BAB 6

Drama Completed 1821

Seminggu telah berlalu. Belum ada apa-apa khabar menyenangkan mahupun mendukakan hati mengenai kehilangan Amanda yang terjadi secara misterius. Pihak berkuasa, bahkan detektif-detektif hebat sekalipun belum berjaya memecahkan misteri kehilangan Amanda tanpa sebab. Donius seperti orang gila. Tubuhnya ada di dunia nyata. Tetapi fikirannya seakan-akan melayang di luar angkasa, tidak menentu. Dia duduk tidak bermaya di sofa ruang tamu. Untunglah selama hilangnya Amanda, Teresia yang merawat Liya dengan penuh kasih sayang. Dia sudah menjadi seperti ibu kedua bagi Liya. Teresia yang keluar dari pintu dapur menuju ke arah ruang tamu, membawakan secawan kopi panas untuk Donius. Cawan yang diletakkan di atas meja ruang tamu itu tidak mampu menarik minat Donius.
“Saya yakin, sis Amanda baik-baik saja walaupun sekarang kita tidak tau dia di mana, bro Donius. Orang baik macam sis Amanda, saya yakin tiada yang sampai hati mau kasi apa-apa dia.”
“Macam mana kita bulih yakin sekarang ni dia selamat, sedangkan kita tidak terima apa-apa khabar pasal dia. Aku takut dia kasi tinggal aku sama si Liya buat selama-lamanya. Aku takut. Aku tidak sanggup kehilangan dia.”
“Jangan dulu fikir yang bukan-bukan.”
“Aku macam mau gila sudah ni.”
Kata Donius dengan nada sayup. Tanpa berkata apa-apa lagi, Teresia segera pergi ke dapur dengan membawa talam biru muda di tangannya. Tidak berapa lama, kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Donius menghampiri pintu rumah yang terbuka, memeriksa siapa yang datang. Harapannya besar sekiranya orang itu datang membawa apa-apa khabar mengenai isterinya. Tapi yang dia lihat keluar dari kereta proton merah tua itu adalah Benny dan Nadia, ibu dan ayahnya. Mereka sudah maklum akan apa yang sedang menimpa penghuni rumah itu. Mereka berjalan bergandingan, maju mendekati Donius yang masih berdiri di pintu.
“Mak, pak. Kenapa tidak telefon dulu kamu mau datang? Bulih juga saya suruh si Teresia masak sikit-sikit untuk kamu.”
“Tidak payahlah, kami sudah makan tadi di rumah sebelum jalan pigi sini.”
Jawab Benny. Itu baru pertama kali ibu dan ayah Donius mengunjungi rumah itu. Tidak terlintas di fikiran Donius untuk menanyakan dari mana ibu dan ayahnya tahu alamat rumah itu. Dia begitu memikirkan Amanda. Lantas Donius mempelawa mereka masuk dan duduk di sofa ruang tamu. Dia menyuruh Teresia menyiapkan minuman dan sedikit makanan untuk mereka. Perbualan pun berlangsung, diawali perbualan tentang keadaan kampung yang sudah hampir setengah tahun tidak dikunjungi Donius. Akhirnya mereka membahas soal hilangnya Amanda. Mulai terbit di dalam fikiran Donius raut wajah si lelaki tua yang bermalam di rumahnya hari itu. Pelik. Dia hilang sejurus hilangnya Amanda. Dia mencurigai lelaki tua itu. Adakah mungkin, lelaki tua itu suruhan dari seseorang atau sekelompok orang jahat untuk menculik Amanda?
“Kalaulah saya tidak terlampau baik hati bawa tu urang tua bermalam di sini hari tu, tidak juga kali si Amanda hilang. Saya yakin, mak, pak, mesti dia yang culik si Amanda. Mungkin dia tu cuma menyamar jadi urang tua, supaya niat jahat dia tercapai. Zaman sekarang ni apa-apa pun urang bulih buat. Diorang rela kasi halal segala cara, asal kan diorang dapat apa yang diorang mau.”
“Kita tidak bulih tuduh-tuduh urang sembarangan kalau kita teda bukti, Don. Mungkin tu urang memang lebih awal keluar dari ni rumah, sebelum kejadian si Amanda hilang.”
Kata Nadia.
“Bikin hairan bah, mak. Kami semua di sini rumah tiba-tiba saja serentak mengantuk tu malam. Seolah kena taruh sesuatu di dalam masakan si Amanda. Yang bikin kasi kuat kecurigaan saya, cuma dia saja yang tidak makan tu ayam masak kicap. Alasan dia, dia berpantang makan daging sama ayam. Padahal ini bukan bulan Lent.”
Nadia dan Benny bertatapan. Mungkin mereka juga sejalan dengan apa yang difikirkan anak mereka.
“Kalaulah dari awal saya curiga, saya bawa tu kuah yang kami makan tu malam pigi hospital suruh pihak hospital cek. Sama ada, ada ubat tidur atau tiada. Tapi itulah, penyesalan selalu datang terlambat.”
* * *
Keesokan harinya, Donius datang ke tempat kerja seperti biasanya. Rakan-rakan Donius tersenyum lebar melihat Donius kembali datang bekerja. Kini dia kelihatan agak sedikit bersemangat, walaupun masih berbekas rasa sedih mendalam di hatinya akan hilangnya Amanda tanpa kesan. Donius beruntung memiliki rakan kerja sekaligus sahabat seperti Johny. Selama Donius tidak datang ke pejabat, dialah yang membantu Donius menyelesaikan semua tugasan Donius yang terbengkalai. Dia menyuruh seorang cleaner perempuan untuk memanggil Johny masuk ke bilik pejabatnya itu. Johny duduk di kerusi depan meja pejabat, berdepan dengan Donius.
“Ada apa kau panggil, Don?”
“Terima kasih ahh, kau tulung kasi siap kerja aku selama aku tidak datang.”
Johny menepuk-nepuk bahu Donius.
“Kita kan friend dari bangku sekolah lagi. Dulu kau banyak tulung aku. Takkan benda kecil macam ni pun kau mau berterima kasih sama aku. Hehehe.”
Mereka berbual-bual dan bergurau senda sepuas-puasnya. Donius berbaik hati hendak mengajak Johny makan di sebuah gerai yang tidak jauh dari tempat itu. Donius mendahului Johny keluar dari pintu pejabat.
“Oppsss…”
Dia tidak sengaja berlanggar dengan seorang wanita berkaca mata hitam, berbaju seperti seorang penjawat.
“Sorry, sis.”
Katanya. Dia membantu memungut fail-fail wanita itu yang jatuh di lantai. Wanita itu tersenyum.
“Tidak apa. Oh ya, saya kerani baru di sini.”
Balas si wanita sambil membuka kaca mata yang dia pakai. Donius lantas mengenali wanita itu.
“Kaukah ni, Sarah?”
“Iya. Setelah lama kita tidak berjumpa, rupanya takdir kasi jumpa kita di sini kan, hehe. Nda sangka pula ni dunia ni sempit.”
“Di mana kau selama ni menghilang, Sarah?”
“Bukan kaukah yang sengaja menghilangkan diri dari aku semenjak kau kahwin sama dia?”
Sarah menjawab dengan sinis. Tatapan mata Donius seakan-akan tidak mampu terlepas dari atas hingga ke bahagian bawah tubuh Sarah. Sarah yang dia kenal dulu betul-betul telah berubah. Lebih menawan dari yang dahulu. Donius menyuruh Johny duluan ke gerai. Dia harus berbual-bual sebentar dengan Sarah. Johny terpaksa akur, walaupun dia merasa sedikit janggal dengan Donius dan kerani baru itu. Donius tidak henti-henti menatap mata Sarah, seperti ada sesuatu pukauan keluar dari mata perempuan itu.
“Bulihkah kita cerita-cerita dalam office?”
Ajak Donius. Sarah mengangguk, tersenyum lebar. Mereka berdua segera masuk ke dalam pejabat Donius.
“Kenapa kau menghilang, Sarah. Padahal dulu aku belum sempat lagi minta maaf sama kau sebab kasi tinggal kau macam tu saja.”
“Tidak apa, Don. Aku faham posisi kau. Oh iya. Aku turut berduka ahh pasal kehilangan si Amanda.”
Ucap Sarah sambil berwajah sedih.
“Terima kasih, Sarah.”
“Aku ada satu kawan detektif. Nama dia si Robert. Aku bulih minta tulung dia cari jejak si Amanda. Dia tu detektif hebat tu kalau kau mau tau. Banyak urang hilang dia bulih cari sampai dapat. Nanti bisuk, aku bawa dia pigi rumah kau. Kau kasi cerita saja semua pasal si Amanda sama dia. Aku jamin, dia bulih jumpa si Amanda dalam waktu singkat. Tapi… Harap-haraplah tidak terjadi apa-apa sama si Amanda sekarang ni.”
“Betul?”
“Iya. Kau bagi saja alamat rumah kau. Nanti kami datang.”
Donius tidak berkata apa-apa. Dia terus merenung wajah jelita Sarah. Perlahan-lahan dia menggapai tangan Sarah, lantas digenggam erat-erat.
“Kau makin cantik oh, Sarah. Beruntung oh lelaki yang dapat kau sekarang ni.”
Sarah tersipu-sipu.
“Biasa saja, Don. Si Amanda lagi lebih cantik dari aku.”
Johny masih menunggu sambil duduk di bangku meja gerai. Batang hidung Donius belum muncul-muncul lagi.
“Adui! Lama juga si Donius berurusan sama tu kerani baru tu. Apalah diorang buat ni.”
Gumamnya perlahan.
“Tadi bilang mau belanja aku makan. Bini dia belum terjumpa-jumpa lagi, dia sudah kemaruk mau dekat-dekat sama perempuan lain. Kau jangan macam-macam sana, Donius. Kalau si Amanda tau, habis kau.”
Seorang perempuan yang duduk di bangku meja sebelah hairan melihat ada lelaki yang bercakap-cakap seorang diri.
“Hui! Okey kah ni lelaki ni ahh?”
Fikirnya. Dia memberanikan diri untuk mendekati lelaki itu, lantas duduk di depannya.
“Hai. Kau satu kerja sama si Donius kan?”
Soal si perempuan. Johny hanya mengangguk. Dia berkerut kening, hairan.
“Kau siapa? Macam mana kau bulih kenal sama si Donius?”
“Aku Deviana.”
Sarah tidak seorang diri menjadi kerani baru di tempat kerja Donius. Dia bersama Deviana.
Agak lama Johny berdiam diri. Tapi dia tetap menggagahkan tangannya menggapai huluran tangan Deviana untuk menyalaminya.
“Saya Johny.”
Johny tertunduk malu. Dia memang tidak seberapa terbiasa berbual-bual mesra dengan perempuan, apatah lagi perempuan yang baru saja dia temui.
“Kau belum jawab pertanyaan saya tadi. Macam mana kau kenal si Donius?”
“Memanglah kenal, sebab dia tu ex aku punya bestfriend.”
“Siapa bestfriend kau tu?”
“Nama dia Sarah. Kami dua sama-sama kerani baru di tempat kamu kerja.”
“Oh. Jadi, perempuan yang tadi berlanggar badan sama si Donius tu, nama dia Sarah?”
“Iya. Kalau kau mau tau, sepatutnya dia yang jadi wife si Donius sekarang ni, bukan si Amanda. Si Amanda tu sebenarnya cuma pengganggu hubungan orang saja. Aku kenal bah siapa si Amanda.”
Sekali lagi Johny mengerutkan kening, kehairanan.
“Kau ada hubungan apa sama si Amanda? Kawan dia?”
“Dia cousin aku. Walaupun cousin, tapi benci sama dia. Dia banyak hutang sama aku.”
Seorang pelanggan lelaki tengah menutup wajahnya dengan sebuah buku majalah supaya Deviana tidak mengenalinya. Lelaki itu duduk di meja yang bersebelahan dengan meja tempat mereka duduk. Dia berpura-pura membaca majalah, tetapi dia tengah mendengar perbualan mereka. Secara kebetulan, orang itu memang dari tadi ada di situ. Dia melihat Deviana turut makan di gerai itu, maka dia menutup mukanya.
“Nda habis-habis kau kasi buruk-buruk kakak aku, kan Dev.”
Lelaki itu bermonolog. Itu Tony.
“Entah rancangan apa lagi yang kau sama si Sarah buat ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience