BAB 13

Drama Completed 1821

Liya merasa begitu bahagia. Baru pertama kali dia mendapatkan perhatian dari seorang lelaki yang romantik dan penuh tanggungjawab seperti Lorenzo. Bagi Liya, hubungannya dengan Lorenzo hanya sebatas sahabat. Tetapi Lorenzo mencintai Liya dengan sepenuh hati. Setelah dia dikecewakan oleh wanita sebaya dengannya dahulu, dia memutuskan untuk mencari insan yang berusia lebih muda dari dirinya. Dia berpendapat, gadis remaja seperti Liya mampu menjaga kesetiaan dalam hubungan. Dia berharap, dia dapat menjalin hubungan percintaan yang serius dengan Liya. Bukan sekadar cinta monyet persekolahan.
* * *
Tepi pantai yang indah. Pemandangan langit malam yang cerah, dihiasi bintang-bintang berkelipan. Liya dan Lorenzo duduk berdua-duaan di bangku kayu tepi pantai. Sebatang lampu tiang yang berhampiran, menerangi tempat mereka duduk. Lorenzo menggapai tangan Liya, tetapi lantas dialihkan oleh Liya.
“Tidak payahlah pegang-pegang tangan, Zo.”
“Takkan pegang tangan saja pun tidak bulih. Bukan kita mau buat apa-apa pun.”
“Ya. Aku tau, Zo. Tapi tidak biasa. Lagi pula kita ni cuma kawan saja kan, tidak lebih.”
Nampak sedikit kekecewaan yang tercoret pada wajah Lorenzo mendengar Liya berkata begitu.
“Kenapa kau cuma anggap aku kawan? Kenapa tidak lebih dari itu? Hubungan yang lebih dari sekadar kawan, itu yang aku mau, Liya. Susah sangatkah kau cuba faham perasaan aku sama kau?”
“Zo, aku jujur. Aku bahagia setiap kali aku ada sama-sama kau. Sebab, kau sudah banyak tolong aku, terutama waktu aku perlu seseorang di sebelah aku, bagi aku tunjuk ajar selama aku mengulangkaji pelajaran aku. Kau tidak kedekut ilmu pengetahuan yang kau ada. Waktu belajar aku jadi lebih mudah semenjak ada kau. Aku bahagia dapat sahabat macam kau, walaupun aku ni masih lagi budak sekolah menengah. Sekarang, kau sudah success kasi habis studi kau. Sekarang ni, kau ganti bapa kau jadi pengendali di syarikat dia. Tidak lama lagi kau mau jadi doktor sudah. Sedangkan aku? Aku baru mau mulai membangun cita-cita aku, Lorenzo. Cuba kau fikir, patutkah hubungan kita melanggar batas hubungan kawan dalam situasi kita sekarang ni?”
“Jadi, selain cuma anggap aku ni sebagai kawan biasa kau, kau juga anggap aku ni cuma sebagai guru kau sajalah?”
“Aku harap kau faham, Lorenzo. Masih banyak lagi perkara-perkara dalam dunia usia kau yang aku belum tau.”
“Aku bulih baca hati kau, Liya. Aku tau, kau pun ada rasa yang sama macam yang aku rasa sama kau. Kau cuma takut sama keadaan saja. Kau masih belum yakin sama hati kau sendiri. Jangan guna alasan situasi untuk menutup perasaan kau sama aku.”
“Aku tidak bulih, Zo. Jangan paksa aku. Jangan buat aku merasa bersalah cuma gara-gara aku tidak dapat balas perasaan kau sama aku. Bapa aku sayang sama aku. Aku pun sayang sama dia. Aku tidak mau buat dia kecewa sama aku. Dia pernah minta aku satu hal, aku pun sudah janji sama dia. Aku janji, aku tidak mau terima ungkapan cinta dari mana-mana lelaki, sampai aku habis sekolah nanti. Dia mau aku fokus sama pelajaran aku. Aku harap kau betul-betul faham, Zo.”
Lorenzo menarik nafas panjang.
“Tidak apa, Liya. Aku bulih tunggu sampai kau habis belajar. Aku sanggup tunggu kau. Aku janji sama kau, sama diri aku sendiri.”
* * *
Sarah duduk dengan santai di sofa ruang tamu. Dia sedang menunggu balasan whatsapp dari Deviana.
“Adui! Mau hampir setengah jam sudah mesej aku kana bluetick saja! Nda juga kana balas-balas! Padahal penting betul pertanyaan aku ni.”
Dia merungut, sambil merenung skrin telefon yang hitam. Donius juga tengah duduk di sofa. Dengan penuh fokus, dia membaca berita dalam aplikasi berita online semasa di telefonnya. Dia melirik sekilas ke arah Sarah. Dia ingin tanyakan sesuatu.
“Sarah.”
“Kenapa bang?”
“Si Liya betul-betulkah jalan sama si Lorenzo tadi kau nampak?”
“Iya. Kenapa?”
“Oh, tidak. Baguslah kalau dia jalan sama si Lorenzo. Jangan saja dia jalan sama lelaki-lelaki lain. Nanti ada apa-apa lagi.”
“Anak dara jangan terlampau kasi biar jalan-jalan sampai malam, bang. Apalagi jalan sama lelaki yang baru dua bulan lebih dia kenal.”
“Abang kenal sama si Lorenzo tu, Sarah. Apalagi sama bapa dia. Bapa dialah dulu yang kasi selamat company abang yang hampir saja muflis. Anak-anak si Alex tu semua bagus-bagus perangai, terutama si Lorenzo. Lagi pun si Liya sama si Lorenzo tu cuma kawan saja, bukan bercinta pun. Si Lorenzo selalu tulung si Liya waktu belajar. Bulih dikatakan, si Lorenzo tu guru si Liya waktu di luar sekolah.”
Sarah mematikan cahaya skrin telefon yang baru sahaja dinyalakan. Lama dia merenung wajah suaminya, seolah-olah ada sesuatu yang hendak dia lakukan atau katakan kepada suaminya. Dia berdiri, lantas beralih tempat duduk di sebelah Donius.
“Ini waktu yang sesuai aku mulakan rancangan aku.”
Fikirnya.
“Abang, cuba abang tinguk mata aku.”
Donius mula menatap mata Sarah dengan begitu lama. Seperti ada sesuatu pada mata Sarah yang menarik pandangan mata Donius untuk terus berlawan tatapan. Donius mulai masuk dalam hipnosis Sarah.
“Abang Donius. Selepas ni, kau mesti jadi tegas sama si Liya. Kau mesti marah dia sebab dia ikut-ikut lelaki keluar sampai malam. Selepas tu, kau halau dia dari ni rumah. Kau tidak akan menyesal atau rasa bersalah halau anak kau sendiri.”
Ucap Sarah secara perlahan-lahan, untuk memperlancarkan proses hipnosisnya itu.
“Kau faham?”
Donius mengangguk perlahan. Selang beberapa saat kemudian, Donius seakan-akan terjaga dari mimpi. Dia tidak sedar bahawa dia baru saja bertatapan mata dengan isterinya.
“Aik? Macam mana kau bulih duduk di sini? Bukan kau duduk di situkah tadi?”
Soal Donius, menuding ke arah sofa tempat Sarah duduk tadi.
“Baru saja aku pindah. Abang tidak sedarkah?”
“Tidak.”
Sarah memandang ke arah pintu rumah. Dia sengaja ingin membahas tentang Liya kepada Donius. Dia ingin memastikan, adakah hipnosis itu tadi berhasil atau tidak.
“Manalah si Liya ni, belum balik-balik lagi!”
Sarah sedikit tersenyum. Dia menyedari wajah Donius mulai kelihatan marah.
“Makin lama makin menjadi-jadi perangai tu budak oh.”
Kata Donius dengan nada lantang.
“Tunggu dia pulang nanti! Taulah apa aku mau buat sama dia. Bukannya belajar di rumah, jalan-jalan pula sama lelaki. Padahal tidak lama lagi dia mau SPM sudah. Kurang ajar punya anak.”
“Sabar, bang.”
Beberapa minit berlalu. Kedengaran bunyi sebuah kereta berhenti di jalan raya, tepat di depan rumah. Selang beberapa saat kereta itu berangkat semula, kedengaran pula pintu rumah diketuk. Donius mendahului Sarah untuk memulas tombol pintu.
“Hai, pak.”
Liya memberi sapaan dengan penuh kemesraan. Bukan pula mendapat balasan sapaan, sebaliknya tamparan hebat dari sang ayah. Sarah menarik Donius mundur beberapa langkah ke belakang. Dia berpura-pura mencuba untuk menenangkan berang Donius.
“Bang, jangan kasar sama si Liya, bang.”
“Kau diam, Sarah.”
Mata Donius kembali mengarah kepada Liya.
“Anak kurang ajar. Jam 9 baru kau balikkah?”
Liya tidak menyangka akan terjadi apa yang sedang terjadi. Dia mendapat tamparan dari ayahnya sendiri? Bukankah selama ini, Donius tidak pernah berlaku kasar kepadanya?
“Kenapa bapa tampar saya, pak? Sebelum ni saya keluar sama si Lorenzo bapa okey saja.”
“Anak macam kau ni perlu kena ajar sikit bah, supaya lain kali dengar cakap urang tua. Balik-balik sudah mama kau ni mereport sama bapa yang kau selalu melawan cakap dia. Sama kau selalu pigi mengambil duit kaunter di butik dia. Iya kan?”
Liya terkejut mendengar pernyataan itu.
“Tidak, pak. Semua tu tidak betul. Mana saya berani mencuri duit di butik mama, sedangkan saya tau di sana ada kena pasang CCTV. Itu semua fitnah, pak.”
“Kurang ajar!”
Sekali lagi Donius menampar anaknya.
“Sudah jelas-jelas semua perbuatan kau, kau mau menuduh lagi mama kau fitnah kau? Sekarang pula, sudah pandai berkepit-kepit sama lelaki. Mau jadi apa kau ni, Liya?”
“Pak! Saya sama si Lorenzo cuma kawan biasa saja pak, tidak lebih.”
“Mulai sekarang, malam ni juga, kau keluar dari ni rumah.”
Kalimat “keluar” sengaja ditekankan.
“Pak, kenapa pasal hal kecil saja bapa mau halau saya?”
“Tidak payah banyak bising. Kau keluar dari ni rumah bapa sekarang! Pigilah kau tinggal di rumah si Lorenzo kau tu. Jangan lagi kau balik sini sampai bapa sendiri yang panggil kau balik pigi sini. Sekarang juga kau lipat pakaian kau, keluar! Bapa sama mama tidak mau lagi nampak muka kau di sini. Biar kau rasa macam mana terpisah dari urang tua. Itu pengajaran untuk anak kurang ajar macam kau ni.”
“Mama? Dia ni mama aku? Mama kandung aku si Amanda, pak! Bukan si Sarah.”
Liya menudingkan jari telunjuk ke wajah Sarah dengan penuh unsur ketegasan. Donius tercengang. Rupanya Liya sudah mengetahui tentang ibu kandungnya?
“Misi aku sekarang, aku mau cari mama kandung aku sampai jumpa. Aku yakin seratus peratus, mama kandung aku lebih sayang aku daripada bapa.”
Liya segera beredar menuju ke biliknya. Dia mula mengemas pakaian-pakaiannya. Donius juga masuk ke dalam bilik. Sarah masih berdiri di situ. Dia mahu memastikan keadaan sudah aman. Dia ingin menghubungi seseorang.
“Hello, Garry. Kau di mana ni sekarang? Sekarang siap-siap untuk rancangan kita. Anak tiri aku sekarang ada di bilik dia. Dia kemas-kemas sudah pakaian dia. Baru saja dia kana halau sama bapa dia. Ingat ahh, kau mesti buat di tempat sunyi. Jangan sampai ada yang nampak.”
“Okey, okey. Aku jalan ni sekarang. Bagus kau guna ilmu hipnosis kau kalau tiba-tiba terjadi apa-apa nanti waktu aku buat yang kau mau tu.”
“hipnosis ni bukan senang mau buat, Garry! Tulah kenapa aku suruh kau hati-hati supaya jangan ada yang nampak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience