BAB 34

Romance Completed 6471

Hani memandang Adib tanpa berkelip. Ayat yang baru saja Adib ucapkan tadi membuat hatinya hancur. Walaupun dia memang sudah bersedia, dan tidak berharap lagi, tapi tidak disangka hal ini terjadi lagi.

“Abang lebih senang kalau boleh pilih kedua-duanya..abang mampu..”

“Yea..abang mampu dari semua aspek. Tapi bukan dalam soal kasih sayang..”

“Abang sayang Linn..abang tak tipu..”

“Hmm..sayang kalau lawan dengan c.i.n.t.a, sayang takkan menang..”

“Linn…Linn yang kena bantu abang jadi adil..”

“Cakap senang, abang..”

“So?”

“Abang tau keputusannya. “

“Tak baik seorang isteri mintak cerai dengan suami…”

“Bersebab..”

“Sebab Linn tak kukuh..”

“Abang, abang nak kahwin, abang kahwinla. Tapi tolong beri apa yang Linn nak. Abang nak kahwin lain tu pun dah buktikan abang tak cintakan Linn. So buat apa Linn nak bertahan. Abang ada peluang memilih, dan abang sendiri pilih dia, kan.. Jadi apa masalahnya??”

Hani hilang sabar. Adib tidak faham perasaannya. Kalau boleh dia juga tak mahu dilepaskan. Dia mahu bersama Adib sampai bila-bila. Tapi Adib nampaknya lebih memilih Diana. Dia dapat lihat dari cara Adib.

“Hmm..agaknya tak kisahlah kan kena cerai jadi janda sekalipun, sebab dah ada orang lain dok tunggu..”

“Apa maksud abang?”

Adib tersenyum sinis. Di matanya terbayang wajah bersih Halim. Entah kenapa ada rasa tidak enak di hatinya bila mengenangkan wajah itu.

“Tak payah cakap banyaklah Linn. Kalau nak sangat abang boleh bagi..” tambahnya lagi. Hani diam, menggigit bibir. Hatinya hancur, akhirnya Adib membuat keputusan. Keegoannya tercabar dan tercalar. Hani ketap bibir. Bodohkan dia membiarkan? Dia bukan mahu meminta, tapi sejak tahu di hati Adib ada orang lain, tidak tahu kenapa jiwanya seakan lebur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience