BAB 36

Romance Completed 6471

Hani melemparkan pandangan ke arah sungai yang terbentang luas. Sebuah kayak yang dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang wanita menarik perhatiannya. Hatinya sayu tiba-tiba. Alangkah indah jika itu adalah dia dan Adib. Hani mengesat air mata. Dia lantas kembali memandang wajah Adib. Wajah yang nampak resah.

“Abang carilah orang lain bang.. atau pun abang berusahalah untuk pujuk hati keluarga Diana tu supaya diorang terima abang..dan abang kahwinlah dengan dia. Dia sajakan yang abang cinta..”

“Abang mintak maaf. Abang masih boleh terima keadaan abang dengan Diana..tapi abang tak tahu kenapa rumah abang rasa sunyi bila tak ada Linn..” Hani merenung wajah Adib. Merenung bibirnya yang sedang berbicara.

“Nanti bila Diana dah duduk rumah tu rasa sunyi tu mesti hilang.”

“Abang hanya nampak Linn..dekat dapur..dekat ruang tamu..dekat bilik….”

“Abang…”

“Kehilangan Diana tak terasa berbanding kehilangan Linn..”

“Ye? Dulu kehadiran Diana menghilangkan bayangan Linn..”

“Linn…”

“Abang..sudahlah.. Linn tak faham apa yang abang nak. Abang sayang Linn, tapi dalam masa sama abang boleh relakan diri jatuh cinta dengan orang lain. Bila abang lepaskan Linn, abang jadi macam ni pula. Kenapa? oh..sebab sekarang Diana pun tak nak kahwin dengan abang sebab family dia halang..kan, so, abang datang cari Linn balik..”

“Linn..bukan..bukan macam tu..”

“So..? Serious, Linn tak faham apa yang lelaki nak dalam hidup diorang..”

Hani berkata, sinis. Adib diam. Hani yang lembut telah jadi Hani yang sinis! Adib akui, itu salahnya, semua salahnya. Dia yang bodoh, ikutkan perasaan sampaikan talak itu boleh terlafaz! Sekarang, dia benar-benar rasa kosong. Sekarang baru dia rasa, antara Diana dan Hani Harlinna, dia lebih memerlukan Hani Harlinna itu..

“Abang memang perlukan Linn..lebih dari abang perlukan orang lain..” dia memberanikan diri merenung Hani. Hani mendengus. Dulu mungkin dia bahagia andai Adib mengucapkan perkataan ni.

“Katakan la bila tiba-tiba masalah abang dengan Diana selesai, family dia tiba-tiba bagi restu, mesti masa tu abang akan tinggalkan Linn untuk Diana lagi.. Hmm..Macam yang Linn cakap, antara cinta dan sayang, sayang takkan menang..”

“Abang cintakan Linn..bukan Diana. Abang silap..”

Hani mendongak memandang wajah bekas suaminya. Dia menelan liur. Benarkah??? Cinta? Terasa ada air jernih suam-suam membasahi pipinya tatkala itu.

Dia mengorak senyum, merenung anak mata Adib.

“Maafkan Linn abang.. Linn tak rasa Linn boleh kembali ke pangkuan abang. Linn dah puas lalui, abang tak pernah rasa apa yang Linn rasa sejak tahu perasaan abang pada Linn, pada Diana. Linn selalu setiakan diri hanya untuk abang walaupun tahu abang ada Diana, dengan harapan abang akan NAMPAK Linn.. Tapi abang tetap nak pilih dia akhirnya, kan. Abang carilah cinta lain. Linn doakan yang terbaik untuk abang. Buat masa ni Linn cuma nak bersendirian. Sekali lagi maafkan Linn. Assalamualaikum..”

Hani mengorak langkah. Hatinya terkesan dengan pengakuan cinta itu tapi akhirnya bibirnya tersenyum sinis. Apakah yang ada dalam hati Adib sebenarnya. Sayang tapi tak cinta. Tapi bila dia sudah pergi, boleh pula muncul rasa cinta itu. Sungguh dia tidak faham. Yang pasti dia sudah tidak mampu mempercayai lagi..sekurang-kurangnya buat masa ini.

Adib menelan liur. Kelat. Pahit. Matanya memandang langkah Hani yang makin menjauh. Rasa sesal menyerbu dalam hati tidak pernah habis-habis. Kalaulah dulu dia menerima saja kehadiran Hani dan berusaha sebaik mungkin untuk meraih cinta itu. Kalaulah dulu dia tidak mengikut rasa membiarkan hati yang sah milik Hani menjadi milik Diana, pasti semua itu takkan terjadi. Pasti Hani takkan terluka dengan dirinya. Adib memejam mata. Terasa seakan tiada ruang lagi untuk mendapatkan kembali seorang isteri yang sangat taat dan setia dengannya selama ini. Hani Harlinna Mohd Daris, semoga hidupmu bahagia..

Hani teresak-esak di dalam kereta. Bukan senang mahu melupakan perasaan itu. Bukan senang mahu mengikis semua rasa yang wujud pada Adib. Dia sekarang ada peluang mendapatkan Adib kembali, tapi hatinya tidak berani lagi. Cukuplah sekali. Ampuni aku Ya Tuhan. Maafkan Linn, abang.

Share this novel

norsila
2022-10-24 19:30:31 

mak ill dri tahun 2020 hehe

norsila
2022-10-24 19:29:47 

aikk dah tamat huu..?

EMAacik1974
2021-08-17 21:29:30 

tk ade sambungan ker,


NovelPlus Premium

The best ads free experience