BAB 31

Romance Completed 6471

Adib termenung lama. Matanya terarah ke sebuah kedai pakaian yang menjual pakaian dan kelengkapan ibu-ibu mengandung dan bayi. Hatinya kacau. Sering teringatkan Hani yang sudah hampir lima hari di kampung. Masih tiada tanda-tanda mahu pulang. Hani pasti sudah sihat sepenuhnya sekarang.

Adib meneguk air yang masih berbaki. Dari dalam restoran makanan segera itu jelas boleh nampak orang lalu lalang. Seketika, pandangannya pegun bila ternampak seseorang. Diana! Hatinya yang kacau berdegup kencang. Sudah agak lama tidak bertemu Diana. Diana sungguh-sungguh menyepi dan menghindar darinya. Kaki Adib atur ke luar. Mengejar langkah Diana yang keseorangan sambil membimbit plastik, shopping barangkali.

“Yana..”

Diana berpaling. Langkah terhenti, hati bergetar. Lelaki yang dia amat sayangi sedang berdiri di hadapannya. Tapi menyedari hakikat, dia kembali mengatur langkah.

“Yana..tunggu..” Adib melaung lagi. Diana tiada pilihan. Dia menoleh, dan menanti Adib mendekat.

“Dia kat kampung. Balik cuti..ermm..baru lepas keguguran sebulan lepas.”jelas Adib sambil memandang Diana. Wanita itu diam. Pandangannya diatur keluar kedai kek itu. Kek coklat didepannya langsung tiak disntuh.

“Yana..”

“Yana tak rasa kita ada urusan apa-apa lagi bang..”

Diana bersuara setelah lama diam. Adib membulatkan mata. Apa kena dengan Diana dan Hani? Kata cinta, tapi senang saja beralah antara satu sama lain. Tidak adakah langsung rasa ingin mempertahankan hak? Eh.. Hani saja yang ada hak itu sekarang, bukan Diana. Adib meraup wajah. Dia mencintai Diana. Dia menyayangi Hani. Tapi dia harus pilih satu antara dua. Diana, yang mampu buat hatinya libang libu dan tidak keruan bila dekat atau jauh. Hani, yang selalu buat dia rasa selesa dan tenang setiap kali memandang.

“Kalau abang sanggup lepaskan Hani, Yana sanggup hidup dengan abang..?”

Diana mendongak. Dia terkejut. Soalan yang sukar dijawab. Menjawab tidak, maknanya menipu diri sendiri dan melepaskan peluang yang terbuka. Menjawab ye, dia tidak sampai hati bila terbayangkan wajah Hani yang tenang berhadapan dengannya.

“Yana..?”

“Hani….”

“Bukan soal dia sekarang ni..”

“Abang tak faham…”

“Then buat abang faham…”

Adib mengeluh bila Diana diam lagi. Wajah jernih dan memikat itu direnung dalam. Perlahan, tangannya mencapai tangan Diana. Tanpa sedar. Saat itu hatinya hanya mahukan Diana, sehingga dia terlupa langsung pada wajah si manis yang setia dengannya. Dia memang tidak mampu lupakan cintanya pada Diana!!! Itu hakikatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience