BAB 19

Romance Completed 6471

Hani mengemas-ngemas katilnya. Mata terasa sudah mengantuk. Penatnya sejak semalam badannya dikerah membuat kerja. Akhirnya selesai juga majlis abangnya. Tapi esok pasti ada lagi kerja yang menanti. Terasa lega bila badan menyentuh tilam yang empuk. Matanya dipejam. Bila keriuk pintu kedengaran, dia pantas membuka mata. Dia kembali bangkit. Baru sedar tujuannya tadi mahu mandi terlebih dahulu barulah tidur.

“Nak ke mana? Tidurlah..” soal Adib.

“Nak mandi..tak selesa nak tidur macam ni..”

“Malam-malam ni? Tak elok Linn…”

“Badan Linn melekit…tadi buat kerja kat dapur, dah bau macam-macam dah..” balasnya, tanpa menanti terus menapak keluar ke bilik air.

Adib merebahkan tubuh ke atas tilam. Penat. Dia memejam mata, meletakkan tangan di dahi. Baru saja nak terlelap, hidungnya menghidu bau wangi yang memang dia sudah kenal. Bau wangi Hani setiap kali selepas mandi. Lantas matanya dibuka.

Ah. Dia dihidangkan lagi dengan pemandangan paling indah yang menyesakkan dada itu. Sudah kerap kali dia menyabarkan hati yang sering bergelora bila melihat pemandangan itu. Dia menelan liur. Perlahan dia bangun, duduk tercongok di atas katil, memerhati Hani yang dibaluti kain batik dari separas dada ke betis, tapi dadanya ditutup degan tuala, seperti biasa. Tidaklah seseksi mana tapi dia mampu membayangkan lebih dari itu kerana Hani pernah jadi miliknya selama ini.

Dia cuba berlagak selamba dengan kembali merebahkan badan dan membaca surat khabar siang tadi. Tapi tatkala dia terpandang Hani yang berbaju tidur separas lutut yang lembut mengikut bentuk badan itu di meja solek, leka menyisir rambut basahnya dengan tangan, dia sudah tidak mampu berlagak selamba lagi. Hani kemudiannya dia dekati, tanpa kata dia menarik tangan Hani, meminta Hani berdiri. Wangi losyen dari tubuh Hani, dan wangi dari rambut basah Hani, buat dia makin tenggelam. Tanpa kata, dia menarik Hani rapat dalam pelukannya. Keinginannya bergelora bila dirasakan Hani hanya membiarkan. Malah membalas pelukannya, erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience