BAB 3

Drama Completed 1821

Usia kandungan Amanda sudah menginjak 8 bulan lebih. Dia harus banyak berehat di rumah atas nasihat doktor. Davidson Chong, bos besar di syarikat tempat Amanda bekerja sudah memberi Amanda cuti. Amanda juga diberikan cuti bonus selama dua bulan selepas Amanda selamat bersalin nanti. Davidson memang seorang yang berhati lembut dan suka mengambil berat terhadap para pekerjanya, bahkan kepada orang lain sekalipun. Davidson seorang lelaki bujang berusia 30 tahun yang berketurunan Cina dari ayahnya, ibunya pula berbangsa Kadazan dari Papar. Donius juga sering merelakan waktu pejabatnya untuk menjaga isterinya yang tidak lama lagi akan segera bersalin. Setelah dilakukan ujian X-Ray, hasil ujian itu menyatakan bahawa Amanda mengandungkan seorang bayi perempuan.
* * *
Amanda masih saja sibuk mencuci pinggan mangkuk di sinki dapur. Berkali-kali dicegah oleh Donius, tetapi dia tetap ingin meneruskan tugasnya itu sebagai seorang ibu rumah tangga yang baik dan rajin.
“Biar abang tulung. Kasian bini abang ni kerja saturang.”
Amanda mengalihkan tangan Donius yang mulai menyentuh piring. Donius berniat hendak meringankan kerja isterinya.
“Tidak payah, bang. Tinggal sikit ni, alang-alang.”
“Beruntung abang oh dapat bini macam sayang. Walaupun perut makin membesar, tapi tetap juga rajin buat kerja-kerja rumah. Tapi tidak apa. Esok orang gaji yang abang cakap semalam tu ada sudah di sini awal pagi, tulung-tulung kasi ringan kerja sayang.”
Donius merenung lantai dapur yang putih berkilat. Keharuman yang masih melekat di situ menembusi rongga hidungnya.
“Terima kasihlah, bang.”
Amanda mengelus pipi Donius.
“Abanglah lelaki paling terbaik yang pernah aku jumpa.”
Kikitty, si kucing parsi betina berwarna putih, terpikat memandang seekor cicak di bahagian paling hujung meja sinki itu. Dia lantas melompat naik ke meja sinki, menyebabkan sebotol cairan berwarna hitam pekat jatuh ke lantai dapur. Sedikit isi cairan itu menodai lantai. Tanpa meletakkan dahulu cawan kaca jernih di tangan yang masih bersabun itu, Amanda langsung melangkah menghampiri si Kikitty yang gagal menangkap cicak itu. Kikitty melarikan diri ke bahagian ruang tamu rumah, seolah-olah kucing itu tahu dia akan dimarahi tuannya kerana menjatuhkan botol cairan itu. Tiba-tiba, cawan kaca yang dipegang Amanda jatuh ke lantai, pecah. Amanda maju selangkah hendak mengutip serpihan-serpihan kaca itu. Malangnya, kakinya terpijak serpihan itu. Darah merah mencoreti lantai berkilat.
“Aww!”
Donius bergerak gesit, bergegas memeriksa luka itu.
“Nah, kan… Berdarah. Hati-hati bah lain kali, sayang.”
Amanda merasa sakit pada bahagian perut. Dia merasa perutnya seperti ditendang-tendang oleh bayi di dalam kandungannya. Lantas dia memegang perutnya.
“Aduh…”
Donius makin dilanda kepanikan.
“Sayang! Sayang kenapa?”
“Baby kita menendang oh, bang.”
Donius memajukan mulutnya ke dekat perut Amanda.
“Sabar ahh, baby. Tidak lama lagi kau keluar juga."
Ucap Donius dengan perlahan, sambil tersenyum lebar.
“Bang. Aku harap, baby girl kita ni kulit dia putih macam ni lantai.”
Ucap Amanda, seraya jarinya menuding ke lantai putih berkilat yang dibersihkannya itu sebentar tadi, sebelum dia memulakan aktiviti mencuci pinggan mangkuk.
“Bibir dia merah, merah macam darah di atas ni lantai. Rambut dia hitam berkilat, hitam macam tu cairan hitam yang tumpah di lantai.”
“Iya, sayang. Harap-harap baby kita sesuai macam yang sayang harap."
“Aku kasi nama dia si Putih Liya.”
* * *
Sarah sibuk mencari-cari sesuatu di dalam peti sejuk. Deviana berjalan perlahan-lahan dari arah belakang. Niatnya hendak mengejutkan Sarah.
“Mana tu minuman yang aku beli kemarin ahh? Mmm… Mesti si Deviana ni yang ambil tidak minta izin sama aku. Nanti kau, Dev!”
“Booooh!!!”
Gara-gara dikejutkan, Sarah maju tidak sengaja ke depan. Kepalanya termasuk ke dalam peti sejuk. Deviana ketawa terbahak-bahak, terhibur. Rancangannya untuk mengerjakan kawannya berjaya.
“Kau ni kan, Dev! Kebiasaan oh kau! Sudahlah curi minuman aku.”
“Hahaha… Ala, nanti aku ganti juga bah. Apalah setakat minuman saja. Nanti dengan KFC sekali aku kasi kau kalau aku gaji. Itu pekerja KFC yang hensem ada lesung pipit tu pun sanggup aku culik bagi kau.”
“Ala, cakap saja tu! Tembirang!”
“Kali ni betul bah. Aku ni bukan peluki.”
Hanya tinggal mereka berdua tinggal di rumah sewa itu. Tony sudah pergi dari situ, setelah mengetahui Deviana rupanya selama ini menaruh rasa benci terhadap Amanda, kakaknya. Tony berusaha untuk semakin memastikan kakak tersayangnya itu selamat, setelah dia mendengar perbualan Deviana dengan Sarah yang berniat ingin melakukan sesuatu yang jahat terhadap Amanda.
“Oh iya, Sarah! Ada khabar hot ni. Tapi aku tidak taulah ni khabar baik atau khabar buruk menurut kau. Pandai-pandailah kau menilai kio.”
“Kau selalu bagi tau aku khabar baik. Jadi aku harap kali ni khabar hot kau ni baiklah juga.”
“Memang khabar baik. Begini. Si Amanda baru saja beranak kemarin. Baby perempuan. Diorang kasi nama tu baby girl diorang tu, si Putih Liya kunun ni.”
Sarah senyum senget. Tapi hatinya sudah geram campur cemburu.
“Bulih tahan. Bukan selama ni rahim dia ada masalahkah? Bulih-bulih pula beranak ahh! Ilmu apa dia pakai?”
Deviana mengangkat kedua-dua bahu.
“Apalah cantik sangat tu perempuan tu sampai si Donius sanggup kasi tinggal aku, lepas tu tergila-gila sama tu perempuan. Tapi tidak apa. Aku bulih dapat balik si Donius. Untuk sementara ni, aku diam-diam saja dulu. Mau kumpul energi dulu banyak-banyak."
Sarah semakin pandai menjaga penampilannya dari sebelum ini. Penampilan yang dulunya nerd, kini berubah menjadi seperti seorang model juara dunia. Semenjak mengubah penampilannya, ramai lelaki yang mencuba untuk mendekatinya. Tetapi, satu-persatu ditolaknya. Hatinya tetap untuk Donius walaupun Donius sudah menjadi suami orang.
* * *
Jam dinding bilik menunjukkan pukul 10: 42 pagi. Amanda mendapati Liya sudah tertidur nyenyak di katil kecil, berdekatan dengan katil mereka. Dia segera melangkah menuju ke dapur untuk mencuci pinggan mangkuk yang hanya tinggal sedikit itu di sinki. Cuci dan terus mencuci, tanpa sepatah pun rungutan keluar dari mulut. Dia berjaya mencuci separuh dari pinggan mangkuk itu. Dia tinggalkan sebentar, bergegas kembali ke bilik untuk melihat keadaan Liya. Dia senyum kecil. Liya masih tertidur dengan begitu lena. Direnungnya kulit si mongel itu agak lama. Dari kulit, pandangannya lantas beralih ke arah rambut dan bibir kecil Putih Liya. Harapannya telah menjadi nyata. Liya benar-benar memiliki rambut hitam berkilat, walaupun masih begitu halus. Bibirnya merah, semerah darah. Kulitnya halus dan putih, seputih salji. Lantas dia keluar dari pintu bilik hendak menuju ke arah dapur, untuk menyimpan pinggang mangkuk yang sudah selesai dicuci. Dia hanya tinggal mencuci separuhnya lagi yang belum dicuci. Ketukan pintu kedengaran dengan jelas. Dia bergegas mendapatkan siapa gerangan yang mengetuk pintu dengan keras.
“Hey, Tony. Kau sama siapa pigi sini?”
“Saturang saja. Abang Donius mana?”
“Dia merja. Bah masuklah.”
Mereka langsung memulakan perbualan, duduk secara bersemuka di sofa ruang tamu.
“Ada aku mau kasi tau kau bah ni, kak.”
“Kasi tau apa kunun? Bah, makan tu kek.”
Tony menggapai sepotong kek coklat campur butter dari pinggan putih bercorak bunga mawar, yang dihidang Amanda di atas meja. Dia menghirup sedikit sirap kurang manis di dalam cawan. Amanda sememangnya sudah maklum, adik kesayangannya itu tidak seberapa meminati makanan atau minuman yang terlalu manis.
“Kau mesti hati-hati sama si Sarah, kak.”
“Si Sarah?”
Amanda kebingungan.
“Iya bah. Sarah. Sarah ex si Donius dulu.”
Jantung Amanda berdegup kencang. Tetapi dia tetap menunjukkan wajah yang nampak biasa-biasa sahaja.
“Kenapa kunun dia?”
Tony memulakan cerita. Baru-baru ini dia mendengar perbualan Deviana dan Sarah untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Amanda, demi untuk merebut Donius. Tony mendengar perbualan mereka sewaktu dia datang ke rumah itu untuk mengambil barangnya yang ketinggalan semenjak dia pergi meninggalkan rumah itu.
“Terima kasih, Tony. Sebab kau kasi tau aku pasal niat diorang sama kakak kau ni. Aku sudah duga, si Sarah tu mesti tidak rela kalau si Donius kahwin sama aku. Balik-balik aku teringat pasal mimpi kau yang kau kasi cerita sama aku tu, Ton. Tapi tidak apalah. Aku tidak sendiri. Tuhan sentiasa bersama aku, selagi aku tiada niat jahat sama orang.”
“Tapi kau mesti tetap hati-hati juga, kak. Aku yakin, rancangan jahat diorang tu bukan alang-alang punya rancangan.”
* * *
Donius tertidur di meja pejabat. Dia betul-betul letih. Keletihan itu membuahkan rasa mengantuk, memaksanya untuk tidur. Semalam, dia bersusah payah membetulkan keretanya yang bermasalah di halaman rumah.
“Donius, jangan! Jangan buat, Don. Ingat anak kita.”
Dia berada di puncak sebuah bukit yang tinggi. Kedua-dua telapak tangannya telah mengarah ke tubuh Amanda.
“Donius! Jangan jadi lelaki penakut, Donius. Kau mesti tolak tu perempuan jatuh pigi bawah.”
Pekik Sarah. Dia berdiri di samping Donius. Membara-bara niatnya untuk melihat Amanda celaka. Amanda duduk di tanah, menangis dengan suara keras, sekeras suara petir yang kedengaran sebentar tadi. Kedua-dua kaki dan tangannya terikat.
“Aku tidak sampai hati, Sarah.”
“Donius! Tolak dia, Donius. Jangan tangguh-tangguh. Dia lebih layak mati mengenas, sebab dia sudah rebut kau dari aku. Kau tu milik aku, Don.”
“Jangan, Don. Aku yakin, sikit pun kau tiada niat mau dengar cakap si Sarah. Aku ni isteri kau, sepatutnya kau tolong aku.”
“Aku minta maaf, Amanda.”
Tanpa mengucapkan apa-apa lagi, Donius menolak Amanda jatuh ke bawah. Amanda berteriak-teriak dengan nyaring. Tubuhnya terhempas ke sana ke mari, di badan bukit itu.”
Donius mengejut terjaga. Dia menggosok-gosok mata. Cuma mimpi. Dia teringat cerita Amanda tentang mimpi Tony. Mimpinya betul-betul sama dengan mimpi adik iparnya itu. Dia mengatup kedua-dua tangan, menundukkan kepala. Dia penjamkan matanya.
“Tuhan, lindungilah keluargaku dari sebarang kejahatan dan bahaya. Berkatilah tali perkahwinanku dengan Amanda, sampai pada hujung hayat kami berdua. Amin.”
Dia berdoa perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience