BAB 27

Drama Completed 1821

Kekelaman telah menyelimuti langit hidup Liya. Setiap langkah terasa bagaikan memijak lahar-lahar ganas. Air mata sudah diperah habis. Dia tidak tahu ingin berbuat apa lagi. Dia hanya terus menangis dan menangis. Tiga bulan lebih telah berlalu, selepas peristiwa yang menimpa Alvin. Senyum Alvin hanya dapat ditatap dalam bayangan dan kenangan. Lelaki yang begitu kenal erti sebuah tanggungjawab itu telah pergi buat selama-lamanya, meninggalkan dia. Dia melangkah dengan amat perlahan, tertunduk dan lemas. Kakinya terus membawa dia maju ke depan, ke rumah kompleks VIP itu. Air mata terakhir, sudah mengering dari tadi. Dia tidak hiraukan terik yang menyengat kulit. Dia sudah tidak peduli dengan apa pun di sekeliling. Dia yakin, semangat cinta Alvin masih tertinggal di rumah itu. Rasa hairan menguasai benak, rumah itu tidak terkunci. Dia mempunyai kunci pendua rumah itu, dan dia ada membawa kunci itu. Dia menerobos pintu yang sudah terbuka sedikit. Gambar Alvin berukuran besar yang terpampang di dinding menghadap pintu, membuatnya semakin terpukul.
"Tidak. Aku sudah janji sama diri aku sendiri, aku tidak bulih terikat sama emosi. Aku datang ni pun, sebab aku yakin, jiwa si Alvin ada di sini. Menunggu kedatangan aku."
Bisik di benak. Pipi yang sudah mengering, basah kembali. Rasa sebak mula berseteru dengan upaya hati untuk tetap tegar. Kedengaran pintu bilik di tingkat atas, tertutup keras. Dia sedikit tersentak dengan bunyi itu.
"Kaukah tu, Alvin?"
Soalnya lantang. Tiada jawapan. Matanya terus mengarah pada tangga ke tingkat atas. Harapannya menunas pantas, Alvin akan menuruni tangga itu, lantas menyapanya dengan penuh kemesraan. Khayalan berlebihan itu benar-benar telah bermain-main pada dasar hatinya. Dia melihat ada bayangan seseorang tengah bergerak-gerak pada dinding, di tempat tangga itu mencantum. Dia senyum kecil. Itu pasti Alvin, fikirnya sekilas. Bayangan itu menunjukkan orang itu baru mula menuruni tangga. Dia tetap menunggu di situ. Betul. Orang itu benar-benar menuruni tangga itu, dengan langkah kaki yang perlahan. Senyumnya pudar. Orang itu bukanlah Alvin. Harapan menjadi hancur. Seorang lelaki seusia Alvin, mengenakan kemeja lengan panjang berwarna hitam, berseluar hitam sedikit sempit. Wajah lelaki itu sedikit mirip wajah Alvin. Kacaknya pun tidak kalah dengan kacak Alvin. Siapakah dia? Tatapan berunsur hairan terus mengarah kepada Liya.
"Kau siapa?"
Soal si lelaki, dengan nada sedikit keras.
"Macam mana kau bulih masuk ni area VIP?"
"Kau siapa?"
Soal Liya kembali.
"Aik! Aku tanya kau, kau tanya lagi aku balik?"
Lelaki itu meneruskan langkahnya yang terhenti seketika. Dengan cepat dia menuruni tangga. Kini dia berdiri tepat di depan Liya.
"Aku adik si Alvin. Nama aku Baxter."
"Patutlah muka ni lelaki ada iras-iras macam muka si Alvin. Adik dia rupanya."
Fikir Liya.
"Tapi, kenapa aku tidak nampak kau time..."
"Time abang aku meninggal, aku di Milan, Itali. Aku tidak dapat datang."
"Oh, gitu. Okeylah, aku balik dulu."
Liya mengatur langkah, bergegas untuk beredar. Tetapi lelaki itu berdiri di depannya, menghalangi jalan.
"Kau belum jawab pertanyaan aku. Kau ni siapa? Kenapa suka-suka saja masuk rumah orang tidak minta izin?"
"Ini rumah kau?"
Liya menyilangkan kedua-dua tangan, mula menunjukkan keberanian diri untuk berdebat.
"Yalah. Ini rumah abang kandung aku, bererti rumah aku juga bah."
"Tapi abang kau ada bagi aku kunci ni rumah. Jadi aku pun ada hak masuk sini bah. Lagi pun, dia sendiri pernah bawa aku tinggal di sini."
Liya mulai hilang kendali untuk tetap bersikap lemah lembut ketika berbicara. Cara lelaki itu bercakap benar-benar memancing kemarahan.
"Oh iya? Kau ingat senang-senang aku mau percaya? Time kau masuk sini tadi, pintu tidak berkunci, kan?"
"Iya. Jadi?"
"Kalau tidak berkunci, bererti rumah ni ada orang! Sepatutnya kalau mau masuk, panggil dulu orang di dalam. Minta izin. Bukan main masuk saja."
"Aku kan sudah cakap tadi! Aku pun ada hak masuk sini!"
"Hak apa? Ala, alasan kau saja tu. Mesti kau mau ambil kesempatan ni kan, mau silik barang-barang dalam ni rumah. Terus kau mau mencuri. Iya kan?"
Gigi rahang atas dan bawah Liya saling menekan satu sama lain. Kedua-dua tangan dikepal dengan erat. Berang makin meluap-luap di hati.
"Terpulang kau mau cakap aku apa. Yang penting, aku sudah anggap ni rumah macam rumah aku sendiri. Jadi aku berhak masuk."
Lelaki yang telah memperkenalkan diri sebagai Baxter itu maju mendekati dinding. Dia menekan tombol bulat dan besar di bahagian bawah skrin mini yang menampal pada dinding.
"Uncle, kamu datang dulu sini."
Tidak berapa lama setelah itu, dua pengawal keselamatan kompleks muncul di pintu.
"Ada apa bossku Bax?"
Liya tetap tercergat dan membisu. Dia terus memperhati, apa yang akan Baxter katakan kepada pengawal-pengawal itu.
"Kamu kenal ini sumandak lawa ni, tapi tiada adab?"
"Ini kan si Putih Liya, gulperen mendiang abang kau."
"Girlfriend abang aku? Oh. Jadi si Putih Liya pula nama kau ahh."
"Jelas? Aku bukan pencuri, kan? Lain kali jangan main tuduh-tuduh saja tanpa usul periksa, okey! Bye!"
Liya lantas beredar dengan cepat. Dia melanggar bahu lelaki kasar itu.
"Nah, tinguk tu. Tiada adab. Main langgar-langgar saja bahu orang."
Dalam banyak-banyak adik-beradik Alvin, Baxter memang terkenal lebih bersikap tegas dan langsung bertutur kasar apabila ada yang dia rasa tidak kena.
* * *
Avilla berbaring santai di katil, tengah bermain game di telefon. Liya masuk ke bilik, langsung melemparkan beg tangannya ke katil. Dia duduk di bangku kecil yang berdepan dengan cermin almari. Avilla merasa sedikit gembira, wajah Liya tidak lagi kelihatan sedih. Air mata pun sudah tidak tersisa sedikit pun pada pipi dan mata. Dia hanya sedikit hairan, mengapa gadis itu pulang dalam keadaan seperti sedang marah.
"Liya, macam mana keadaan tu rumah?"
"Bagus. Tapi ada alien dari pluto tersesat di sini bumi, terus masuk di dalam tu rumah."
Avilla mengerut kening hairan.
"Alien mana lagi ni? Siapa maksud kau?"
"Adalah. Adui! Bikin panas oh kalau ingat balik muka dia bah. Macam mau... Ah, entahlah."
Avilla ketawa.
"Ketawalah kau. Kalau kau sendiri berdepan sama tu alien, mungkin terlepas juga tumbukan kau pigi muka dia tu. Baguslah kalau hensem sangat. Hensem lagi abang dia."
"Apa juga tu alien buat sama kau sampai kau marah betul sama dia? Dia mau bawa kau pigi pluto kah?
"Adakah patut, dia cakap aku pencuri di dalam tu rumah? Aku ada hak bah masuk sana. Dia yang sepatutnya tiada hak, sebab baru sampai dari Itali terus pigi sana. Palui betul oh."
Avilla terus ketawa, tawa yang semakin menjadi-jadi. Percakapan Liya betul-betul menghiburkan.
"Oh. Maybe adik dia?"
"Yalah. Siapa lagi. Aku harap lepas ni aku tidak terjumpa lagilah sama tu alien. Kalau terjumpa juga, sanggup aku lari 100 meter."
* * *
Waktu untuk makan malam. Seisi keluarga menikmati makan malam di meja perkarangan rumah, atas permintaan Donius. Baru pertama kali mereka makan di situ.
"Siok juga makan di sini."
Kata Donius, lantas menyuapkan sesudu nasi bercampur isi ikan bakar ke mulut.
"Liya, Avilla."
Liya dan Avilla serentak mengarahkan pandang kepada ibu.
"Kenapa, mak?"
Soal Avilla.
"Bisuk malam mau ikut mamakah?"
"Pigi mana?"
Soal Liya pula.
"Birthday anak kawan mama."
"Bulih juga."
Kata Liya. Telefon Liya yang diletak atas meja itu berdering. Ada seseorang mengirim mesej whatsapp. Dia membersihkan tangan dengan tisu yang baru saja dia tarik, lantas dia menggapai telefon.
"Hoi, perempuan tiada adab! Sudahlah masuk rumah orang tidak minta izin, kau kasi pecah lagi tu pasu bunga di depan rumah ahh!"
"Macam mana ni lelaki bulih dapat number aku? Oh. Aku tau. Mesti tu security-security kompleks yang kasi dia."
Fikir Liya. Dia sempat hairan, sejak bila dia memecahkan pasu bunga di depan rumah Alvin. Yang dia tahu, dia melangkah keluar dari pintu rumah itu secara elok.
"Hoi, sejak bila aku kasi pecah pasu bunga di sana?"
"Ala, tidak mengaku lagi. Kau marah sama aku, lepas tu kau tendang tu pasu sampai pecah, kan?"
"Aku tidak pernah oh ada niat mau kasi rusak barang-barang di rumah mendiang boyfriend aku sendiri. Kau jangan tuduh-tuduh aku begitu bah."
"Itu pasu bunga mahal, kena import dari Korea. Kau taukah, ahh?"
"Apa aku peduli kena import dari Koreakah, dari Jepunkah, dari Hongkongkah. Yang penting, aku tiada kasi pecah tu pasu."
Sebetulnya, ada dua ekor anjing berjaya memasuki kompleks VIP, dan bermain kejar-kejaran. Anjing-anjing itu telah melanggar pasu bunga yang dimaksud Baxter sehingga pecah. Baxter yakin betul, Liyalah yang telah menendang pasu itu hingga pecah. Baxter sedang bersukaria di sebuah kelab malam bersama empat orang kawan lelakinya, waktu dia tengah berbalas chat dengan Liya. Mereka minum semeja, dan berbahas tentang seorang gadis kurang beradab, masuk ke rumah orang tidak meminta izin. Sudah pasti Liya yang dimaksud.
"Jangan kau gitu sama tu sumandak, Bax. Hujung-hujung kau suka oh sama dia nanti."
Kata Rayner, salah seorang kawannya. Dia menepuk-nepuk keras bahu Baxter. Baxter terbahak-bahak ketawa.
"Sikit pun aku tiada feel oh sama sumandak macam begitu. Sampai bila-bila pun aku tetap setia sama si Zita."
Liya menghentak meja dengan keras. Sudu dan garfu di atas meja turut melompat seiring hentakan itu. Mereka serentak tercengang dengan kelakuan Liya yang tiba-tiba mengganas.
"Liya. Are you okey? Apa yang merasukimu?"
Soal Avilla berunsur senda.
"Bikin panas betul ni lelaki oh!"
"Siapa? Si Baxter lagi?"
Liya mengangguk. Dia memperlihatkan chat itu kepada mereka. Bukannya membela, Donius, Amanda dan Avilla justeru ketawa. Liya memuncungkan bibir, merasa diperolok-olokkan.
"Tapi, memang bukan kau kan yang kasi pecah tu pasu, Liya?"
"Alala, pak. Saya langsung tiada niat oh mau kasi rusak barang-barang di sana."
Tadi, Liya sudah menceritakan peristiwa debatnya dengan Baxter kepada ibu dan ayahnya.
"Dia sengaja-sengaja tuduh kau begitu, supaya dia dapat berchat sama kau bah tu, sayang. Mama hafal betul sama perangai lelaki ni. Dulu, bapa kau ni pun begitu juga. Dia pura-pura kunun hantar sms sama mama, tanya pasal topi dia yang tertinggal di tempat kerja mama."
Kata Amanda, tersenyum geli hati. Donius menyengetkan bibir mendengar kata-kata isterinya.
"Ish, mama ni. Jadi mama mau cakap tu alien suka sama akulah kunun?"
"Ish, kenapa gia kau cakap dia alien?"
"Sebab memang itulah gelaran yang paling tepat untuk lelaki macam begitu, mak."
Pandangan Donius dan Amanda saling bertembung. Mereka saling senyum seraya menggeleng-geleng kepala.
"Liya, Liya. Sekarang memang benci. Nanti lama-lama..."
"Ish, kau ni Vill."
Liya menyiku lengan Avilla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience