BAB 15

Drama Completed 1821

Jam sudah menunjukkan pukul 1: 21 pagi. Mereka masih dalam perjalanan menuju ke destinasi. Liya masih sedikit berasa was-was dengan Alvin. Tadi, dia harus ikut Garry, sekarang dia harus ikut Alvin pula. Liya sendiri tidak tahu dia mahu dibawa ke mana oleh lelaki berkulit putih dan bermata sedikit sepet, tetapi berhidung mancung itu.
“Alvin, kita mau pigi mana bah ni sebenarnya? Kau mau bawa aku pigi mana? Bukan cousin kau tadi cuma minta tulung kau bayar tu rumah sewa sajakah? Kenapa perlu cari tempat tinggal lain kalau sudah ada rumah sewa yang murah sikit?”
“Macam yang aku cakap tadi, aku mau bawa kau tinggal di satu tempat. Sebab rumah sewa tadi tidak sesuai untuk kau tinggal. Aku yakin, kalau kau tinggal di tempat yang aku maksud ni, mama tiri kau langsung tidak dapat cari kau lagi lepas ni.”
“Tapi, takut menyusahkan kau pula. Kalau parent kau tau macam mana?”
“Jangan kau susah, parent aku okey saja. Lagi pula diorang sudah ada tempat tinggal sendiri. Ni tempat yang aku mau bawa kau ni kira VIP punya kawasan, sebab orang-orang tertentu saja bulih masuk sana. Sama ni tempat tidak berapa terkenal. Jadi aku jamin, mama tiri kau langsung belum tau pasal ni tempat.”
“Siapa punya tempat?”
“My daddy. Dalam tu kompleks ada enam buah rumah. Satu sudah ada pembeli, tapi belum kena tinggal lagi sampai sekarang. Satu lagi daddy aku kasi hadiah untuk aku. Daddy aku bilang, tu rumah khusus untuk aku sama calon isteri aku nanti.”
“Wow, anak urang kaya pula ni tanak wagu ni.”
Kata Liya di dalam hati.
“Wow, sayang betul daddy kau sama kau ahh. Tapi, Alvin. Tetap juga aku takut.
“Takut kenapa?”
”Kalau kau mau tau, mama tiri tu ada aplikasi magic, Alvin. Dia bulih tau di mana saja aku pigi melalui tu aplikasi.”
Alvin tertawa.
“Lucu kau ni, Liya.”
“Apa yang lucu?”
“Aplikasi yang guna GPS saja pun kau bilang magic?”
“Ini bukan aplikasi biasa, Alvin. Ni aplikasi betul-betul ada magic.””
“Okey okey, hahaha…”
Alvin semakin terbahak-bahak ketawa. Dia sama sekali belum mengetahui tentang satu aplikasi android yang diprogram dengan kekuatan sihir para bomoh muda di Thailand. Sangkaannya, aplikasi yang Liya maksudkan hanya sekadar aplikasi canggih biasa.
“Kuat juga daya imaginasi kau ni ahh… Bulih sudah mengarang novel sama skrip movie.”
“Kalau nda percaya, sudah!”
Liya memuncungkan bibir, kecewa kata-katanya dianggap lelucon.
“Okey, okey. Aku percaya. Hahaha…”
“Kalau percaya janganlah bah lagi ketawa.”
“Okey, aku stop ketawa.”
Alvin berusaha menyembunyikan tawanya, tetapi dia langsung tidak dapat menghentikan senyumnya. Dia betul-betul terhibur dengan cerita Liya mengenai aplikasi itu.
“Apa nama tu aplikasi magic?”
“Mirror Mirror On The Wall. Tu aplikasi tiada dalam playstore.”
Liya mula merasakan matanya kian berat. Dia lantas tertidur. Kepalanya tersandar pada pintu kereta Alvin. Alvin tidak mahu melepaskan peluang terindah itu. Dia terus mengamati wajah gadis cantik itu ketika sedang tertidur. Sekejap-sekejap dia akan melirik memandangi Liya, tetapi tetap fokus dengan pemanduannya. Dia senyum kecil.
“Makin nampak cantik kalau dia tidur. Lelaki beruntung manalah yang dapat jadi boyfriend dia ni.”
Monolognya perlahan.
* * *
Setelah lama berjalan, akhirnya mereka tiba tepat di depan sebuah rumah yang mewah. Mereka berdua berdiri di depan rumah itu. Liya tak henti-henti tersenyum kagum. Jejaka yang baru berusia 19 tahun itu sudah memiliki rumah sendiri semewah itu? Hadiah dari sang ayah pula.
“Jadi, kita tinggal di sinilah?”
“Tidak. Aku tidak. Tapi kau saturang saja tinggal di sini.”
“Ala, kenapa? Ini kan rumah kau.”
“Ya, tapi tidak baik kalau lelaki sama perempuan yang tiada ikatan apa-apa tinggal sama-sama.”
“Waw. Bukan cuma hensom, tapi baik. Jarang-jarang ada lelaki berfikiran murni macam ni. Si Lorenzo pun belum tentu lagi ada fikiran macam dia ni. Oh, Lorenzo… Apalah kau buat sekarang ni. Aku rindu sama kau.”
Bisik hati Liya. Dia teringat Lorenzo seiring dia mengagumi lelaki di sebelahnya.
“Jadi, takkan aku tinggal saturang-saturang?”
“Nanti aku hantar 4 sumandak kasi kawan kau di sini.”
Alvin menemani Liya memeriksa seluruh isi rumah. Dari bawah sampai ke tingkat atas, semua perabot dan perkakas-perkakas rumah tersusun dengan kemas. Liya mampu menilai perbezaan rumah itu dengan rumah ayahnya. Rumah itu jauh lebih megah. Walaupun kata Alvin dia jarang sekali ke situ, rumah itu tetap terjaga dengan baik kekemasan dan kerapiannya, kerana hampir setiap hari 4 orang gadis yang dimaksudkan oleh Alvin tadi mendatangi dan memeriksa rumah itu. 4 orang gadis adik-beradik itu itu adalah sepupu Alvin. Mereka sudah kehilangan kedua orang tua, dan dari kecil dibesarkan di sebuah rumah anak yatim piatu. Alvin mengajak Liya duduk sebentar di sofa ruang tamu di tingkat bawah, selepas Liya berasa puas memeriksa seluruh isi rumah.
“Bisuk, biar aku urus perpindahan sekolah kau, Liya.”
“Terima kasih, Alvin. Aku tidak tau apa jadi sama aku di sana luar kalau kau tidak bawa aku pigi sini.”
“Aku tidak taulah sama ada pertemuan kita ni sudah diatur atau sekadar kebetulan. Tapi dari pertemuan kita ni, hati aku terasa lain dari yang aku rasa sebelum ni.”
“Mungkin baru pertama kali kau jumpa orang malang macam aku ni. Tulah kenapa kau rasa lain dari yang lain.”
Ucap Liya, menyedari nasib diri. Habis berbual-bual dan saling memperkenalkan diri dengan lebih panjang lebar, Alvin mengajak pula Liya ke tingkat atas. Dia menunjukkan mana satu bilik tidur Liya, seraya memberikan kunci bilik itu kepada Liya. Liya kembali ke kereta Alvin untuk mengambil beg pakaian dan beg sekolahnya. Buku-buku pelajaran, alat tulis, surat beranak dan beberapa dokumen penting lain, telah dia masukkan ke dalam beg sekolah itu. Buku-buku dan pakaian-pakaian termasuk pakaian sekolah, hanya itulah pemberian dari ayahnya yang sudi dia bawa pergi. Barang-barang lain yang diberikan ayahnya, sengaja dia tinggalkan di rumah. Bahkan telefon pintar pun tidak dibawa serta.
“Kau tiada telefon?”
Soal Alvin. Dia seolah-olah sudah tahu Liya ketinggalan telefon di rumah ayahnya. Waktu Alvin menyoalkan itu, Liya tengah mengeluarkan pakaian-pakaiannya dari beg untuk dimasukkan ke dalam almari pakaian yang ada di bilik itu.
“Tiada…”
Alvin melangkah maju mendekati almari pakaian. Dia membuka laci almari, dan mengeluarkan sebuah kotak telefon pintar berjenama Oppo. Kotak itu dia unjukkan kepada Liya, lantas digapai oleh Liya.
“Ini telefon siapa?”
“Itu hadiah dari mami time birthday aku. Tapi sekarang aku sudah jadi milik kau. Ambillah.”
“Kenapa kau bagi aku? Ini kan hadiah dari mami kau. Nanti kecil pula hati dia kalau dia tau hadiah dari dia kau bagi urang.”
“Tidak apa. Banyak sudah telefon yang mami bagi. Banyak sudah hadiah yang aku dapat dari mami. Tapi yang lain aku simpan di rumah yang aku tinggal sekarang. Daripada kumpul-kumpul semua tu kasi banyak, bagus bagi sama orang yang perlu, kan.”
“Sekali lagi terima kasih, Alvin.”
“Sekarang, kau rehat-rehatlah dulu. Kasi rileks badan sama fikiran kau. Aku yakin, kau masih belum dapat kasi lupa lagi pasal kejadian tadi. Ni komplesk sudah ada dua urang security jaga. Perlengkapan keamanan pun banyak. Jadi, kau cuma perlu tidur dengan nyenyak saja ni malam. Tidak payah dulu fikir banyak hal.”
Liya hanya mampu membalas kebaikan Alvin dengan senyuman. Ingin sekali lagi dia mengucapkan terima kasih, tetapi dia takut sekiranya ucapan terima kasih terlalu banyak hanya akan membuat Alvin tidak sedap hati. Alvin meminta diri pulang ke rumah ayah dan ibunya. Tadi, sewaktu Liya keluar untuk mengambil beg-beg di kereta, dia sempat menghantar mesej whatsapp kepada ayahnya bahawa dia membawa seorang gadis tinggal di rumah itu. Ayah dan ibunya setuju. Bahkan sang ayah memperingatkannya agar tidak berbuat sesuatu yang tidak elok kepada gadis itu. Aktiviti memasukkan pakaian-pakaian ke dalam almari dan menyimpan dokumen-dokumen penting di dalam laci pun selesai. Liya berasa puas hati, lantas membaringkan diri di katil bertilam empuk. Bilik itu luas, memiliki satu bilik mandi dan tandas. Perabot-perabot dan barang-barangan lain di bilik itu juga lengkap semuanya. Liya mulai tertidur nyenyak. Tanpa menghidupkan penghawa dingin pun, suasana bilik itu sudah cukup terasa sejuk. Liya menutupi seluruh badan dari bawah hingga ke atas kepala dengan selimut tebal.
* * *
Jam dinding bilik bulat berwarna oren, bertemakan bunga tulip menunjukkan pukul 8:20 pagi. Liya terbangun, menggeliat. Dia duduk di birai katil. Dia terhidu aroma masakan yang enak. Dia jadi lapar. Dia hendak langsung menyiapkan sarapan di dapur, di tingkat bawah rumah itu. Itu adalah pagi sabtu. Dia akan bersekolah di sekolah barunya nanti mulai hari isnin ini. Dia berlari menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah, dan langsung ke dapur. Empat orang gadis tengah buat kerja di dapur, diiringi suara canda tawa mereka. Yang seorang memasak sarapan. Yang seorang merebus telur di sebelah gadis yang tengah memasak sarapan. Yang seorang tengah mengelap meja makan. Dan yang seorang lagi tengah merakam aktiviti tiga gadis lainnya menggunakan perakam video telefon pintar. Liya tersenyum. Baru pertama kali dia melihat gadis-gadis yang bertubuh tidak biasa. Keempat gadis adik-beradik itu bertubuh kerdil, hanya setinggi paras pinggang Liya. Kerana bertubuh pendek, dua gadis yang tengah memasak dan merebus itu berdiri di atas bangku meja makan untuk memudahkan kerja mereka. Gadis yang tengah mengelap meja itu pun menggunakan bangku meja makan untuk terus melakukan kerja mengelap, yang dipindah-pindahkan dari satu tempat ke tempat lain di sekitar meja itu, supaya tangannya dapat menyentuh permukaan meja.
“Aik, Princess Putih Liya sudah bangun.”
Ucap si gadis yang tengah mengelap meja makan, menyedari Liya tengah berdiri di pintu memperhatikan mereka. Serentak ketiga-tiga gadis lainnya menghentikan sejenak aktiviti masing-masing. Mereka seiringan memalingkan pandangan ke arah Liya.
“Selamat pagi, Liya…”
Ucap mereka serentak. Satu persatu memberikan senyum manis kepada Liya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience