BAB 8

Drama Completed 1821

Putih Liya semakin tumbuh membesar, menjadi seorang gadis remaja yang cantik jelita. Kini usianya sudah pun menginjak 17 tahun. Dia sama sekali tidak menyedari fakta tentang ibu kandungnya yang sesungguhnya. Apa yang dia ketahui setakat ini, Sarah adalah ibu kandungnya yang sudah melahirkannya, dan Sarah amat menyayanginya. Cinta Donius kepada Sarah pun tidak pernah pudar, dan tidak pernah mencair bagaikan ais kutub utara dan selatan. Mereka sudah berpindah tempat tinggal ke lain tempat. Tempat yang sangat jauh dari sebelumnya. Donius sengaja berpindah jauh-jauh. Dia takut orang-orang terdekatnya menceritakan kepada Putih Liya, segala-galanya tentang Amanda. Donius masih takut jika sampai Liya tahu bahawa Sarah bukanlah ibu kandungnya. Sarah hanyalah ibu tiri yang pintar bersandiwara. Sarah betul-betul telah mengendalikan fikiran Donius, sehingga Donius semakin membenci Amanda. Kemarin, Sarah baru sahaja mempengaruhi Donius supaya memecat Benarda, orang gaji yang baru bekerja beberapa bulan di rumah itu. Sebab, orang gaji itu mengenali Amanda. Sarah tidak mahu suaminya bertukar fikiran untuk kembali kepada Amanda, itu pun sekiranya Amanda masih hidup. Dia takut kehilangan Donius.
* * *
Pagi itu, Sarah mengeluh seorang diri di dapur. Dia harus mencuci pinggan mangkuk di sinki sementara dia menunggu masakannya selesai.
“Susah juga oh buat kerja-kerja rumah ni. Ish! Paling pantang aku kerja-kerja rumah ni. Tapi apa bulih buat. Ini semua demi si Donius.”
Sebiji pinggan terjatuh ke lantai, pecah. Dia begitu cuai dalam melakukan kerja-kerja rumah, tidak dengan sepenuh keikhlasan. Dia memungut kembali serpihan-serpihan kaca itu, lalu dibuang ke dalam tong sampah. Dia mengesat peluh di dahi dengan tangan.
“Dari semalam kerja rumah nda pandai habis-habis. Inilah masalah kalau rumah terlampau besar. Susah juga teda urang gaji ni! Tapi kalau aku tidak suruh si Donius pecat si Benarda, dapat masalah lagi nanti. Aku tidak mau tu urang gaji kasi cerita apa-apa sama si Donius pasal diri si Amanda.”
Hatinya mengomel-ngomel. Tiba-tiba muncul wajah jelita Liya dalam kotak fikirannya. Dia teringat dengan ucapan jiran-jiran dan kawan-kawan sekolah Liya yang mengakui kecantikan Liya. Rasa dengki menguasai dirinya. Terimbas kembali dalam ingatannya tentang parti ulang tahun perkahwinannya dengan Donius malam minggu lalu. Liya duduk di luar rumah bersama kawan-kawan sekolahnya, menikmati kek ulang tahun Sarah dan Donius yang sudah dipotong-potong untuk dibahagi-bahagikan.
“Liya. Kenapa kau tidak jadi model cilik saja? Sayang oh. Ada contest kan tu, sampai minggu depan.”
Ucap seorang kawan Liya.
“Tidaklah, Betty. Aku ni masih belum matang lagi, hehe... Belum ngam lagi jadi model. Lagipun, nda berapa minat bah mau jadi model.”
“Tapi badan kau tinggi bah, macam yang sudah berumur 25 tahun. Lawa lagi. Aku yakin, kalau mama tiri kau ikut, dia pun kalah oh sama kau.”
Sarah yang duduk di sofa ruang tamu, mendengar perbualan itu. Mukanya mulai nampak menahan geram. Selama ini, Sarah telah dibuai dengan kecantikan duniawi. Kecantikan dan kehandalan kekuatan ilmu sihir yang diperolehinya dari seorang ahli sihir beberapa tahun lalu benar-benar telah menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan tinggi diri. Belum lagi ditambah dengan ilmu-ilmu yang sudah diturunkan oleh mendiang neneknya. Selama ini dia merasa dialah gadis yang paling cantik dan paling berpengaruh di mana sahaja dia berada. Dan sekarang dia harus bersaing kecantikan dengan anak tirinya sendiri? Seorang rakan kerja Donius yang duduk di sebelah Donius, mencuit lutut Donius. Orang itu dari tadi terus memperhati Sarah dari atas hingga ke bawah. Sarah menunjukkan sikap tersipu-sipu. Dia sememangnya sudah yakin rakan kerja suaminya itu mengagumi kecantikannya dalam diam-diam. Itu bukan sekali, tapi sudah berkali-kali setiap kali dia ternampak Sarah.
“Donius. Kau beruntung oh dapat wife lawa, setia lagi tu. Sudah berapa tahun, rumah tangga kamu masih lagi bertahan. Kalau kau tidak dipertemukan dengan si Sarah ni, maybe susah kau mau cari perempuan yang betul-betul setia macam dia.”
“Terima kasih, Fendy. Aku pun masih lagi rasa seolah-olah semua ni cuma mimpi. Memang inilah impian aku selama ni, bro. Aku dapat kerja bagus, dapat rumah besar, sekarang dapat wife setia pula. Usaha aku selama ni tidak sia-sia.”
“Aku dengki sama kau bro, sampai sekarang aku ni belum lagi laku-laku.”
Mereka ketawa bersama. Sarah tersenyum lebar. Sekali lagi dia mendengar kata-kata pujian.
“Kau memang betul, Fendy. Aku ni memang perempuan paling setia di dunia. Sudah lama aku tunggu si Donius untuk jadi husband aku. Jadi tidak mungkin hati aku mendua.”
Bisik hati Sarah. Mulutnya tetap tersenyum. Donius menepuk bahu Fendy.
“Sabar-sabar kau bro, nanti ada juga tu yang sangkut sama kau.”
“Harap-haraplah.”
“Yakin saja.”
“Sudahlah dapat wife lawa, dapat anak sumandak lawa lagi.”
Raut wajah Sarah berubah seratus lapan puluh darjat. Dia merasa dirinya dibanding-bandingkan dengan anak tirinya.
“Aku jujurlah ahh, sumandak kau aku tinguk lebih lawa lagi dari wife kau. Hehehe.”
Donius hanya terdiam dan tersenyum. Hati Sarah makin terasa meradang.
“Apa maksud kau, Fendy?”
“Aku gurau-gurau saja bah, Sarah. Ndakan itu pun marah, jealous sama anak sendiri. Hahaha.”
“Aku yakin, ni lelaki nda main-main. Aku tidak mau kalah sama anak tiri aku sendiri. Anak musuh aku sendiri, si Amanda.”
Hatinya memujuk emosinya.
* * *
Pagi sabtu. Liya meluangkan waktu cuti sekolahnya itu untuk membawa kain-kain kotornya dalam keranjang plastik, menuju ke mesin basuh yang ada di depan antara pintu bilik mandi dan pintu tandas. Mesin basuh di dalam bilik mandi di bilik tidurnya sedang rosak. Belum sempat dia membuka tutup mesin basuh automatik itu, tangannya dicengkam Sarah. Sarah hendak memulaikan aksi penindasannya sementara Donius sudah berangkat ke tempat kerja.
“Buang masa saja aku berpura-pura baik sama anak yang bukan darah daging aku sendiri.”
Fikir Sarah. Liya hairan dengan tingkah laku ibunya yang pelik itu.
“Mak, kenapa mama tahan tangan saya? Saya mau guna ni mesin basuh mak, sebab mesin basuh saya di bilik rusak.”
“Mama tidak mau tahu, Liya. Mama tidak mau kau guna ni mesin basuh. Sebab bapa kau baru saja beli ni mesin, nanti rusak! Kau faham?”
“Jadi aku mau cuci kain di mana?”
“Guna tanganlah! Jangan mau terlampau manja sama kemudahan-kemudahan di sini rumah! Mulai sekarang, mama mau kau berdikari. Sama satu lagi. Kau tahu kan apa kerja-kerja orang gaji yang bapa kau pecat tu?”
Liya mengangguk.
“Bagus kalau kau tahu. Mama mau, mulai sekarang kau buat kerja-kerja yang selalu auntie Benarda buat.”
“Maksud mama, saya jadi orang gaji?”
“Iya. Kenapa?”
“Tapi kenapa mak? Kenapa tidak suruh saja bapa cari orang gaji baru, kan senang.”
Satu tamparan hinggap di pipi halus Liya. Sarah naik berang dijawab seperti itu.
“Jangan sekali-kali kau bantah cakap urang tua, Liya! Sama jangan cuba-cuba report sama bapa kau kalau kau tidak mau mulut kau hancur mama kerjakan! Kau sangka mama ni berterusankah mau kasi manja-manja kau, ahh? Jangan harap!”
Maka bermulah hidup Liya sebagai orang gaji tidak bergaji di rumahnya sendiri. Mahu tidak mahu, dia pergi ke bilik mandi di bilik tidurnya untuk mencuci semua pakaiannya dengan tangan, tanpa menggunakan mesin basuh. Waktu tangannya menggosok-gosokkan pakaiannya ke papan pembasuh kain, fikirannya berjalan. Dia hairan kenapa sikap mama tiba-tiba sahaja berubah menjadi garang. Selepas selesai membasuh pakaian, dia harus mengerjakan kerja-kerja rumah seperti yang diperintahkan oleh Sarah. Mulai dari mencuci pakaian Sarah dan ayahnya, menyapu, mop lantai, mengutip daun-daun kering di halaman rumah dan banyak lagi. Awalnya dia menyangka sifat kejam ibunya itu hanya berlangsung sehari, rupanya berterusan dari hari ke hari, bahkan berbulan-bulan. Dia ingin menceritakan semua itu kepada ayahnya, tetapi dia takut ancaman ibunya. Lagi pula dia harus hidup berdikari dan tidak mahu bermalas-malasan, serta manja.
* * *
Pagi ahad. Liya dipaksa Sarah menaiki atap rumah yang tinggi dengan menggunakan tangga besi, untuk membetulkan piring astro yang senget. Ketika selesai membetulkan piringan itu, Sarah sengaja merebahkan tangga itu ke tanah. Akibatnya, Liya tidak dapat turun. Liya tidak tahu ibunya sengaja merebahkan tangga besi itu. Dia sangka, tangga itu rebah dengan sendirinya.
“Mak. Tulung kasi betul balik tu tangga.”
“Mama malas. Kau carilah cara sendiri macam mana mau turun.”
Sarah beredar dari situ, masuk ke dalam rumah. Liya ditinggalkan seorang diri di atas atap. Liya bimbang, bagaimana dia harus turun. Dia memandang jauh ke bawah. Ketinggian itu membuat dia takut. Untungnya, ada seorang lelaki lalu di jalan raya depan rumah. Lelaki itu melihat ada seorang gadis yang nampak tengah kebingungan di atas atap rumah. Dia merenung tangga besi itu di tanah. Dia tahu, gadis tidak dapat turun dari dari situ kerana tangga itu telah rebah. Dia memasuki halaman rumah, dan membantu menyandarkan semula tangga itu pada birai atap. Liya tersenyum. Sekarang dia sudah dapat turun kembali ke bawah.
“Terima kasih, bang…”
Lelaki berkulit kuning langsat dan berambut keriting itu tidak menjawab apa-apa. Dia hanya mengangkat sebelah tangan, sambil memberikan senyuman kepada Liya. Orang itu sebetulnya bisu. Merasa dirinya telah selesai menolong gadis itu, dia pun beredar pergi menuju ke destinasinya.
* * *
Liya duduk di pondok kecil halaman rumah, mengenang nasib diri memiliki seorang ibu yang telah berubah sikap. Dia teringat dengan tulisan di sehelai kertas kuning yang hampir koyak. Kertas itu ditemukannya di dalam sebuah kotak mini, di dalam gudang rumah. Kotak itu sebenarnya adalah milik Amanda, yang lupa disingkirkan oleh Donius yang tidak mahu ada satu pun barang-barang di dalam rumah itu yang berkaitan dengan Amanda. Kertas itu bertuliskan kata-kata penyemangat.
“Tempuhilah hujan walaupun engkau telah kehilangan payungmu...
Kerana engkau telah dipayungi oleh kekuatan yang engkau miliki saat ini…
Rawatlah kekuatan itu baik-baik, supaya kekuatan itu tetap menjadi payungmu ketika engkau mengharungi lembah yang dituruni hujan darah…
Ketika engkau ditindas dengan pedang, janganlah lawan penindasan itu dengan pedang…
Tapi rebutlah sarung pedang dari pinggang si penindas, dan berusahalah untuk menyarungkan kembali pedang itu ketika mata pedang itu mulai mengarah kepadamu…
Setidak-tidaknya engkau telah meyakinkan si penindas bahawa…
Penindasan tidak dapat menjadikan diri sebagai seorang pemenang…
Tetapi hanya mempamerkan sebuah kebodohan dalam kekejaman…”
Liya tidak tahu siapa pemilik kata-kata mutiara itu. Mungkin ayahnya, mungkin juga milik Sarah yang diyakininya sebagai ibu kandungnya saat ini. Dia tertarik dengan kata-kata itu, maka dia menyimpan kertas itu di laci lemari bilik tidurnya untuk selalu dibaca dan dihafal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience