelum kamu kasi apa-apa kami, kamu terima dulu mainan aku ni.”
Bentak Sarah. Dia mengepal kedua-dua tangan ke arah mereka bertiga. Sarah bukan hanya memiliki kepandaian ilmu hitam yang diturunkan oleh mendiang neneknya. Dia juga memiliki kehandalan banyak ilmu bela diri yang dipelajari dari mendiang datuknya. Dengan kebolehan melompat dengan tinggi ke udara, satu-persatu penjahat-penjahat itu ditendang sehingga mereka rebah ke tanah. Deviana menggosok-gosok matanya, adakah apa yang dia saksikan itu hanya mimpi atau sebaliknya.
“Kau kana rasuk roh si Bruce Lee kah, Sar? Wah, nda sangka! Bulih tahan kau oh.”
Deviana terkagum-kagum. Gadis itu sudah boleh menjadi pengawal keselamatannya, ke mana pun dia pergi. Dia berangan-angan seketika. Sarah tidak menghiraukan kata-kata Deviana. Dia terus berdiri di situ, menunggu adakah penjahat-penjahat itu akan bangkit untuk melawannya.
Penjahat-penjahat itu bangkit, dan berusaha untuk menakluki kehandalan Sarah. Tiga lelaki berbadan tegap melawan seorang gadis berbadan langsing. Namun, sia-sia. Hanya berakhir dengan kesakitan setelah diberikan tumbukan dan tendangan maut dari Sarah. Deviana menepuk tangan dengan bangga. Sarah merebut pisau-pisau yang dipegang penjahat-penjahat itu, lantas dibengkokkan, dibuang ke tanah. Lampu flashlight dari telefon pintar penjahat-penjahat itu yang jatuh di tanah sedikit menerangi tempat gelap itu. Oleh sebab itulah Sarah mampu melihat siapa yang harus dia belasah. Penjahat-penjahat itu masih terbaring tak terdaya di tanah. Sarah maju menghampiri seorang dari mereka yang diduganya sebagai ketua penjahat.
“Kau mau sekarang juga aku kasi mati kamukah? Kamu jangan cabar aku ahh.”
Soal Sarah sambil mencekik leher si penjahat. Lelaki itu gentar. Kedua-dua tangannya membuat isyarat, isyarat untuk meminta Sarah meleraikan tangan dari lehernya.
“Jangan bunuh kami, mandak. Kami belum kahwin lagi ni. Kasianlah kami, mandak.”
Rayu si penjahat yang lain.
“Bagus! Asal kamu tau ahh. Aku bulih saja bunuh kamu dari jarak jauh tanpa menyentuh kamu. Kamu mau aku kasi bukti?”
“Okey okey okey, kami minta maaf. Kami mengalah, kami mengalah.”
“Kamu bukan mengalahlah. Tapi kamu memang kalah, hahaha… Palui!”
Deviana mengejek. Dia melontarkankan seorang dari mereka dengan batu yang dipungutnya di tanah.
“Kami janji, kami bagi apa saja yang kamu dua mau. Asalkan jangan kasi apa-apa kami. Kamu mau kami berhenti jadi penjahat pun kami sanggup.”
“Tidak payah! Tidak payah berhenti jadi penjahat. Sebab aku masih perlu kejahatan kamu.”
Kata Sarah.
“Apa yang kau mau kami buat? Bagi tau saja.”
Soal si penjahat yang seorang. Dia berusaha untuk bangkit berdiri. Tapi dia rebah semula ke tanah setelah ditolak oleh Sarah.
“Siapa suruh kau berdiri, ahh? Jangan dulu berdiri sebelum kamu dengar apa yang aku mau kasi tau. Nanti aku bunuh kamu betul-betul tau!”
Kata Sarah lagi.
“Aku mau… Kamu culik ni satu perempuan. Selepas kamu culik dia, terpulanglah kamu mau kasi apa dia. Asalkan… Kamu mesti pastikan dia tidak dapat balik-balik lagi pigi tempat asal dia. Apalagi berjumpa sama husband dia. Nanti aku bayar kamu.”
Sarah tidak salah bercakap tentang bayaran. Walaupun dia hanya tinggal di rumah sewa Deviana, dia memiliki harta warisan dari mendiang datuknya yang berlimpah-limpah. Duit simpanannya di dalam bank bukanlah sedikit. Soal duit, tidak terlalu dia hiraukan. Impiannya hanyalah satu. Dia ingin mendapatkan kembali hati Donius. Itulah yang pertama dan terutama.
“Okey. Siapa nama tu perempuan yang kau maksud?”
“Nama dia Amanda.”
Sarah menceritakan dengan lebih terperinci mengenai identiti diri Amanda. Sarah membuka dompetnya dari saku seluar. Dia memberikan sekeping gambar Amanda kepada si penjahat. Gambar itu memang selalu dia bawa ke mana-mana untuk tujuan jahat.
“Kalau bulih, bunuh dia. Tapuk mayat dia supaya tidak bulih kana jumpa-jumpa lagi. Aku mau dia betul-betul lenyap dari ni muka bumi. Perempuan pembawa sial! Pembunuh!”
Deviana memberi cadangan.
“Dev! Tapi dia tu cousin kau. Sampaikah hati kau bunuh cousin kau sendiri? Bagus kau fikir masak-masak.”
Entah syaitan apa yang merasuki Deviana. Hanya gara-gara Amanda tidak sengaja menyebabkan kematian ayahnya, dia tergamak berniat untuk mengakhiri hidup sepupunya sendiri.
“Apakah yang merasukimu, Deviana?”
Bisik hati Sarah.
“Rileks kau, Sarah. Aku memang sudah lama mau dia mati. Dia sudah bunuh bapa aku. Dia sudah buat kawan baik aku lumpuh. Jadi dia mesti bayar balik nyawa dengan nyawa.”
“Ingat cakap aku tadi. Aku bulih bunuh kamu dari jarak jauh. Jadi, aku tidak mau kamu gagal buat apa yang aku suruh. Faham?”
Ugut Sarah sekali lagi.
“Iya, mandak.”
* * *
Sesampainya di rumah, Sarah dan Deviana segera merebahkan tubuh ke katil tidur.
“Sarah. Harap-haraplah tu penjahat-penjahat tidak gagal buat apa yang kau suruh tadi tu.”
“Rileks kau, Dev. Aku yakin, diorang tidak berani macam-macam. Kau nampak sendiri kan tadi macam mana muka diorang ketakutan time aku ajar diorang.”
“Aku tidak sabar mau tunggu hasil kerja diorang. Aku dendam betul sama si Amanda. Harap-haraplah dia cepat mati.”
* * *
Donius sudah tertidur. Bayi itu pun sudah tertidur. Amanda masih lagi terjaga. Dia duduk di bangku kayu dekat pintu bilik. Kedua-dua tangannya terkatup rapat. Dia pejamkan mata. Kepalanya mulai tertunduk. Masanya untuk dia menyampaikan bicara kepada Penciptanya sebelum dia tidur.
“Tuhan, aku tidak tahu apa yang ada di depanku. Di jalan yang berliku-liku ini, pandangan di depan sangat berkabus. Hanya Engkau yang mengetahui apa yang ada di depanku. Engkaulah penyelenggara hidupku. Aku hanya mampu melihat apa yang sudah aku lewati di belakang. Tetapi aku tidak dapat mundur kembali. Kakiku yang lemah, terus membawa aku melangkah ke depan. Aku tidak tahu, misteri-misteri apa yang menantiku di depan sana. Tetapi semenjak akhir-akhir ini, aku sering bermimpi. Dalam mimpi itu, aku meninggalkan Donius dan Putih Liya dengan teramat berat hati. Jika sampai perkara itu berlaku, jagalah mereka dengan sebaik-baik penjagaan, ya Tuhan. Biarkanlah Putih Liya tetap tumbuh menjadi gadis yang aku harap-harapkan selama ini. Walaupun dia harus mengalami penindasan dan kepahitan yang tak terkata. Lindungilah juga suamiku, Tony, dan semua orang yang aku sayangi. Dalam nama Juruselamatku aku panjatkan doa ini. Amin.”
Angin perlahan menerobos jendela bilik yang terbuka. Angin itu masuk, membelai wajah halus Amanda. Perlahan-lahan dia membukakan mata. Dia terbuai indah oleh angin dari luar itu. Angin itu seakan-akan datang dari syurga. Membawa kasih, berkat dan sapaan dari yang Maha Kuasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience