BAB 27

Romance Completed 6471

“Saya mintak maaf Hani. Saya tak tau saya berkawan dengan suami orang..” Hani memandang wanita yang sedang berada didepannya. Tiba-tiba saja wanita ni datang mahu bertemunya.

“Saya dah tahu semuanya tiga minggu lepas. Kalau bukan sebab kejadian tu sampai sekarang saya takkan tahu saya sedang mengganggu rumah tangga orang.” Diana bersuara lagi. Hani hanya diam, mendengar.

“Saya betul-betul mintak maaf..” ujarnya lagi.

“Err…mana awak tahu saya kerja dekat sini?”

“Cik Juma..Cik Juma yang bagitahu.”

“Apa-apa je lah..tapi…awak memang cintakan suami saya..?” Hani beranikan diri menyoal. Pada awal, bila berdepan dengan wanita ini dia terasa mahu marah, namun bila sedar wanita ini tidak mengetahui duduk perkara sebenar, dia jadi lembut hati. Tidak mahu menyalahkan sesiapa.

Diana nampak teragak-agak menjawab.

“Hani lebih berhak..”

Hani mengangguk. Senyuman terukir di bibir.

“Yea..saya memang lebih berhak, sebab saya isteri dia, dan saya juga bakal menjadi ibu kepada anak dia..” Hani bersuara, tegas. Dia merenung wajah Diana yang nampak terkejut mendengar kata-katanya. Serta merta rasa sakit menyerang hati Diana. Kata tak bahagia..kata tak cinta…ah..Adib memang penipu..

“Ye? Jadi, sayalah yang memang patut berundur. Saya tak suka jadi perempuan pengganggu..” Diana memaniskan wajah. Hani diam. Cuba meneka perasaan Diana. Dia mengerti apa yang Diana rasa.

“Maafkan saya..Diana..”

“Hani tak salah. Memang dia hak Hani..err…saya mintak diri dulu. Saya masih perlu balik ke pejabat..lagipun ini minggu terakhir saya bekerja di pejabat tu.. Siapa sanggup kan, kerja satu pejabat dengan orang yang kita cinta tapi bukan hak kita. Lagipun kehadiran saya hanya akan jadi pengganggu kebahagiaan orang lain..”

Diana bersalam dengannya, lantas berlalu. Hani hanya memerhati wanita anggun bertudung itu berlalu menjauh dari penglihatannya. Perlahan-lahan nafasnya dilepaskan.

Hani tidak tahu apa yang dia rasa. Adib semakin baik melayaninya sejak kehadiran anak dalam kandungannya. Memang dulu pun Adib selalu baik melayaninya, tapi sekarang, lebih baik dari dulu. Kadang-kadang dia rasa gembira dengan layanan Adib, tapi dalam masa yang sama dia tetap takut, harapan yang berbunga ini akan layu juga. Adib melayaninya hanya kerana anak. Hakikatnya, Adib tetap tidak mencintainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience