BAB 22

Drama Completed 1821

Liya dan wanita itu terus berjalan, mencari rumah yang dimaksud wanita itu. Satu-persatu rumah di kawasan itu didatangi mereka. Tiada seorang pun yang tahu tentang orang yang dimaksudkan wanita itu sebagai saudaranya.
“Di mana lagi kita mau cari ni? Adui! Susah juga oh mencari rumah ni urang.”
Rungut si wanita.
“Jangan putus asa, sis. Lama-lama jumpa juga tu.”
“Jangan-jangan dia tipu aku ni.”
“Sis nda cuba telefon dia balik?”
“Sudah. Dia tidak jawab. Whatsapp pun tidak balas.”
Kaki mereka terus membawa mereka melangkah. Hingga pada akhirnya, mereka sampai di tempat yang sepi dari suara-suara orang. Tiada seorang pun di situ. Sebuah rumah pun tidak kelihatan. Hanya kicauan-kicauan burung yang kedengaran.
“Nah, kita sampai sudah di sini.”
Kata wanita itu tiba-tiba, dengan tatapan mata yang mengerikan dan mencurigakan. Liya tidak terlalu menanggapi kata-kata wanita itu. Dia merenung sekeliling. Dia mulai merasakan ada sesuatu yang tidak kena, yang memancingnya untuk berada di tempat itu. Hampir sejam lebih mereka berjalan kaki untuk sampai ke situ. Dia tidak tahu lagi jalan kembali ke rumah. Tempat itu sudah sangat jauh dari tempat di mana dia memulakan perjalanannya dengan wanita misterius itu. Dia betul-betul sudah tersesat.
“Sis, sis taukah saya ni siapa?”
Tanya wanita itu. Liya memandang dengan rasa hairan. Dia menggeleng-geleng kepala.
“Saya ni utusan malaikat maut untuk cabut nyawa kau.”
Liya mundur beberapa langkah ke belakang. Matanya marak dengan rasa gerun, menatap si wanita. Perasaan takut kian bertambah. Ditambah lagi tempat sunyi itu tidak memungkinkan ada sesiapa mendengar jika dia memekik minta tolong. Dia sama sekali tidak menyangka wanita itu ada niat jahat terhadapnya. Atau mungkin wanita itu hanya bergurau? Tapi terlalu kekanak-kanakan bergurau seperti itu.
“Selepas kau, mama kau! Si Amanda!”
“Macam mana dia tahu nama ibu?”
Fikir Liya. Perlahan-lahan, wanita itu melepaskan kain hitam yang menutupi mulutnya hingga ke paras bawah mata.
“Kau?”
Wanita itu, ibu tirinya.
“Apa khabar kau, Liya. Hehehe. Mama rindu sama kau semenjak kau keluar dari rumah.”
“Dari mana kau tau aku di sini? Apa kau mau buat sama aku sampai kau sengaja-ngaja bawa aku pigi sini? Kau mau bunuh aku lagi selepas kau tau rancangan kau mau bunuh aku hari tu gagal?”
Sarah ketawa dengan keras.
“Rileks kau. Aku tidak mau bunuh kau. Aku janji aku tidak bunuh kau sama mama kandung kau tu. Asalkan mulai dari sekarang, aku mau kau sama mama kau, jangan lagi pernah muncul dalam kehidupan si Donius.”
“Tidak. Aku tidak mau kasi biar bapa terus-menerus hidup sama orang jahat macam kau. Cukuplah aku sama mama aku saja kau cuba-cuba mau kasi celaka.”
“Jangan kau susah bah. Aku sayang sama bapa kau. Aku tidak mungkin buat apa-apa sama dia, asalkan kau sama mama kau jangan lagi pernah muncul dalam kehidupan dia, mulai sekarang. Aku mau kami buka lembaran hidup baru.”
“Sampai bila-bila pun aku tidak mau kasi restu kau ambil bapa aku. Kau kahwin sama bapa dengan cara kotor. Mungkin bapa sendiri pun tidak mau terima kau jadi bini dia kalau dia tidak terikat sama hipnosis kau.”
“Oh! Kau mau cakap pasal hipnosis aku? Bagus.”
Sarah mencengkam dagu Liya. Tatapan matanya ke mata Liya telah dimulai, lama. Dia mencuba untuk menghipnosis Liya.
“Liya! Sekarang, kau tunduk sama apa saja yang aku suruh. Kau ikut di mana saja aku bawa kau. Faham?”
Liya kelihatan sudah mulai lemas. Matanya berat, seakan-akan mengantuk. Dia mengangguk, menuruti apa yang dikata Sarah. Nampaknya dia telah berjaya dihipnosis.
“Bagus! Kali ni aku dapat sudah hipnosis kau.”
Sarah ketawa sekeras-kerasnya. Liya seperti mayat yang baru sahaja dihidupkan. Dia terus maju melangkah mengikuti Sarah dari belakang.
“Aku mau bawa kau pigi sana jurang. Lepas tu,aku mau kau lompat pigi bawah.”
Secara perlahan-lahan dan tanpa suara, Liya mengambil sebatang dahan kayu di tanah. Dia hanya berpura-pura terhipnosis. Sudah berkali-kali dia cuba dihipnosis oleh Sarah, tetapi tidak berjaya. Seolah-olah ada kekuatan dalam dirinya yang menangkalnya. Dia maju lebih cepat mendekati Sarah dari arah belakang. Dia menarik nafas panjang-panjang. Dia memukul belakang Sarah berkali-kali. Sarah memekik keras, mengeluh kesakitan. Dia rebah ke tanah.
“Kau ingat senang-senang kau mau hipnosis aku?”
Liya memanfaatkan kesempatan itu untuk melarikan diri. Malangnya, dia jatuh terperangkap ke dalam satu lubang tanah yang ditutupi rumput-rumput tebal. Kakinya terseliuh. Dia tidak dapat bangkit berdiri, apatah lagi untuk keluar dari lubang itu. Dia makin bertambah takut. Sarah sudah semakin dekat.
“Adui, macam mana ni?”
Dia berusaha sekuat tenaga berdiri, melawan rasa sakit pada kakinya. Dia mencuba sedaya upaya keluar dari lubang itu. Terlambat. Baru sahaja dia berjaya untuk keluar, Sarah gesit menangkapnya, memeluk tubuhnya dari belakang.
“Kau ingat kau bulih bebas dari aku? Hari ini juga kau mati, Liya!”
Liya menggigit sekencang-kencang tangan Sarah, membuat Sarah terpaksa meleraikan tangannya. Liya tidak membuang masa. Dia bergegas melarikan diri. Tetapi sekali lagi Sarah berjaya menangkapnya, ketika dia sudah berada di tepi jurang itu.
“Sekarang tamatlah riwayat kau. Bagus kau ucaplah sedia kata-kata terakhir kau sama aku.”
Liya ditolak ke bawah. Tetapi dia sempat memegang batu yang tertanam kuat pada tepi jurang itu. Dia menjerit-jerit histeria.
“Mak, tulung mak, jangan buat aku begini.”
Sarah ketawa dengan sinis. Dia tidak akan membatalkan niatnya untuk mencelakakan Liya.
“Baru kau panggil aku mama?”
“Mak, tulung tarik aku pigi atas.”
“Aku tidak bodoh mau kasi biar kau hidup, Liya. Kau berbahaya untuk masa depan aku. Sebelum itu semua terjadi, lebih baik aku duluan kasi lenyap kau.”
“Tidak, mak. Mama sedarlah. Kita tidak dapat menduga macam mana masa depan kita nanti. Tapi aku yakin, masa depan mama lebih baik dari sekarang kalau mama taubat. Hidup ni tidak lama, mak. Kita tidak tau sampai mana saja hidup kita. Mungkin sekarang mama sudah dapat apa yang mama mau. Mungkin sekarang ni mama sudah dapat semua harta bapa. Tapi ingat, mak. Semua tu tidak menjamin kebahagiaan sempurna. Kalau mama selalu berpesta atas kesusahan orang lain, mama tidak pernah rasa ada ketenangan sepanjang hidup mama.”
“Kau cuba-cuba mau ceramah urang yang duluan makan garam dari kau? Duit pun belum lagi kau dapat cari sendiri. Sekolah pun masih lagi si Alvin yang tanggung. Aku! Aku yang lebih tau apa yang perlu aku buat untuk dapat apa yang aku mau dalam hidup aku.”
“Sedarlah, mak. Aku sayang sama mama, walaupun mama tidak pernah sayang sama aku. Mama tetap mama aku yang sudah kasi besar aku dari aku baby.”
“Sarah, berhenti!”
Amanda membentak. Dia berdiri sedikit jauh dari situ bersama Avilla. Tadinya Amanda mengajak Avilla bersiar-siar di tempat itu untuk mencari tanah yang sesuai untuk dijadikan kebun mereka nanti. Secara kebetulan, mereka melihat kejadian itu.
“Hoi, perempuan bertanduk ghaib! Jangan kau cuba-cuba kasi apa-apa adik aku ahh!”
Avilla ikut membentak. Kelihatannya, dia benar-benar sudah mulai menyayangi Liya.
“Tulung, Sarah. Kalau pun kau dendam sama aku, tulung jangan kasi libat anak aku. Aku tidak kisah pun kau ambil si Donius dari aku. Tapi tulunglah. Tarik balik si Liya pigi atas.”
Amanda berusaha berbicara baik-baik.
“Ah! Kau sama anak kau ni sama-sama pembawa sial dalam hidup aku. Sekarang ada urang baru pula join kamu untuk kasi hancur masa depan aku.”
Orang baru yang dia maksudkan sudah semestinya Avilla.
“Kenapa, mau tumpang merasa kekayaan laki akukah?”
Katanya, seraya menatap Avilla.
Avilla ketawa kecil.
“Aku mau tumpang merasa kekayaan kau bilang? Harta aku sudah banyaklah, madam Sarah. Mendiang bapa kandung aku salah satu orang Amerika paling kaya di kota dia. Berbukit-bukit harta pusaka yang dia kasi waris untuk aku sebelum dia meninggal. Kau ada?”
“Kau tidak payahlah tembirang sama aku, budak kecil. Mana bukti?”
“Perlu aku bagi bukti?”
“Yalah!”
“Kalau kasi campur harta kau sekarang sama harta warisan datuk kau, masih belum lagi dapat kasi tanding harta warisan mendiang bapa aku. Kau tau?”
Entah mengapa Sarah mudah sekali terjebak dengan soalan-soalan Avilla yang bersifat kebudak-budakan itu. Mungkin ada sebab lain mengapa Avilla sengaja menyoal-nyoal Sarah seperti itu. Amanda membisu. Dia pun seakan-akan sudah dapat menangkap maksud dari semua itu.
“Selain harta warisan, apa lagi kau ada?”
“Aku ada ilmu macam kau juga bah. Mendiang nenek sebelah mama aku yang kasi turun tu ilmu sama aku.”
“Aku mau tinguk kau kasi keluar ilmu kau.”
“Okey, bulih bah tu. Aku bulih tukar daun jadi duit. Tapi cuma bulih bertahan sampai 2 jam saja.”
Sarah mendekati Avilla. Dia ingin memastikan adakah gadis itu berkata benar atau hanya sekadar hendak mempermainkannya. Avilla memetik sehelai daun dari pokok berukuran kecil yang ada di dekatnya. Sarah tidak peduli lagi dengan Liya yang masih berpegang pada batu itu supaya tidak jatuh ke bawah. Avilla curi-curi mengenyit mata kepada ibunya. Amanda perlahan-lahan mendekati Liya, menarik tangannya ke atas. Liya selamat. Tetapi, Sarah secepatnya menoleh.
“Oh, kamu mau pancing aku supaya aku tidak jadi tolak si Liya pigi bawah ahh.”
Dia naik marah dipermainkan seperti itu. Dia berlari mendapatkan Liya, dan langsung menolak Liya jatuh ke bawah. Liya menjerit histeria. Amanda dan Avilla juga ikut memekik.
“Hahaha. Kamu mau report polis? Aku dapat hipnosis tu polis-polis supaya tidak tangkap aku.”
Tuah mendampingi Liya. Belum sempat dia terhempas pada tanah berbatu itu, seseorang telah menyambut tubuhnya dari situ. Nampaknya orang itu sudah dari tadi berada di situ, berjaga-jaga sekiranya gadis itu ditolak jatuh ke bawah. Liya masih menutup kedua-dua mata. Rasa takut masih mencengkam hati, walaupun dia sedar dia telah diselamatkan oleh orang itu. Dia tidak tahu siapakah gerangan orang itu. Tapi setelah meraba-raba otot-otot pada lengan orang itu, dia seakan-akan sudah dapat mengagak siapa orang itu.
“Adui. Terima kasih, Alvin. Kau ada waktu aku hampir saja celaka.”
Dia perlahan-lahan membukakan mata. Senyumannya sirna. Orang itu bukan Alvin.
“Aku tidak pernah jauh-jauh dari kau, Liya. Aku selalu jadi pemerhati kau dari jauh. Sekarang sudah terbukti kan? Bukan si Alvin saja yang bulih jadi pahlawan kau.”
Sudah lama Liya tidak melihat senyum manis jejaka itu. Tetapi Liya tidak terdaya membalas senyuman itu. Rasa kecewa masih menyisa di hati.
“Kenapa kau tulung aku, Lorenzo? Kenapa kau tidak kasi biar saja aku mati di tangan mama tiri aku? Kau sengaja kasi biar aku hidup supaya aku dapat puas-puas nampak kemesraan kau sama perempuan lain?”
Liya mengalihkan diri dari tangan Lorenzo yang terus mengangkatnya. Dia ingin segera melangkah pergi. Tetapi Lorenzo memegang tangannya, menahannya untuk pergi.
“Liya, dengar dulu.”
“Dengar apa lagi?”
“Aku tidak jadi bertunang sama si Vivian.”
“Bukan bapa kau…”
“First bapa aku memang paksa aku bertunang sama dia, lepas tu kahwin. Tapi sekarang bapa aku tidak paksa-paksa aku sudah. Dia cakap, aku berhak pilih siapa saja perempuan yang aku suka.”
Liya tersenyum. Hatinya tenang mendengar penjelasan Lorenzo. Kata-kata dan senyuman Lorenzo itu membuatnya hampir lupa dengan kejadian tadi.
“Tapi jawab dulu. Kau sudah ada hubungan apa-apakah sama si Alvin?”
Soal Lorenzo dengan jari telunjuk mengarah ke wajah Liya. Liya tersenyum geli hati.
“Kenapa? Cemburu? Pandai pula cemburu ahh.”
“Mestilah. Aku tidak mau siapa-siapa ambil kau dari aku.”
Lorenzo mencubit pipi Liya. Suara jeritan seseorang mengejutkan mereka berdua. Sarah jatuh ke bawah. Tubuhnya terhempas dengan amat dahsyat. Dia memuntahkan darah merah pekat dari dalam mulut. Dalam kiraan saat, dia mulai kehilangan nyawa.
* * *
Donius tiba-tiba terjaga dari tidur. Matanya berkedip-kedip dengan cepat. Perasaannnya terasa berbeza dari sebelumnya. Dia merenung ke arah serpihan-serpihan cawan batu di atas lantai bilik. Tadi dia menghempaskan cawan itu le lantai sehingga pecah, berang kerana kopi yang dibuat orang gajinya tidak sesuai selera. Keningnya berkerut, kehairanan dengan kelakukannya tadi.
“Kenapa aku ni?”
Dia bermonolog perlahan, memegang kepala dengan kedua-dua tangan.
“Kenapa tiba-tiba saja aku jadi kasar semenjak akhir-akhir ni ahh? Hantu apa yang rasuk aku selama bertahun-tahun? Amanda, Liya. Di mana diorang sekarang?”
Matanya mulai berair, tinggal tunggu masa untuk dicurahkan ke pipi. Dia betul-betul menyesal dengan tindakannya selama ini. Dia menyesal berprasangka buruk terhadap Amanda. Dia menyesal berkahwin dengan Sarah. Dia menyesal menghalau Putih Liya keluar dari rumah. Dia menyesal Sarah mengambil alih segala-galanya. Bermacam-macam rasa sesal bergelombang di hati. Mungkinkah hipnosis itu sudah lenyap, sejurus dengan kematian Sarah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience