BAB 18

Romance Completed 6471

Perjalanan mereka ditemani sepi. Tidak banyak yang dibualkan. Hanya sesekali bila berhenti makan, ada bicara antara mereka. Menjelang petang, mereka tiba di halaman rumah keluarga Hani. Lusa perkahwinan abangnya, akan diadakan.

“Pengantin tak berapa nak baru dah sampai pun…” suara kakak sulungnya kedengaran ketika menyambut kepulangan mereka. Hani memeluk kakaknya, ada airmata terasa mahu keluar bila mendengar perkataan dari kakak sulungnya itu. Selepas itu dia berlari mencari umi dan ayahnya. Sudah terlalu rindu. Adib hanya memerhati..

“Dah lama tak balik, macam tulah jadinya.. Hah, Adib, naiklah.. Umi dengan ayah ada kat belakang..” Adib hanya menganggguk lantas berlalu.

“Muka abang, berseri-seri..umi bagi mandi air bunga ke..? hahaha.” Dari jauh kedengaran suara Hani mengusik abangnya. Adib tersenyum. Isterinya hanya ada tiga beradik. Dan dia tahu mereka punya hubungan yang sangat rapat.

“Memang dari dulu berseri-serilah. Adik je yang tak perasan sebab kat mata tu hanya nampak cik abang sayang…”balas abangnya, Hazlan. Adib yang mendengar terasa jiwanya sakit. Kesian Hani. Kenapalah dia tidak berusaha lebih kuat untuk mencintai isterinya itu.? Isteri yang cukup segalanya. Kenapa dia jatuh cinta dengan Diana? Apa kerana Diana lebih cantik, berkulit cerah, bermata galak yang sering buat dia terkelu..?

Adib melangkah turun ke halaman di mana ayah dan abang iparnya sedang mahu memasang khemah. Dengan senang hati dia membantu sehingga kerja selesai. Dia sedar Hani selalu mencuri pandang wajahnya ketika dia leka membuat kerja.

“Abang…nah..air.” seorang wanita tersenyum manis menghulurkannnya segelas air ketika dia duduk merehatkan diri dalam khemah yang sudah siap dipasang. Dia bangun, siapa lagi orang yang selalu saja menghulurkannya air kalau bukan Hani Harlinna. Dia menerimanya dengan ucapan terima kasih. Sempat pula bibirnya mendarat di dahi Hani tanpa sedar. Dia hanya tersedar dia terlepas laku bila mendengar sorakan kuat dari abang iparnya. Dia tersenyum, menyembunyikan rasa segan apatah lagi melihat ayah mertuanya sedang tersenyum-senyum ke arahnya.

Hani buat-buat tidak tahu, malah selamba saja menghulurkan segelas air untuk ayah dan abangnya serta beberapa orang sepupunya yang ada di situ. Setelah itu dia berlalu. Tindakan Adib tadi membuat hatinya berkocak kuat..

“Untungla… laki sayang…baguslah macam tu, jangan jadi macam kak long, ada laki tapi macam tak ada..” kak longnya, Haslinda bersuara ketika mereka berada di dapur.

Ah, kak long pun nampak jugak? Hani pandang kaklongnya. Sudah dia tahu, perkahwinan kak long dan abang Hisyam tidak pernah bahagia. Perkahwinan atas aturan keluarga, dan abang Hisyam pula mungkin tidak pernah sayang apa lagi cintakan kak long. Sudah bertahun mereka menajdi suami isteri tapi abang Hisyam macam ada dalam tiada. Tidak pernah cuba bermesra dengan keluarganya. Tapi dalam tak sayang pun, sempat juga keluar Faiz dan Faqif kat dunia ni..hmm..lelaki..tak cinta, tapi…

Hani mengeluh kecil. Mungkin dia bernasib baik sedikit dari kak long. Kerana Adib melayannya dengan baik sejak kahwin, cuma lelaki itu akhirnya mengakui cinta itu bukan untuknya. Tapi Adib tidak pernah menyakitinya sebagaimana abang Hisyam yang selalu menyakiti kak long.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience