BAB 7

Drama Completed 1821

Baru beberapa kali melakukan pertemuan, Johny dengan pertama kalinya mulai menikmati bagaimana rasanya jatuh cinta dengan lawan jenis. Dia jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Deviana. Deviana juga tidak mahu menolak. Tetapi, sebelum menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih, dia harus tunjuk lagaknya dahulu di depan Johny dengan cara menjual mahal. Kerana terlalu mencintai Deviana, dia menuruti apa sahaja yang diminta dan disuruh Deviana.
* * *
Malam minggu, Deviana mengatur pertemuan dengan Johny di sebuah restoran. Deviana menerima pemberian Johny berupa serangkai bunga mawar merah.
“Terima kasih, sayang.”
“Okey. Tadi kau ada mau cakap hal penting kan. Jadi apalah?”
Soal Johny, dengan perasaan ingin tahu yang membara-bara. Deviana menarik nafas panjang sebelum memberitahu hal penting yang hendak disampaikannya kepada Johny.
“Sebenarnya tidak juga penting sangat bah. Memandangkan kau berbestfriend sama si Donius sudah lama, aku mau kau setiap kali dan setiap masa, kau kasi pengaruh fikiran dia supaya dia lupa sama bini dia yang hilang tu. Kau sendiri sudah dengar kan semua pasal si Amanda waktu aku cerita sama kau. Jadi kau cuma perlu kasi cerita balik sama dia semua yang aku cerita sama kau. Ini demi kebaikan si Sarah, kawan baik aku sendiri. Sekaligus demi kebaikan aku juga, sebab aku bahagia kalau nampak kawan aku bahagia. Si Sarah lebih berhak dapat cinta si Donius, bukan si Amanda.”
Johny mengangguk, tanda menyetujui permintaan Deviana. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk cinta pertamanya.
“Bulih-bulih saja. Apa bah yang tidak kalau untuk sayang Deviana yang cantik. Hehehe. Tapi, aku tidak yakin si Donius mau percaya sama aku. Kau tau sendiri kan macam mana sayang dia sama bini dia tu.”
“Itu teda masalah. Tugas kau cuma buat saja apa yang aku suruh, kalau kau betul-betul sayang sama akulah. Selebihnya pandai-pandailah si Sarah atur sendiri.”
Atas bantuan Deviana, Johny berjaya mendapatkan koleksi gambar-gambar Amanda sewaktu masih bujang. Johny agak pintar. Dia berjaya melakukan editan ke atas gambar-gambar itu menggunakan kecanggihan software komputer yang ada pada masa itu. Beberapa keping gambar Amanda sengaja dicetak kembali secara berulang-ulang untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Hasilnya, beberapa keping gambar memperlihatkan Amanda tengah menari di pusat hiburan sambil berbikini, dengan diiringi beberapa orang lelaki yang hanya memakai seluar dalam berwarna hitam. Gambar berikutnya menunjukkan Amanda tengah memperlihatkan gaya dua jarinya, berbikini dan tidur seranjang bersama seorang lelaki. Bahagian tertentu pada gambar lelaki itu sengaja dikaburkan seolah-olah lelaki itu tidur bersama Amanda dalam keadaan telanjang bulat.
* * *
Donius datang ke tempat kerja pada waktu pagi seperti biasa. Ketika dia memasuki pejabat, dia terpaku menatap satu sampul berwarna kuning pudar di atas mejanya. Dia meletakkan begnya yang berisi dokumen-dokumen kerja ke atas meja, lantas dia mengambil sampul itu lalu dibuka. Dia menggeleng-geleng kepala melihat gambar-gambar itu.
“Tidak mungkin ini semua gambar si Amanda. Si Amanda perempuan baik-baik. Tidak mungkin dia begini.”
Bisik hatinya, mencuba meyakinkan hatinya tentang Amanda. Pintu pejabat yang sudah dia tutup, terbuka dengan keras. Dia tersentak dengan suara keras pintu yang dibuka. Dengan tersenyum-senyum sinis, Sarah masuk.
“Memang dari dulu lagi aku mau kasi kau tu gambar, Don. Tapi aku takut kau tidak percaya.”
Donius sekali lagi menggeleng-geleng kepala.
“Dari mana kau dapat ni gambar-gambar jijik semua ni, Sarah?”
Soal Donius dengan nada tinggi.
“Itu tidak penting. Apa yang penting, aku mau kau jujur. Kau sebenarnya masih cinta kan sama aku?”
Donius terdiam. Sarah maju mendekati. Dia mengelus pipi Donius. Donius mengalihkan tangan Sarah dari pipinya.
“Aku tetap cinta sama si Amanda.”
“Oh ya? Walaupun kau sudah nampak sendiri bukti-bukti perbuatan si Amanda waktu dia bujang dulu? Asal kau tau ahh, Donius! Waktu si Amanda sudah sah jadi bini kau pun, kami selalu nampak dia keluar sama lelaki bah. Dia baik kalau dia nampak kau ada di depan mata dia saja. Dia mau harta kau, bukan cinta kau. Sedar, Donius!”
“Apa yang si Sarah cakap tu semua betul, bos.”
Seorang lelaki muda tiba-tiba masuk, langsung menyampuk percakapan mereka.
“Kau siapa?”
“Aku ni lelaki malang.”
“Malang apa maksud kau? Kau masuk office aku tidak minta izin, lepas tu suka-suka saja menyampuk percakapan orang.”
“Aku datang sini ada sebab. Aku cuma mau kasi tau kau, kau tidak payahlah jadi bodoh mau cari tu perempuan yang sekarang ni jadi bini kau. Sepatutnya kau beruntung sebab dia sudah lenyap dari kehidupan kau, bro.”
“Apa maksud kau? Kau ni siapa? Ada hubungan apa kau sama si Amanda? Apa alasan kau mau kasi buruk-buruk bini aku?”
“Aku bekas tunang dia. Kenapa aku cakap tadi aku ni lelaki malang? Sebab aku memang malang sebab pernah bertunang sama perempuan pembawa malang macam bini kau tu. Selepas dia sapu semua duit aku, dia lari macam tu saja. Sekarang dia sudah dapat mangsa baru. Aku cuma tidak mau ada lelaki yang terus-menerus jadi mangsa dia. Ini! Tinguk ni!”
Lelaki itu mengeluarkan beberapa keping gambar dari saku seluar jeans birunya, lantas diberikan kepada Donius. Gambar-gambar itu menunjukkan kemesraan lelaki itu bersama Amanda, beserta gambar majlis pertunangan mereka berdua. Sememangnya semua itu hanyalah rekaan dan editan komputer semata-mata. Lelaki itu sudah dibayar oleh Sarah untuk bersandiwara. Dengan perasaan hancur, Donius mengoyak-ngoyakkan gambar-gambar itu. Gambar-gambar dari sampul itu pun turut dikoyak-koyakkan tanpa tersisa sekeping pun. Dia sangat kesal dengan Amanda. Dia kini percaya bulat-bulat dengan semua itu. Dia menghentak keras meja pejabat.
“Aku bukan ada niat mau kasi buruk-buruk si Amanda, Don. Aku cuma bagi tau kenyataan saja sama kau. Percaya atau tidak, itu terpulang sama kaulah. Aku masih cinta sama kau, Don. Sampai sekarang aku masih setia menunggu kau. Tapi aku tidak paksa kau untuk terima aku.”
* * *
Tiga bulan lebih berlalu. Niat Tony hendak menghirup kopi panas terbantut, setelah ibunya bergegas pergi ke dapur untuk memberitahunya bahawa Donius akan segera melangsungkan perkahwinan dengan Sarah. Dia meletakkan semula cawan yang dipegangnya itu ke meja.
“Dari mana mama tau?”
“Mama tau dari si Sarah sendiri. Tadi mama tidak sengaja terjumpa sama dia time di market. Punyalah sumbung tu tondu. Bercakap sama urang tua pun teda sopan santun. Mama tidak sangka oh cepat betul si Donius lupa sama bini dia yang belum jumpa-jumpa lagi sampai sekarang.”
Hanya itu yang mampu diutarakan ibu Amanda. Perasaan ibu manakah yang tidak terluka jika harus kehilangan anak tercinta? Kini dia dihadapkan pula dengan kenyataan suami anaknya akan berkahwin dengan wanita lain. Tetapi dia kelihatan seolah-olah tetap tabah. Dia percaya, Amanda masih hidup. Dia hanya mampu berserah kepada Tuhan yang berkuasa mengatur segala sesuatu.
* * *
Donius duduk di birai katil. Dia memandang terus Liya yang tengah terbaring di ranjang kecil di depannya. Kelihatan serpihan-serpihan kaca di lantai bilik berkilauan oleh sinaran matahari yang masuk melalui jendela bilik. Dia baru sahaja menghempas gambar kahwinnya dengan Amanda. Rasa kesal di hati belum terdaya dititik.
“Putih Liya. Bapa berharap, bila kau besar nanti, jangan kau ikut jejak mama kau. Bapa tidak mau kau membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Tidak lama lagi Liya ada mama baru. Nama dia, mama Sarah. Bapa tidak mau kau ingat-ingat lagi mama kandung kau. Bapa terpaksa buang semua gambar-gambar mama kandung kau, supaya kau anggap cuma mama Sarah saja satu-satu mama kandung kau. Bapa tidak mau kau dapat mama yang pendusta macam si Amanda, walaupun dia tu darah daging kau.”
Dia mengusap-usap lembut dahi Liya dengan ibu jarinya. Sudah tentu Liya belum mengerti apa-apa akan apa yang diucapkan ayahnya itu. Rumah Donius dilempar batu. Donius tersentak. Lemparan itu tepat di tepi jendela bilik.
“Keluar kau lelaki teda guna! Keluar kau!”
Pekik Tony. Sifat Tony yang lemah lembut seperti wanita itu tidak menghalanginya untuk bersikap agresif. Apatah lagi terhadap lelaki yang sudah mengkhianati kakaknya. Dia marah besar, kakaknya dianggap seperti patung yang dapat dipermainkan. Pengawal keselamatan rumah pun tidak berani untuk menghalanginya.
“Ada apa?”
Soal Donius yang sudah berdiri di pintu rumah.
“Kakak aku belum lama hilang, kau sudah mau kahwin sama tu perempuan mata duitan tu?”
Donius maju mendekati Tony yang mulai beralih tempat, berdiri halaman rumah. Dia menarik dengan kuat baju Tony.
“Jaga sikit mulut kau, sotong! Sekali lagi kau cakap calon bini aku macam tu, bertabur gigi kau di atas tanah.”
Tony menyingkirkan tangan Donius.
“Kau buatlah kalau kau berani! Aku sotong pun sekurang-kurangnya aku tau apa tu tanggungjawab! Yang kau? Apa tanggungjawab kau sama kakak aku? Kakak aku masih hilang, bulih-bulih kau buat planning mau kahwin sama perempuan lain.”
“Itu urusan akulah, pondan gila!”
Donius menolak Tony jatuh ke tanah.
“Aku yakin, kakak kau tu sebenarnya tidak hilang! Tapi dia lari ikut lelaki lain! Mangsa baru dia. Aku sudah tau bah siapa kakak kau tu yang sebenarnya.”
Tony berdiri semula. Dia berdiam diri, memikirkan sesuatu.
“Ni mesti si Sarah sama si Deviana ni yang sudah kasi racun fikiran dia.”
Fikirnya. Dia seakan-akan sudah mampu mengagak kebenaran.
“Senang betul fikiran kau kena racun kan.”
“Siapa racun? Kau mau aku kasi makan kau racun tikuskah?”
“Bukan kakak aku yang pemangsa! Tapi kaulah sebenarnya lelaki pemangsa perempuan, Donius! Tapi sayang, pemangsa mau berkahwin sama pemangsa. Harap-haraplah anak kamu nanti tidak jadi angsa.”
“Kurang ajar punya kunyit!”
“Peettttt!”
Satu tamparan keras hinggap di pipi Tony.
“Daripada kau bising-bising di rumah aku ni, bagus lagi kau pigi jual rokok era biru di sana kaki lima kedai! Ada lagi hasil!”
Tony hanya mampu memegang pipinya yang masih terasa sakit ditampar. Dia sedar dia tidak sekuat Donius jika diukur dari kemampuan untuk berkelahi. Dia hanya hebat dalam berperang lidah. Dia menuding tepat ke wajah Donius.
“Jangan harap kau bulih hidup bahagia selepas kau buang kakak aku macam kau buang pembungkus nasi lemak selepas kau rasa kenyang. Karma itu pasti. Dengan calon bini kau sekali dapat balasan. Kau ingat ahh Donius.”
“Oh iya, ada ku kesah? Hahaha…”
Donius tertawa. Dia membuat gaya lembik, mengejek sifat lembut Tony. Tony langsung beredar menuju ke motorsikalnya yang diletak di depan pintu pagar rumah Donius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience