BAB 16

Drama Completed 1821

Jam 6.41 pagi. Hari masih terlalu pagi. Garry datang mengetuk-ngetuk pintu rumah Donius. Kebetulan Sarah bangun lebih awal. Dia mendengar ketukan yang samar-samar, tetapi lantas diabaikan. Dia menyikat-nyikat rambut lurusnya di depan cermin meja alat solek. Ketukan itu terus berlangsung.
“Di mana bah ni ketuk-ketuk ni?”
Soalnya bermonolog.
“Pintu rumah kita bah tu kena ketuk. Pigi tinguk saja, mungkin tu anak kurang ajar tu balik, tidak tahan sudah jadi anak jalanan. Kalau dia, halau saja dia. Jangan kasi masuk. Biar dia belajar sikit macam mana hidup sengsara tiada urang tua.”
Jawab Donius perlahan dan lembik, dengan mata yang tetap tertutup rapat. Ngantuknya masih begitu jelas terasa. Tiada lain, Liyalah yang dia maksudkan sebagai “anak kurang ajar” itu. Sedikit pun tiada rasa kerisauan di hati memikirkan anaknya yang telah dia halau. hipnosis itu masih belum lenyap dari dirinya. Tanpa menjawab apa-apa, Sarah turun ke tingkat bawah. Dia menuju ke pintu rumah. Garry berdiri sambil memberikan senyuman. Dia memegang sebuah bakul rotan bertangkai yang memiliki tutup.
“Pagi, Sarah.”
“Itu apa?”
“Nah… Persis macam yang kau minta.”
Sarah mengambil bakul itu, lantas dibuka. Di dalam terdapat sehelai baju getah dan sesuatu benda terbungkus plastik hitam. Sarah terhidu bau darah yang menyengat, keluar dari dalam plastik hitam itu. Dia mengambil baju getah itu, berlogo tulisan “I Was Born To Make You Happy…” di bahagian depannya. Ya, dia ingat betul. Itulah baju yang dipakai Liya sebelum gadis itu dihalau oleh ayahnya dari rumah itu. Baju itu terdapat beberapa kesan berlubang akibat tikaman benda tajam, disertai banyak darah merah pekat yang menampal pada baju itu, tepat di dekat lubang tikaman itu. Semalam, sebelum menyerahkan Liya kepada Alvin, Garry meminta Liya untuk menukar bajunya dengan baju t-shirt biasa miliknya yang tersedia di dalam kereta. Secara perlahan-lahan, Sarah membuka bungkusan plastik hitam itu. Dia terkejut dan sempat gentar. Rupanya isi bungkusan itu adalah jantung yang kelihatan masih lagi segar. Sarah tersenyum kecil.
“Ini betul-betulkah jantung tu budak?”
Garry mengangguk. Dia sudah berjaya mendapatkan jantung seekor babi hutan yang tidak sengaja dia langgar dengan keretanya semalam, selepas urusannya untuk membawa Liya pergi jauh sudah selesai. Waktu itu, dia lalu di tempat yang diselimuti hutan. Babi itu menyeberang jalan raya pada malam hari, membuatnya hairan. Garry sangat bersyukur, dia tidak jadi membunuh orang. Dia hanya perlu bersandiwara di depan Sarah, yang juga seorang ratu drama yang sangat pintar bersandiwara. Sarah tidak memerlukan apa-apa dari baju dan jantung yang disangka baju dan jantung anak tirinya itu, selain sebagai barang bukti yang menunjukkan bahawa Liya betul-betul telah tewas di tangan Garry. Dia cukup berpuas hati dengan bukti itu. Dia membuang semuanya itu di tempat pembuangan sampah di tepi jalan, beserta bakul itu sekali. Dia betul-betul tidak terfikir, boleh saja Garry telah memperdayakannya dengan bukti-bukti palsu. Yang dia fikir hanyalah bahawa Liya harus mati dan Liya sudah mati. Jika Liya tetap dibiarkan hidup, Liya akan terus-menerus menjadi mimpi buruk bagi dirinya dan masa depannya. Dia dapat sahaja menggunakan ilmu-ilmu hitam yang dia miliki, untuk merealisasikan apa sahaja yang dihajati. Tetapi dia tidak dapat menggunakannya untuk menyerang orang-orang yang tidak bersalah. Itulah hukum yang terselit dalam ilmu-ilmu yang telah diturunkan kepadanya, kecuali kebolehan untuk menghipnosis orang. Dia bebas menghipnosis sesiapa sahaja yang dia kehendaki. Jika dia sampai menggunakan ilmu-ilmunya untuk mencelakakan orang-orang yang tidak bersalah, maka dia sendiri akan dikendalikan oleh ilmu-ilmu itu dengan cara yang amat sadis. Dan akhirnya, akan menghancurkan dirinya sendiri.
* * *
Jam sudah menunjukkan pukul 10:25 pagi. Liya baru sahaja menghabiskan sarapan pagi. Tiada lagi yang harus dia lakukan selain mengulangkaji pelajaran di ruang tamu rumah. Buku-buku pelajaran dan alat-alat tulis dia letakkan di atas meja ruang tamu. 4 gadis kerdil itu menemaninya di situ. Yang sulung bernama Rona, yang kedua bernama Annylea, yang ketiga bernama Suzan, dan yang bongsu bernama Suzy. Mereka berempat telah pun memperkenalkan diri kepada Liya. Begitu cepat mereka akrab seperti keluarga. Rona menolong Liya menyelesaikan soalan-soalan mata pelajaran sejarah yang sulit diselesaikan oleh Liya.
“Sebenarnya, kami tahu siapa mama kandung kau, Liya.”
Ucap Annylea tiba-tiba. Senyuman Liya meluntur. Tangannya berhenti menulis. Pandangannya lantas tertuju kepada Annylea.
“Iya?”
Soalnya bersahaja, tetapi penuh makna.
“Aunty Amanda. Kami tidak sangka-sangka oh selama ni dia hilang rupanya. Dulu, waktu kami masih kecil-kecil lagi, selalu dia lawat kami di rumah anak yatim sambil bawa makanan, minuman sama mainan-mainan untuk kami. Kami tidak ingat apa-apa, sebab masa tu kami masih kecil lagi. Pengasuh-pengasuh kami yang kasi cerita sama kami.”
Rona menyampaikan cerita singkat masa kecil mereka. Dia dan ketiga-tiga saudaranya yang lain itu mula menonjolkan kesedihan di hati pada wajah. Liya terus berdiam, fokus mendengar cerita Rona.
“Sampai sekarang, mainan-mainan pemberian mama kandung kau masih ada lagi sama kami. Kami simpan baik-baik.
“Rupanya aku ada persamaan dengan mama. Kami sama-sama suka melawat rumah anak yatim, bawa makanan sama minuman untuk diorang. Kalau gitu, sifat apa yang bapa aku kasi turun sama aku?”
Bisik hati Liya. Hatinya mulai menghimpun rasa kagum akan kebaikan ibu kandungnya.
“Ini, mama kandung kau…”
Suzan memperlihatkan gambar Amanda di telefon pintarnya kepada Liya. Gambar itu menunjukkan Amanda tengah memeluk seorang kanak-kanak perempuan. Begitu jelas wajah Amanda kelihatan, dapat langsung diingati oleh yang melihat. Sedikit ada kemiripan dengan wajah Liya, terutama jika dipandang pada sudut senyuman. Liya tersenyum.
“Rupanya cantik pula mama kandung aku ni.”
“Mama kau memang cantik. Kecantikan dia menurun pigi anak dia. Kau sama mama kau banyak persamaan, Liya. Tadi pagi, waktu kami baru saja sampai di sini, si Alvin banyak cerita pasal kau. Semua cerita pasal kau dia dapat dari si Garry, si Garry pula dapat dari mama tiri kau yang jahat tu.”
Mendengar Annylea membahas soal Sarah, mata Liya berkaca. Dia sedih, bukan hanya kerana memiliki ibu tiri yang berhati kejam, tetapi juga membayangkan bagaimana nasib ayahnya jika terus-menerus hidup berdampingan dengan wanita itu.
“Sepatutnya, aku tetap tinggal sama bapa, jaga dia. Aku takut kalau bapa ada apa-apa di sana. Mama tiri aku tu bukan cuma licik. Dia ada ilmu. Dia bulih buat apa saja dia mau, termasuk kasi apa-apa bapa. Aku tidak yakin dia kahwin sama bapa sebab cinta.”
“Kasi jernih saja hati kau, Liya.”
Suzy mengelus-elus bahu Liya. Keluar dari mulutnya, kata-kata semangat untuk Liya.
“Yang penting nama bapa kau selalu kau sebut setiap kali kau berdoa. Kakak yakin, bapa kau sebenarnya tiada niat mau halau kau dari rumah. Dia cuma tidak dapat melawan pengaruh pukau bini dia. Kami balik-balik sudah dengar cerita pasal si Sarah. Dia tu memang suka hipnosis-hipnosis urang guna pandangan mata dia, paling banyak lelakilah yang selalu jadi mangsa hipnosis dia. Lepas dia hipnosis, baru dia pigi curi duit-duit tu lelaki semua. Banyak sudah yang cuba-cuba pigi report polis. Tapi yang bikin hairan, sampai sekarang tu perempuan tidak juga pandai kena tangkap-tangkap. Entah ilmu bomoh apalah yang dia pakai tu.”
“Dia sama kawan rapat dia si Deviana. Sama-sama pun perempuan jahat, tiada perasaan.”
Sampuk Rona.
* * *
Kedengaran pintu rumah diketuk-ketuk dengan cepat dari luar. Disusuli pula bunyi tombol bell yang ditekan.
“Siapa tu?”
Soal Annylea perlahan. Semua menaikkan bahu tidak tahu, kecuali Liya.
“Mungkin si Alvin.”
“Biar aku pigi cek.”
Liya bingkas berdiri menuju ke arah pintu, lantas dibuka. Dia melihat seorang gadis berkulit putih dan berambut sedikit ikal, tengah berdiri di situ. Nampaknya, gadis itu kacukan ras orang putih. Gadis itu kehairanan ternampak ada orang asing di dalam rumah itu. Siapakah dia? Liya juga ikut hairan dipandang dengan cara begitu, tetapi dia tetap menggagahkan bibirnya untuk tersenyum.
“Mau cari siapa sis?”
“Kau ni siapa? Macam mana kau bulih ada di rumah si Alvin ni?”
Senyuman Liya serta-merta hilang. Begitu kasar gadis itu berbicara dengannya.
“Nama aku, Putih Liya.”
Liya memaksa untuk senyum kembali, seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman. Tapi sayangnya, gadis itu merespon dengan tatapan sinis dan sama sekali tidak menyambut huluran tangan Liya.
“Sorry ah, mandak. Aku tidak tanya pun siapa nama kau.”
Dia hanya membalas Liya dengan senyuman senget tidak ikhlas yang menyakitkan hati.
“Aku cuma tanya, kenapa kau bulih ada di sini?”
“Sis juga tadi tanya sama aku kan, aku ni siapa. Aku bagi taulah nama aku.”
“Bulih kasi elok-elok sikitkah cara kau bercakap sama aku?”
Gadis itu mula melenting. Liya sedikit tersentak.
“Sorry sis. Masuklah…”
Empat beradik yang berdiri rapat di belakang Liya itu terdiam. Mereka sudah tahu betul bagaimana sifat Avilla, kekasih Alvin itu. Hubungan dia dengan Alvin tidak terlalu dianggap serius oleh Alvin, kerana sebenarnya bukan gadis seperti itu yang Alvin inginkan. Ibu Alvinlah yang selalu berusaha menjodohkan Avilla dengan Alvin. Ayah Alvin pula lebih suka Alvin sendirilah yang mencari jodoh yang sesuai untuk dirinya sendiri.
“Tidak payah pun kau pelawa, aku memang ada hak bah masuk di dalam ni rumah.”
“Oh, iyakah? Hehehe…”
Liya membuat tawa yang dipaksa-paksa.
“Oh, tadi kau sudah kasi kenal nama kau kan, Putih Liya? Okey, sekarang giliran aku lagi kasi kenal diri aku. Nama aku, Avilla Armstrong.”
Avilla menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Liya, lantas dicapai oleh Liya.
“Aku girlfriend si Alvin Aaron. Tidak lama lagi, aku ni jadi tunang dia.”
“Oh… Girlfriend pula, hehe…”
Liya memberitahu Avilla dengan lebih jelas, mengapa dan bagaimana dia boleh ada di rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience