BAB 17

Drama Completed 1821

Jam 11:13 malam. 4 gadis bersaudara itu sudah tidur nyenyak di bilik mereka. Hanya Liya belum merasa mengantuk. Sejak tadi lagi dia duduk di bangku meja yang tersedia di bilik itu, yang dia guna sebagai meja belajarnya. Dia memuat turun aplikasi-aplikasi di telefon pintar yang Alvin berikan kepadanya itu, iaitu aplikasi-aplikasi yang sudah sedia ada di telefon pintarnya yang tertinggal di rumah ayahnya. Untung Rona memberikan kad sim kepadanya. Kad sim itu belum lagi digunakan Rona, masih baru. Setelah semuanya tersimpan di dalam telefon, dia mencuba menghantar mesej whatsapp kepada insan yang tak lekang dari fikirannya, Lorenzo.
“Hai, Lorenzo. Ini number baru aku. Aku ni, si Putih Liya.”
Beberapa saat setelah mesejnya dibluetick, Lorenzo mula menaip.
“Kenapa aku call-call kau, kau tidak jawab?”
“Sorry, Zo. Telefon aku tertinggal di rumah bapa.”
“Betulkah bapa kau halau kau?”
“Siapa bagi tau kau?”
“Si Lioney.”
“Dari mana dia tau ahh?”
“Aku pun tidak tau. Liya, ada aku mau cakap sama kau ni.”
“Apa?”
“Aku minta maaf, Liya. Aku terpaksa turuti kemahuan bapa aku.”
“Maksud kau?”
“Dia mau kasi tunang aku sama anak kawan dia minggu depan.”
Liya tercengang seketika. Hatinya hancur membaca pernyataan Lorenzo.
“Kenapa jadi begini? Kenapa kau mesti bertunang sama perempuan lain, padahal baru saja aku mulai-mulai cinta sama kau, Lorenzo. Cinta yang lebih dari sebagai sahabat.”
Liya berkeluh di hati. Air matanya mengalir. Selama ini dia sangka Lorenzo betul-betul memegang janjinya untuk tetap setia menunggu Liya sampai Liya habis belajar. Liya tidak membalas mesej itu lagi.
“Liya, tolong reply Liya. Aku tau kau kecewa. Tapi, ini bukan mau aku.”
Lorenzo terus-menerus menghantar teks-teks, merayu Liya untuk membalas mesejnya. Lorenzo menaip untuk menulis mesej seterusnya, tetapi dengan cepat Liya menyekat nombor Lorenzo, sehingga Lorenzo tidak dapat lagi berhubung dengannya. Lorenzo tidak berhenti di situ. Dia mencuba menghubungi Liya menggunakan panggilan telefon, tapi tetap diabaikan. Dia menghantar sms.
“Liya. Kenapa kau block aku?”
Kini Liya menyekat habis nombor Lorenzo supaya Lorenzo sama sekali tidak dapat lagi berhubung dengannya melalui whatsapp, panggilan telefon mahupun sms. Dia benar-benar kecewa dengan Lorenzo. Dia membaling telefonnya ke tilam. Dia mengeluar habiskan air matanya. Dia menekap seluruh wajah dengan kedua-dua tangan. 4 gadis bersaudara itu masuk, setelah mendengar suara menangis Liya di dalam bilik itu. Mereka duduk di lantai bilik, berdepan dengan Liya yang duduk di birai katil.
“Liya, kau kenapa?”
Soal Rona. Liya tidak menjawab. Tetapi tangisnya tetap kedengaran.
“Kasi cerita sama kami, Liya. Apa yang buat kau menangis? Mana tau kami bulih tulung."
“Dia mau bertunang sudah sama perempuan lain. Dia tidak dapat pegang janji dia sama aku.”
“Maksud kau, si Lorenzo?”
Soal Suzy pula. Liya mengangguk.
“Sudahlah tu, Liya. Yang penting sekarang ni, kau fokus dulu sama sekolah kau. Nanti kalau kau sudah habis sekolah, pandailah tu cinta datang sendiri sama kau. Kecewa tu lumrah. Perkara biasa. Semua manusia pernah alami."
Annylea memberi semangat, menggenggam erat sebelah tangan Liya.
“Aku tau, kak Anny. Tapi kalau dia tau bapa dia ada niat mau kasi tunang dia sama perempuan lain, sepatutnya dia tidak berjanji dia mau tunggu aku sampai aku habis sekolah. Last-last apa? Dia kasi lepas janji dia sendiri. Dia bagi harapan kosong sama aku.”
“Biasalah, manusia. Selalu berjanji, tapi tidak pandai pegang janji. Tapi kalau difikir-fikir, bukan salah dia juga. Itu semua kan kemahuan bapa dia, macam yang kau cakap tadi.”
* * *
Pagi isnin. Liya bersiap-siap untuk ke sekolah. Itu hari pertama dia bersekolah di sekolah barunya. Kereta Alvin dari tadi sudah ada di depan rumah. Dari tadi dia menunggu Liya selesai bersiap. Liya sudah siap berpakaian sekolah dengan kemas. Kini dia hanya tinggal perlu menyikat dan mengikat rambutnya. Dia berdiri, berdepan dengan cermin almari. Selesai mengurus rambut, dia mengambil beg sekolahnya yang dia letakkan di katil. Dia bingkas turun ke dapur. Sarapan sudah terhidang di atas meja makan, nasi goreng kampung dan seteko teh panas. Liya memang menggemari makanan-makanan bercita rasa kampung. 4 gadis bersaudara itu telah terlebih dahulu duduk di situ, belum menyentuh sarapan. Liya menarik bangku untuk duduk. Dia menatap mereka satu-persatu dengan senyuman mesra.
“Terima kasih ah, kamu sudah susah-susah kasi siap sarapan untuk saya.”
“Ini memang tugas kami, Liya. Kami buat ni semua dengan senang hati. Kami senang hati dapat tulung kau.”
Kata Suzan.
“Anggap saja kami ni kakak-kakak kandung kau. Kalau ada apa-apa yang perlu kau share, jangan takut-takut atau malu-malu mau share sama kami.”
Sampuk Rona pula.
“Setakat ni, saya okey-okey saja. Cuma semalam saja perasaan saya ada lain sikit.”
“Biasalah tu, Liya. Siapa yang tidak sakit hati kalau kena buat begitu, kan. Lain lagi kau sudah kena halau sama bapa kau sendiri. Tapi syukurlah, kau tidak terikat sama emosi kau. Kami suka kalau nampak kau senyum.”
“Kamu yang buat saya tetap tersenyum. Memang saya ni cuma anak tunggal saja. Tapi kan, senang betul hati saya dengar kamu semua sudi jadi kakak-kakak angkat saya.”
“Tapi inilah kami, Liya. Insan-insan yang ada kekurangan fizikal. Kami harap kau tidak malu dapat kakak-kakak angkat berbadan kerdil macam kami ni. Tubuh badan kami tidak normal macam kau, macam orang lain. Lahir-lahir saja, memang andang-andang beginilah bentuk badan kami.”
“Jangan cakap begitu, kak Rona. Saya tidak tinguk bentuk fizikal kakak-kakak semua. Tapi saya tinguk ketulusan hati kamu yang betul-betul ikhlas ambil berat dengan diri saya. Lagi pula, tiada manusia yang tiada kekurangan. Kita ni semua ada kekurangan.”
“Kami sayang sama kau, Liya. Walaupun baru kemarin kita berjumpa. Kami yakin kami berjumpa sama orang yang tepat.”
Ucap Suzy.
“Kami janji, kami tulung cari mama kandung kau.”
“Terima kasih, kakak-kakak semua.”
“Bah, cepatlah sarapan. Lama sudah si Alvin menunggu di luar. Nanti tumbuh janggut dagu dia nanti, tidak hensem lagi.”
* * *
Dalam perjalanan menuju ke sekolah baru Liya, banyak soalan yang Alvin ajukan kepada Liya. Liya menjawab dengan sejujur-jujurnya, mana yang sanggup untuk dia jawab. Tetapi, Alvin terkejut setelah Liya menyebutkan nama lengkap Lorenzo.
“Lorenzo? Jadi, lelaki yang kau maksud tu, si Lorenzo?”
“Kenapa abang terkejut dengar tu nama? Macam ada something pula bah."
“Dia tu kawan aku dari sekolah lagi.”
“Serius kau?”
“Ya. Aku tidak salah. Aku tidak tau pula dia mau bertunang sudah.”
* * *
Lorenzo memberhentikan keretanya di tempat itu. Tempat itu sunyi, hanya kedengaran suara-suara kicauan burung dan riang-riang. Dia nampak ada kereta Alvin di situ. Dia maju mendekati kereta itu, tiada Alvin di dalam.
“Mana pula si Alvin ni? Tadi dia telefon suruh aku pigi sini.”
Dia bermonolog. Bahunya ditepuk dari belakang. Dia menoleh untuk melihat.
“Kenapa kau bawa aku pigi sini kunun?”
Alvin tersengih.
“Saja mau bawa kau pigi sini, mau imbas balik kenangan masa kita sekolah dulu.”
Alvin maju beberapa langkah ke depan. Pandangan indah di depan, direnung terus. Dia membelakangi Lorenzo.
“Cuba kau tinguk tunah…”
Alvin menuding ke arah air terjun yang tidak seberapa jauh di depan mereka.
“Dulu, kita selalu mandi di situ. Sanggup kita escape sekolah gara-gara pigi situ, lepas tu kita jalan-jalan pigi melastik burung. Kau masih ingat lagi?”
Lorenzo ketawa, mengenang peristiwa zaman bangku sekolah itu.
“Ya, ya. Aku ingat.”
“Dulu kau ingat lagikah, kita sama-sama suka sama perempuan yang sama? Tapi malang, cinta kita kena reject oleh tu sumandak, hahaha…”
“Ya, aku ingat. Aku ingat betul. Aku masih ingat sama muka tu sumandak. Hahaha."
Mereka ketawa bersama, memukul bahu satu sama lain.
“Nama tu sumandak, si Agnes kan?”
“Ya. Bukan cuma dulu. Sekarang ni pun kita mencintai perempuan yang sama.”
Tawa Lorenzo terhenti, mendengar kata-kata Alvin. Wajahnya mula kelihatan marah.
“Apa maksud kau?”
“Kau cinta sama perempuan bernama Putih Liya. Aku pun ada rasa yang sama macam kau.”
“Dari mana kau kenal si Liya? Dia ada di mana sekarang ni?”
“Selepas dia kena halau oleh bapa dia, aku bawa dia tinggal di rumah aku.”
“Rumah kau yang mana satu?”
“Yang di kompleks VIP tu.”
“Okey okey. Kau bawah aku pigi sana sekarang. Aku mau jumpa dia.”
Lorenzo menarik lengan Alvin. Dia merayu untuk dibawa ke kompleks VIP itu.
“Tunggu! Aku mau tanya sama kau. Kau masih cintakah sama dia?”
Lorenzo mengangguk laju.
“Kenapa kau sanggup kasi kecewa perasaan dia kalau kau masih cinta sama dia?”
“Aku terpaksa, Vin…”
“Sebab kemahuan bapa kau? Kenapa kau tidak berani bantah? Kau ada hak bah sama siapa kau mau bertunang. Kau bukan budak-budak lagi.”
“Aku terpaksa. Sekarang ni bapa aku sakit. Semenjak akhir-akhir ni, pelik-pelik semua percakapan dia. Seolah-olah dia sudah bulih jangka hidup dia macam tidak lama lagi. Dia cakap, sebelum dia jalan, dia mau tinguk aku bertukar cincin kahwin sama si Vivian.”
Alvin menepuk-nepuk bahu Lorenzo.
“Kalau gitu, kau mesti kasi rela aku ganti tempat kau untuk si Putih Liya. Macam mana?”
Lorenzo menatap mata Alvin, lama. Dia tidak tahu harus menjawab apa. Tetapi dia tidak membohongi hatinya. Dia mencintai Putih Liya. Dia tidak mahu kehilangan gadis remaja itu.
“Aku jujur. Aku tidak rela kau ambil dia.”
“Aku janji. Aku tidak akan buat dia kecewa macam apa yang sekarang kau buat sama dia. Aku ni bukan lelaki macam kau!”
“Tapi tulung. Kasi izin aku jumpa dia.”
“Untuk sementara ni, bagus janganlah dulu kau jumpa dia. Dia masih belum lupa lagi apa yang terakhir kali kau teks sama dia. Dia betul-betul sakit hati sama kau.”
Sekali lagi Alvin menepuk-nepuk bahu Lorenzo sebelum dia beredar pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience