BAB 29

Romance Completed 6471

“Kandungan isteri encik dalam keadaan bahaya. Isteri encik mungkin mengalami depression yang agak teruk. Hal ini boleh menjejaskan baby dalam kandungan. Kami perlu menahan dia untuk pantauan lebih teliti. Mungkin sampai esok..”

“Maksud doktor?”

“Pada peringkat awal kehamilan begini, emosi ibu memainkan peranan penting. Pastikan dia tidak tertekan dengan sebarang masalah. Untuk kes ni, saya akan berikan bebrapa vitamin untuk isteri encik, pastikan pengambilannya mengikut apa yang ditetapkan. Yang paling penting, pastikan emosi dia stabil dan tidak terlalu terganggu.” Doktor awal 40an itu tersenyum dan berlalu. Adib menelan liur. Hani tertekan? Dulu pun Hani pernah pengsan. Pasti kerana terlalu memikirkan soal rumah tangga mereka.. Adib meraup wajah. Betapa banyak kesalahan yang dia lakukan.

Dia menapak menuju ke wad yang menempatkan Hani. Wajah isterinya dipandang. Hani sedang tersenyum menyambutnya.

“Abang…nak balik…”

“Hish…esok baru boleh balik…sabarlah.. Malam ni abang temankan kat sini..” ujarnya sambil menarik kerusi. Tangannya menyentuh perut Hani yang masih tidak menampakkan bentuk.

“Ada rasa sakit lagi tak?”

“Sikit…”

“Dahlah..tidurlah. Doktor kata Linn kena rehat..” dia menarik selimut hingga ke paras dada Hani. Hani merenungnya. Ada air mata bertakung di kelopak mata itu. Adib terpana. Hatinya berdebar.

Hani mencapai tangannya dan meletakkan di dadanya.

“Abang…kalaulah ada cinta tu untuk Linn….”

“Syyyh..jangan cakap lagi darling. You were so tired.. tidur, okay..” dia mengucup dahi Hani.

“Linn sayang abang..” sempat Hani berkata begitu sebelum matanya di pejam. Adib menelan liur yang teasa kelat. Rasa kasih dan simpati bercampur-campur. Wahai hati, tolonglah mencintai..hanya dia yang berhak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience