BAB 11

Romance Completed 6471

“Abang…”

“Hmm..?”

“Boleh Hani tanya sikit…?” Adib memandang isterinya yang sedang mengemas pakaian dalam almari. Dia lambat-lambat mengangguk.

“Err..abang kahwin dengan Hani sebab abang memang sayang Hani…ke?” soal Hani, ragu-ragu. Adib mengeluh. Ni semua gara-gara emaknya la ni. Adib meletak majalah yang sedang dibaca.

“Kenapa tanya macam tu? Tak cukup ke dengan apa yang kita lalui beberapa hari ni..? Hani nak abang bukti macam mana lagi..?” ujarnya, memandang Hani yang serba salah.

“Bukan sebab orang cakap abang gay..and..bukan sebab mak paksa…? So kebetulan abang kenal Hani, jadi Hanilah pilihan abang untuk hentikan tanggapan mak dan orang luar tentang abang..?” soalnya berani.

Sejak selepas sarapan tadi macam-macam ada di fikirannya. Adib tersentak. Dah agak dah. Hani bukan budak bodoh. Adib menelan liur. Asalnya memang begitu. Dia serabut bila emak asyik menyumbat telinganya dengan perkataan kahwin. Lepas tu dikait-kait dengan gay segala bagai. Emak tidak faham soal jodoh tu bukan didalam kuasanya. Sampai emak beri kata dua, cari menantu dalam masa terdekat, atau biar mak yang carikan. Kalau biar mak yang carikan, tak ada peluag langsung nak membantah sama ada suka atau tak! Dan kebetulan dia kenal Hani bila Juma beberapa kali membawa gadis itu pulang. Dari situ, dia mula merencana.

“Abang…?” Hani menyapa. Adib tersentak. Sedar soalan si isteri masih belum berjawab.

“Err…jangan fikir yang bukan-bukan. Abaikan saja apa yang Hani dengar tadi. Hakikatnya memang la, orang luar, dengan mak sekali fikir abang ni lelaki tak normal. Lepas tu dah nak jadi bujang terlebih, tapi tak ada kaitan dengan apa yang Hani fikir. Abang…abang memang suka dan sayang Hani..” Adib berdehem seketika. Hani diam. Walau dalam hati kurang percaya, tapi dia tetap kena percaya jugak.

Ketukan di pintu kedengaran. Kuat bukan main. Takkan emak yang ketuk begitu. Adib yang melihat Hani sibuk, lantas membukakan pintu.

“Hai, abang sepupu. Amboi…waktu macam ni pun duduk kat bilik ke bang..” Hani yang mendengar suara Juma berpaling. Adib tersengih. Hani senyum malu.

“Boleh aku masuk bilik ni tak bang?” Juma meminta izin.

Adib menggeleng.

“No..no..no..bilik ni, hanya abang dan Hani saja..orang lain, sorry..” Adib menjawab. Hani memandang. Suka dengan cara Adib. Dia tergelak melihat Juma mencebik. Juma duduk di rumah sebelah saja, bila-bila masa dia boleh muncul.

“Linn..jomla turun bawah jap, aku boring kat rumah. Tu datang sini nak ganggu kau..”Juma memanggil. Adib memandang Hani yang sudah mendekat. Linn?? Dia senyum. Baru perasan akan sesuatu. Hanya Juma yang memanggilnya Linn. Bunyi sedap pulak. Tiba-tiba Adib dapat idea.

“Boleh kalau kau nak bawak isteri abang turun bawah, tapi dengan satu syarat..” Adib menaik-naikkan kening. Juma memuncung. Kedekut. Macam la aku nak culik bini dia yang manis ni..

“Hanya aku yang boleh panggil dia Linn, kau tukar panggil dia Hani..” Juma dan Hani membulatkan mata. Apa punya syarat ni..

“Linn…bukan ringkasan untuk Harlinna..tapi darling..so, aku je yang berhak!” Adib bersuara. Hani mula terasa mukanya memerah. Hatinya berdebar, berbunga-bunga. Suka dengan apa yang Adib sebutkan. Darling…? Linn… hmmm…just nice!

“Sewel la kau bang. Ikut suka hati kaulah.. Linn..err…Hani, jomla..turun.” Juma menarik tangan Hani. Hani mengikut. Namun bila lalu di depan Adib, sempat lelaki itu melurut lembut rambutnya. Juma buat muka, riaksi mahu termuntah-muntah warna pelangi. Adib sekadar mengenyitkan mata.

“Itula..kahwin lambat lagi sampai mak long bising. Siapa yang rugi. Sekarang dah dapat bini terus jadi tak betul..” omel Juma perlahan. Hani yang mendengar hanya mampu ketawa.

“Kau happy Linn?” soal Juma bila mereka sudah berada di ruang tamu bawah, keluar menuju taman.

Hani angguk. Dia bahagia dengan Adib.

“Eh..bukan patut kau panggil Hani ke..” usik Hani.

“Ah..tak kuasa aku..pak cik tu sewel..depan dia aku panggil la Hani. Saja main ikut rentak dia kan. Tak ada dia, aku bantai Linn la. Lagipun aku suka panggil Linn..dah biasa..”

“Hahah..aku pun suka kau panggil Linn..dah terbiasa kan..” jawab Hani. Sebelum berbual-bual di taman mini milik ibu mertuanya, dia ke dapur terlebih dahulu untuk membancuh air dan mengambil biskut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience