BAB 12

Drama Completed 1821

Menggunakan kebolehan sihirnya, Sarah melakukan hipnosis terhadap pihak berkuasa dengan cara menatap mata mereka selama beberapa saat. Kesan dari pukauan itu, dia berjaya membebaskan Garry, seorang banduan yang sudah meringkuk di dalam penjara selama beberapa tahun atas jenayah-jenayah yang dia lakukan, terutama pembunuhan. Hipnosis itu berupaya membuat para pihak berkuasa takluk pada permintaan Sarah untuk meminta Garry dibebaskan dari lokap. Garry cukup dikenal sebagai penjenayah yang pemberani, dan handal menghadapi banyak musuh yang datang secara serentak untuk menyerangnya. Dia bekas ketua suatu kelompok gangster yang sudah lama dibubarkan semenjak dia dipenjarakan. Dia bersumpah, akan menegakkan kembali kelompok itu apabila dia keluar dari penjara nanti. Dan sekarang, dia akan segera menepati sumpahnya. Sarah cukup mengetahui semua itu dari cerita orang-orang yang kenal betul siapa Garry. Dia yakin, dia tidak salah pilih orang. Sebaik sahaja keluar dari lokap itu, Garry melangkah dengan cepat mendapatkan Sarah di luar. Dia menggenggam kedua-dua tangan Sarah.
“Terima kasih, sis Sarah. Lama sudah aku rindu mau keluar dari ni neraka.”
Sarah tidak begitu selesa tangannya digenggam sedemikian. Dia mengalihkan tangan Garry.
“Tidak payah pegang-pegang! Ishh.”
“Sorry, sorry."
“Macam yang aku cakap tadi. Ini semua bukan free. Kau nampak sendiri kan tadi apa aku buat. Aku sudah hipnosis tu polis-polis semua, supaya diorang ikut apa saja yang aku suruh. Aku suruh diorang kasi bebas kau dari lokap, diorang pun cepat-cepat kasi buka luas-luas tu pintu lokap untuk kau keluar. Kalau bukan aku, mustahillah kau bulih bebas sekarang. Padahal kejahatan-kejahatan kau bukan alang-alang.”
“Kau memang hebat, Sarah. Ilmu apa bah kau pakai?”
“Itu bukan urusan kau. Tidak perlulah kau tau.”
“Okey, okey.”
“Sekarang, sebagai tanda terima kasih kau sebab aku sudah kasi bebas kau, aku mau kau kerja untuk aku.”
“Apa perlu aku buat? Pukul orang?”
Sarah diam sejenak. Dia ingin mempersiapkan hati untuk mengatakan apa yang harus Garry lakukan untuknya. Dia tersenyum senget.
“Lebih dari tu!”
“Lebih dari tu? Membunuh?”
Sarah mengangguk.
Garry gementaran. Dia harus membunuh orang lagi? Dia sudah betul-betul jara lakukan itu.
“What? Ak… Aku… Aku bunuh urang? Aku kan baru saja keluar dari lokap. Tiada lainkah?"
“Tidak payahlah kau takut, Gary. Aku jamin tiada apa-apa terjadi sama kau. Asalkan kau buat apa aku suruh.”
Garry merenung ke lantai simen, mempertimbangkan kata-kata Sarah.
“Okey, aku mau.”
“Betul mau?”
Garry mengangguk. Sarah memperhatikan tegap badan Garry, otot-ototnya yang menonjol. Dia betul-betul yakin dengan kehebatan Garry. Garry menyelakkan rambut panjang dan keritingnya itu ke belakang telinga supaya tidak mengganggu pandangannya.
“Aku yakin. You can do it.”
“Siapa yang kau mau aku…”
Garry membuat isyarat mengelar leher dengan tangan, ertinya “bunuh”.
“Anak tiri aku.”
“Lelaki?”
“Dia perempuan. Nama dia Putih Liya.”
“Alamak, aku harus membunuh perempuan?”
Bisik hati Garry. Dia belum pernah menyakiti seorang perempuan. Apatah lagi membunuh. Sebelum ini pun, dia membunuh dengan alasan yang cukup. Sudah 6 orang yang dibunuhnya. Dan orang-orang itu jugalah yang telah melakukan percubaan pembunuhan terhadap dirinya terlebih dahulu. Jadi, bukan tanpa alasan.
“Tapi untuk membunuh ni budak, kau mesti kasi kuat hati kau sebelum kau bunuh dia. Sebab kenapa? Sebab aku yakin, hati kau jadi lembut selepas kau ternampak muka dia, terdengar suara dia, apalagi kalau kau tau semua tentang diri dia. Siapa saja yang nampak dia, tidak sampai hati mau kasi apa-apa dia.”
“Bulih kasi tau, macam mana ciri-ciri anak tiri kau tu?”
“Dia lawa. Memang cukup lawa. Dia putih. Bibir dia merah darah. Rambut dia hitam berkilat. Paras muka dia betul-betul serupa macam mama kandung dia. Dia… Bulih dikatakan baik hati, siapa saja dia tulung nda peduli dia kenal atau tidak sama tu urang. Tulah kenapa banyak yang suka sama dia.”
“Kalau gitu, kenapa kau sampai hati mau aku bunuh dia. Apa salah dia sama kau? Bulih cerita?"
“Ada alasan kenapa aku mau dia mati. Yang jelas, dia bawa pengaruh buruk untuk masa depan aku.”
“Kenapa kau tidak halau saja dia dari rumah kau. Kan senang."
“Bulihkah jangan banyak tanya? Kau maukah tidak, buat apa yang aku suruh ni?”
Suara Sarah yang tadinya kedengaran lembut, kini menengking.
“Okey. Aku cubalah.”
* * *
Di butik, Liya duduk di bangku meja kaunter, tepat di samping Kelly yang tengah bertugas menerima bayaran dari para pelanggan yang berbelanja di situ. Liya baru saja sampai di situ, setelah selesai menyiapkan kerja-kerja rumah sepulang dari sekolah. Dia memperlihatkan gambar kahwin wanita yang diyakininya sebagai ibu kandungnya itu kepada Kelly. Gambar itu sudah dipotongnya, sehingga tercerai dari gambar ayahnya. Dia ingin memastikan adakah Kelly mengenal ibu kandungnya atau tidak.
“Kelly, kau kenalkah siapa ni perempuan dalam gambar?”
Kelly mengambil gambar itu dari tangan Liya. Lama direnungnya.
“Ini bukan gambar si Sheila May kah ni? Macam dia pula.”
Liya kehairanan.
“Sheila May?”
“Iya. Yang pelakon drama Tagalog tu bah.”
“Kau biar betul?”
“Iya, aku ingat betul sama ni pelakon lawa ni. Watak dia pun aku ingat."
Kelly memberitahu nama sebenar pelakon itu, beserta tajuk drama yang dia maksudkan. Tanpa membuang masa, Liya mengeluarkan telefon pintar dari beg tangannya di laci meja kaunter. Dia menggoogle tajuk drama Tagalog yang dimaksud oleh Kelly. Dia mengklik bahagian gambar. Alangkah terkejutnya dia setelah mendapati salah satu dari gambar di google serupa dengan gambar yang diyakininya sebagai ibu kandungnya itu. Dia merenung jauh ke luar pintu butik. Fikirannya berjalan.
“Jadi macam mana ni gambar bulih ada dalam stor? Atau jangan-jangan, ni semua kerja si Sarah saja ni mau kasi bingung-bingung aku? Dia sengaja edit-edit ni gambar supaya aku tidak dapat jumpa mama kandung aku?”
Fikirnya.
“Aku mesti lebih hati-hati lagi sama si Sarah mulai sekarang. Macam-macam dia bulih buat asal dia dapat apa dia mau. Dasar mama tiri licik! Kita tinguklah, sampai mana kelicikan kau bertahan.”
“Liya!”
Liya tersedar dari melamun. Kelly mencuit bahunya.
“Apa?”
“Kau bulih tulung aku?”
“Tulung apa?”
Kelly mengambil dompet dari beg tangannya yang dia letak di laci meja kaunter.
“Ko tulung dulu bah beli aku burger, sana gerai depan.”
Kelly menudingkan jari telunjuk ke arah sebuah warung tepi jalan yang ada di seberang jalan, berdepan dengan butik itu. Liya melangkah dengan ayunya menuju ke warung itu. Entah angin apa yang membuat seorang pemandu kereta kembara berkali-kali membunyikan hon kereta. Bunyi hon itu sangat dekat dengan pendengaran Liya, membuat Liya terkejut. Duit kertas berjumlah RM10 milik Kelly itu terlepas dari tangannya, jatuh ke jalan raya. Duit itu dilayangkan angin sehingga membawanya lebih jauh dari Liya ketika Liya mencuba untuk mengutipnya.
“Adui duit. Jangan kau terbang bah.”
Gumamnya. Dia berlari mendapatkan semula duit itu. Tetapi belum sempat dia ambil, seorang kanak-kanak lelaki pengemis berusia dalam lingkungan 7-8 tahun, mengambil duit itu.
“Terima kasih kak…”
Ucap si kanak-kanak lelaki. Dia ketawa seolah-olah mempermainkan Liya, lantas pergi melarikan diri.
“Hoi budak. Kasi balik tu duit! Pencuri!”
Pekikan Liya sama sekali tidak dihirau. Budak lelaki itu semakin jauh berlari. Liya cemas. Dia memukul dahi berkali-kali. Apa yang harus dia lakukan untuk mendapatkan duit itu kembali?
“Adui! Habislah aku. Kalau duit aku nda apa juga. Ini duit si Kelly. Dalam dompet aku cuma tinggal RM5 saja. Macam mana aku mau ganti? Matai oku noh baino!”
Dia merungut perlahan.
“Ambil ni.”
Seseorang menghulurkan duit berwarna oren berjumlah RM20 dari arah belakang. Lama Liya merenung tangan yang terhulur itu. Liya menjangkakan, lelaki itu memakai kemeja berlengan panjang berwarna hitam. Dia menoleh untuk melihat siapa gerangan lelaki itu. Alangkah kacaknya. Dia berkulit putih, berbibir merah jambu berkilat dan berkening sedikit tebal. Senyuman manisnya terus-menerus memancing pandangan Liya.
“Ambil ni, ganti tu duit yang kena curi sama tu budak tadi.”
Liya menunduk. Sikap malu tersipu-sipu mulai menguasai diri.
“Sorry, bro. Aku tidak mau terima pemberian dari urang yang aku tidak kenal.”
“Putih Liya, ambil cepat. Itu belakang kira. Daripada kau kena marah oleh kawan kau gara-gara kasi hilang duit dia.”
Liya mengerut kening, hairan. Bagaimana lelaki itu tahu namanya?
“Macam mana kau tau nama aku?”
“Aku kenal kau. Aku selalu nampak gambar-gambar kau di Fac sama di Instagram. Lagi pun, cousin aku banyak cerita pasal kau.”
“Cousin kau?”
“Aku Lorenzo.”
Lelaki itu menghulurkan sebelah tangannya untuk menyalami Liya. Tangan yang sebelah lagi masih memegang duit itu, yang belum tersentuh oleh tangan Liya. Liya mencapai tangan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Lorenzo itu.
“Oh. Jadi kau cousin si Lioney?”
Soal Liya. Mulutnya mengukir senyuman manis. Lorenzo mengangguk, membalas senyuman Liya.
“Terima kasih.”
Dengan cepat, Liya mengambil duit itu dari tangan Lorenzo. Gaya sedikit gediknya itu membuat Lorenzo ketawa tidak bersuara.
“Aku betul-betul perlu ni duit. Terima kasih, terima kasih.”
Liya hendak segera melangkah pergi ke arah warung, tetapi Lorenzo menahan tangannya.
“Ada apa?”
“Mmm…”
Lorenzo kebingungan hendak mengatakan apa. Dia menggaruk-garuk kening.
“Mmm apa mmm?”
“Anu…”
“Oh…”
Liya memetik jari.
“Aku tau. Kau mau aku ganti balik ni duit kan? Okey tunggu aku gajilah, aku kasi kirim sama si Lioney.”
“Bukan! Bukan!”
Lorenzo melambai-lambaikan tangan iyarat “tidak”.
“Jadi?”
“Aku cuma mau tanya. Bila lagi kita bulih berjumpa?”
“Mmm… Bila ahh?
Liya menekan-nekan dagu dengan jari telunjuk, berfikir.
“Kalau ada kesempatan, kalau aku tidak sibuk, jumpalah. Okey bye…”
Dengan pantas, Liya berlari ke arah warung.
“Liya, tunggu…”
Pekik Lorenzo tidak dihiraukan.
“OMG. Aku baru mau minta number dia. Oh iya, nanti aku tinggal minta dari si Lioney sajalah.”
Dia bermonolog perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience