BAB 22

Romance Completed 6471

Juma mengetap bibir. Hal ini sampai juga kepengetahuan dia. Setelah berkali-kali mendesak, Hani berterus terang. Itupun setelah tiada pilihan, mereka ternampak Adib bersama seorang perempuan di sebuah butik. Puas Hani mengelak memberi alasan untuk menutupi perbuatan Adib namun Juma lagi kuat memaksa dan mendesak. Hani menunduk. Teringat peristiwa tadi.

Juma menarik tangannya mendekati Adib dan wanita itu. Juma mahu dia menyerang pasangan itu. Bila saja hampir tiba di hadapan mereka, Hani terasa lembik lutut. Bukan takut tapi sedar dia pasti kalah. Terlalu banyak bezanya dia dengan wanita di sisi suaminya itu. Dari jauh, wanita itu nampak terlalu sempurna penampilannya. Berkulit cerah, dengan wajah pan asia, sangat cantik. Sangat cantik dibandingkan dengan dirinya yang berkulit gelap. Orang selalu memuji dia berwajah manis tapi gelap dengan cerah, pasti orang akan memilih cerah!

“Linn…takkan nak biarkan je…?” Juma tidak puas hati. Hani menggeleng.

“Juma…biar aku selesaikan sendiri dengan Adib. Janganla buat hal kat sini. Malu orang tengok..”

“Eee..aku tak faham la dengan kau..”

“Aku cuma mahu menjaga maruah abang Adib..dan aku hanya ingin menjaga martabat aku supaya tak jatuh di depan orang ramai hanya kerana seorang wanita lain. Tolonglah faham. Biar aku selesaikan sendiri.” Juma diam mendengar bicara lembut itu. Dia angguk. Mengalah. Untungla kau bang, ada bini baik macam ni, kalau aku jadi bini kau, dah lama aku seranggggggg!!! Perlahan, dia menarik tangan Hani menjauh. Keluar dari kasawan shopping mall itu.

“Sorry sangat-sangat Linn..aku langsung tak sangka..aku ingat…”

“Bukan salah kau..”

“Kesian kau…jahatnya abang sepupu aku tu..sanggup mainkan perasaan orang..”

“Dia tak salah pun…” Hani ketap bibir. Kata-kata dibibir tak seiring dengan kata-kata hati. Dalam diam dia tetap terkilan dengan perbuatan Adib. Masih terasa dengan tindakan Adib memilih dirinya hanya kerana desakan usia dan paksaan emak dan hanya untuk menutup tanggapan buruk orang padanya. Namun bila sedar semuanya sudah tersurat, dia berusaha terima. Lagipun dia tahu, Adib telah berusaha menerima dirinya dalam hidup. Adib tidak pernah memberi layanan buruk, cuma cinta itu bukan miliknya.

“Cinta kalau bukan milik isteri, milik siapa lagi. Dah sah-sah isteri saja yang berhak!” tiba-tiba Juma bersuara. Hatinya sungguh membengkak. Hani menoleh pada sahabatnya itu. Bibirnya mengukir senyum. Kalau Juma merasa sakit, dia lagi merasainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience