BAB 8

Romance Completed 6471

Hani mencari-cari kelibat manusia yang telah beberapa jam menjadi suaminya. Majlis akad nikah yang diadakan di rumahnya itu tadi berjalan lancar. Keluarga Adib terutama ayah dan ibunya menerimanya dengan baik setakat saat ini. Ketika majlis pertunangan dulu pun, Hani sudah dapat melihat ibu mertuanya itu seolah-olah sangat menyayanginya. Alhamdulillah.

Hani ternampak suaminya berada bersama-sama abangnya dan ayah di beranda depan. Saudara mara yang datang ketika akad nikah tadi sudah beransur pulang. Tinggal kakak sulungnya saja yang sedang membantu emak mengemas ruang dapur yang dipenuhi pinggan mangkuk yang tidak bercuci lagi. Hani beralih ke dapur. Membancuh air. Setelah siap, dia kembali ke ruang depan dan menghidangkannya untuk lelaki-lelaki handsome dalam hidupnya itu. Adib sempat menjelingnya dengan ekor mata. Namun dia cuma buat tidak tau. Sepanjang perkenalan dalam tempoh pertunangan, dia tau Adib memang seorang yang baik. Mudah-mudahan pilihannya tidak salah.

“Thanks dear..” kedengaran ucapan lembut meniti dari bibir salah seorang lelaki di situ. Siapa lagi kalau bukan Adib. Dia sekadar mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience